Isnin, 4 Jun 2018

Pengkelasan Hutan Di Malaysia Berdasarkan Ciri Ekologi


PENGKELASAN HUTAN DI MALAYSIA BERDASARKAN CIRI EKOLOGI

Sememangnya topik ini agak membosankan kerana melibatkan pembacaan yang banyak. Rajah yang mampu membantu untuk tajuk ini pun sememangnya kurang di alam maya. Apa-apapun secara peribadi, tiada gunanya anda bercerita kisah kehebatan anda dengan hutan seandainya gagal kenal pasti jenis hutan itu sendiri.

Dalam Pengurusan Hutan Simpanan Kekal di Malaysia, terdapat beberapa kaedah pengkelasan hutan yang digunapakai selain. Memandangkan kaedah-kaedah lain agak teknikal dan mampu menyebabkan air mata berjujuran jika hendak disusun, maka salah kaedah yang praktikal untuk golongan awam ialah kaedah pengkelasan hutan melalui ekologi.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ekologi merujuk kepada:
  1. Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya
  2. Hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran
Justeru, untuk pengkelasan hutan mengikut kaedah ekologi yang diamalkan di negara ini adalah berdasarkan ciri-ciri iklim, tanah, habitat dan biotik.


(I)     Pengelasan Mengikut Ciri Altitud Dan Iklim


(a)     Hutan Dipterokarpa Pamah

Hutan ini terletak dikawasan yang mana ketinggiannya adalah 300 meter dan ke bawah di atas paras laut (a.p.l.).  Ianya mempunyai bilangan pokok yang padat dan pelbagai jenis yang mana komponen utamanya adalah terdiri dari kaum Dipterokarpa serta ianya mempunyai tiga(3) lapisan kanopi hutan yang jelas. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.




(b)     Hutan Dipterokarpa Bukit

Hutan ini terletak di ketinggian antara 300m - 750m a.p.l yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia.  Spesies utama ialah Meranti seraya, Keruing dan spesies Meranti yang lain. Selain daripada itu, spesies yang terdapat di Hutan Dipterokarpa Pamah juga boleh didapati di Hutan Dipterokarpa Bukit tetapi taburannya agak berkurangan.




(c)     Hutan Dipterokarpa Atas

Hutan ini terletak di ketinggian 750m - 1,200m a.p.l.  Jenis-jenis pokok yang didapati disini adalah berbeza daripada apa  dilihat di Hutan Dipterokarpa Bukit. Terdapat tiga(3) lapisan pokok dimana lapisan pokok besar adalah diantara 25 hingga 35 meter tinggi dan perbezaan lapisan kedua serta ketiga adalah tidak begitu ketara. 

Hutan ini lazimnya dicirikan dengan kehadiran Meranti bukit tetapi Damar minyak, Bintangor, Keruing, Balau gunong, Balau gajah dan Meranti sarang punai bukit biasa juga terdapat di kawasan ini.





(d)    Hutan Oak-Gunung

Hutan ini terletak di ketinggian 1,200m - 1,500m a.p.l.  Spesies dipterokarpa jarang terdapat di kawasan ini walaupun Keruing gunong dan beberapa spesies Resak boleh ditemui. Komposisi hutan adalah terdiri dari spesies pokok yang bersaiz sederhana. Mempunyai dua(2) strata yang terdiri dari pokok unggul dan pokok renek. 
Spesies utama yang mencirikan hutan ini ialah Mempening, Berangan dan Medang.  Spesies lain yang terdapat di kawasan ini ialah Damar minyak, Bintangor, Kedondong, Podo dan Kelat.




(e)     Hutan Ericaceous-Gunung

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500m a.p.l.  Hutan ini mengandungi pokok bersaiz kecil, renek, bengkok dan rendah.  Hutan ini terletak pada ketinggian yang melebihi 1,500 meter a.p.l. dan dibezakan dengan Hutan Montane-Oak berdasarkan strata hutan.

Hutan Ericaceous-Gunung ini hanya mempunyai satu(1) strata dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter sahaja.  Tumbuhan di hutan jenis ini banyak dipengaruhi oleh ketinggiannya, kesuburan tanah yang kurang dan iklim yang sejuk dan kebanyakkan pokoknya bersaiz kecil, bengkok dan rendah. Spesies dalam famili Ericaceae seperti Pieris ovalifolia, Rhododendron spp. dan Vaccinium spp. banyak terdapat di samping Periuk kera, buluh, resam, paku pakis dan lumut.



(ii)    Pengelasan mengikut Ciri Tanah dan Habitat:

(a)     Hutan Paya Laut

Hutan ini terdapat diantara kuala sungai dan tepi pantai yang berselut, berair masin serta mengalami pasang surut dan kebanyakannya terdapat di negeri Perak, Selangor dan Johor.  Jenis-jenis yang terdapat dikawasan ini adalah terhad kepada habitat ini dan lazimnya bercirikan pembentukan akar unik seperti akar jangkang dan akar pneumatophor. 

Spesies yang lazim terdapat di Hutan Paya Laut ini adalah seperti Bakau minyak (Rhizophora apiculata), Bakau kurap (Rhizophora mucronata), Lenggadai (Bruguiera spp.), Tengar (Ceriops spp.), Perepat (Sonneratia griffithii), Berus (Kandelia spp.), Nyireh (Carrapa spp.), Api-api (Avicenia spp.), Nipah (Nypa frutican) dan lain-lain.





(b)     Hutan Pantai

Hutan ini merupakan jaluran tumbuhan pokok dengan kelebaran 20m - 40m di sepanjang kawasan pantai berpasir dan berbatu kerikil di atas paras air pasang kecuali air pasang besar.  Spesies yang terdapat di hutan ini ialah seperti Rhu, Bintangor laut, Kelat jambu laut, Podo laut, Jemerlang laut, dan Ketapang.




(c)     Hutan Rawa (Heath Forest)/ Hutan kerangas

Hutan ini terdapat di kawasan berpasir bekas pantai (old raised sandy beach).  Tanah hutan ini akan menakung air selepas hujan lebat, lebih-lebih lagi sewaktu musim monsun.  Lazimnya terdapat lapisan tebal sarap (litter) dan terdapat banyak akar rerambut (feeding roots) pada permukaan tanah.  Contoh hutan ini terdapat di Hutan Simpan Jambu Bongkok, di Terengganu, Hutan Simpan Mencali di Rompin, Pahang, sebahagian Hutan Simpan Balok, Kuantan, Pahang dan sebahagian Hutan Simpan Tanjung Hantu di Dinding, Perak. Antara spesis yang senang ditemui ialah geronggang serta beberapa tumbuhan herba yang lain.




(d)     Hutan Paya Gambut

Hutan ini terdapat di kawasan pantai berpaya dibelakang hutan paya laut dan menghala ke darat dengan penggantian spesies tumbuhan yang boleh mencapai 30 meter tinggi serta mempunyai silara yang terbuka dan seragam.  Kedalaman gambutnya adalah diantara 0.5 meter hingga 20 meter dan airnya kurang masin. 

Antara spesies yang terdapat dalam Hutan Paya Gambut ini adalah seperti Kempas, Bintangor, Meranti paya, Ramin, Nyatoh, Geronggang dan Resak.  Hutan paya gambut ini banyak terdapat di negeri Selangor, Perak, Pahang dan Johor.




(e)     Hutan Paya Darat (Air Tawar)

Permukaan tanah hutan ini ditenggelami secara sementara atau separa kekal oleh air tawar yang kaya dengan mineral dan tidak berasid.  Antara spesies yang biasa terdapat ialah seperti Pulai, Bintangor, Merbau, Keladan, Kempas dan Kelat.







(f)      Hutan Bukit Batu Kapur

Hutan jenis ini biasanya terdapat di utara Semenanjung Malaysia dan lain-lain kawasan yang terletak  di bukit batu kapur. Tumbuhan (vegetation) di kawasan ini adalah berbeza strukturnya, iaitu tumbuh-tumbuhan rendah (short plants) di permukaan curam dan berbatu kepada pokok renek dan pokok-pokok kecil yang tingginya dari beberapa meter hingga lebih kurang 20 meter.  Selain daripada itu pokok yang lebih besar sehingga 30 meter boleh juga ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai tompokan tanah yang dalam dan subur yang biasanya disekitar kaki bukit.

Hanya beberapa spesies pokok dipterokarpa boleh ditemui di kawasan hutan bukit batu kapur ini termasuk Giam malut (Hopea ferrea), Temak batu (Shorea siamensis) dan Meranti temak (Shorea hypochra) yang boleh ditemui di utara Semenanjung Malaysia.




 (g)    Hutan Pinggir Riparian

  • Bermula dari permukaan muara sungai, jenis hutan yang mula ditemui ialah hutan di bawah pengaruh air masin iaitu hutan paya laut.
  • Menyusur ke hulu di mana air sungai adalah payau, pohon nipah tumbuh sepanjang tebing terutamanya bagi sungai yang lebar.
  • Lebih ke hulu di mana airnya tidak lagi payau tetapi masih lagi dipengaruhi oleh air pasang-surut, spesies seperti putat (Barringtonia conoiedia), Rengas (Glutta spp.), Bintangor jangkang, Kenanga, Keruing bulu dan Merbau ditemui sepanjang tebing.Di bahagian sungai yang tidak lagi dipengaruhi air pasang-surut, antara spesies yang boleh ditemui ialah seperti Keruing neram, Merawan siput jantan, Rengas, Meranti tengkawang air dan Meranti pipit.
  • Di kaki bukit di mana sungainya menjadi lebih sempit, berbatu dan berarus deras, spesies yang menjadi ciri utama hutan ini ialah Gapis.  Spesies lain yang biasa ditemui ialah seperti Terentang daun besar, Otak udang, Kekatong, Kasai daun besar dan Tualang.  Spesies dipterokarpa yang lazim terdapat di kawasan ini ialah Keruing ropol, Meranti mengkal, Damar hitam siput jantan, Meranti langgong dan Meranti kepong.
  • Di kawasan yang lebih tinggi, terdapat spesies Berembang bukit (Duabanga grandifolia) dan Surian (Toona sp.).



(iii)   Pengelasan Mengikut Ciri Biotik

(a)     Hutan Schima-Bamboo

Hutan ‘Schima-Bamboo’ ini pada asalnya adalah hutan dipterokarpa pamah. Ianya terhasil akibat penerokaan tanah yang meluas.  Ciri-ciri hutan ialah terdapatnya spesies Gegatal (Schima wallichii var noronhea) dan Meranti temak nipis (Shorea talura) serta buluh dari jenis Buluh pahit (Gigantochloa latifolia) dan Buluh tumpat atau Buluh tikus (G. ligulata).  Satu lagi ciri istimewa bagi kawasan hutan ini ialah kewujudan sarang anai-anai di lantai hutan, yang tidak terdapat di kawasan hutan lain.  Selain daripada Gegatal, spesies lain yang terdapat di kawasan hutan ini ialah seperti Mersawa, Bebusok, Geronggang derum seluncor, Medang lebar daun, Simpoh padang, Bruas, Bungor, Resak laut dan Merbatu.




(b)     Hutan Paya Gelam

Hutan ini terdapat di kawasan berpasir atau permatang selari dengan pantai akibat perubahan tanah yang berbeza.  Spesies dominan adalah terdiri daripada Gelam (Melaleuca cajuputi).



Rujukan:
Manual Perhutanan Jilid III: Bab 17 – Pengurusan Hutan Asli
Nota Pengurusan Hutan I, Bahagian Latihan Perhutanan JPSM
Google.com (Banyak sangat la…Lupa sebab sedut gambar)



Rabu, 30 Mei 2018

Permit : Kehendak atau Keperluan?


Dah bersemak dah blog ni… Resam dah tinggi. Bagi abam peluang untuk update balik bahan-bahan dalam ni. Ada a few post dah ready mode tapi lom publish. So untuk permulaaan restarting mode ni, abam nak cite perihal permit.


Permit
Sebagai salah seorang penggiat aktiviti outdoor, terutamanya pendaki, istilah permit bukanlah sesuatu istilah yang baru. Namun adakah anda sedar bahawa terdapat beberapa jenis permit seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Perhutanan Negara 1984 pindaan 1 Januari 2006. Artikel ini bertujuan mendedahkan para pembaca mengenai jenis-jenis permit yang diperuntukkan dibawah Akta Perhutanan Negara APN).
Permit dari merujuk Kamus Dewan Edisi ke Empat ialah dokumen rasmi (atau kebenaran bertulis) daripada pihak berkuasa yang memberi seseorang hak untuk melakukan sesuatu. Dalam APN, terdapat 3 jenis permit yang perlu anda ketahui seperti yang disebut dalam Seksyen 2 (1) – Tafsiran pada Bahagian I : Permulaan.

“permit jalan” ertinya suatu permit jalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 50;

Penggunaan jalan hutan tanpa permit jalan dilarang
50. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan apa-apa kenderaan bermotor di atas mana-mana jalan hutan melainkan jika dia adalah pemegang suatu permit jalan yang dikeluarkan oleh Pengarah.
(2) Tiap-tiap permit jalan hendaklah seperti dalam Borang 7.
(3) Pengarah boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada subseksyen (1).
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit.
(5) Dalam seksyen ini “kenderaan bermotor” ertinya tiap-tiap perihal kenderaan yang digerakkan dengan cara pesawat yang terkandung di dalamnya dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah treler.

 “permit masuk” ertinya suatu permit untuk memasuki hutan simpanan kekal yang dikeluarkan di bawah perenggan 47(1)(c);

Tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan tertutup tetapi ada
kecualian tertentu
47. (1) Tiada seorang pun boleh memasuki mana-mana hutan
tertutup kecuali—
(a) seseorang pemegang lesen, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh lesen itu;
 (b) seseorang pegawai hutan atau seseorang yang diberikan kuasa oleh mana-mana undang-undang bertulis lain, tetapi hanya bagi maksud menjalankan fungsi yang dia
dilantik atau diberi kuasa;
(c) seseorang yang memegang permit memasuki hutan simpanan kekal, tetapi hanya bagi tempoh yang disebut di dalam permit itu;
(d) seseorang pemegang permit penggunaan, pekhidmat dan ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh permit penggunaan itu; dan
(e) mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Pengarah tetapi hanya bagi maksud yang dibenarkan itu.
(2) Suatu permit masuk hanya boleh dikeluarkan oleh Pengarah atau oleh seorang pegawai hutan yang diberi kuasa oleh Pengarah untuk mengeluarkannya.
(3) Tiap-tiap permit masuk hendaklah seperti dalam Borang 6.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi **tiga tahun atau kedua-duanya.

“permit penggunaan” ertinya suatu permit penggunaan yang dikeluarkan di bawah Bab 4 Bahagian IV;

Pendudukan, atau penjalanan aktiviti di atas, hutan simpanan kekal dilarang
32. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada seorang pun boleh menduduki atau  menjalankan apa-apa aktiviti atas mana-mana tanah dalam kawasan hutan simpanan kekal, melainkan jika dia adalah pemegang suatu permit penggunaan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi **lima tahun atau kedua-duanya.
(3) Subsekyen (1) tidak terpakai bagi pendudukan, atau penjalanan apa-apa aktiviti di atas, mana-mana tanah dalam hutan simpanan kekal jika perbuatan atau aktiviti itu adalah—
(a) bagi menjalankan hak yang diberi atau melaksanakan kewajipan yang dipertanggungkan oleh mana-mana lesen, lesen kecil, permit masuk atau permit jalan; atau
(b) dibenarkan atau dikehendaki supaya dilakukan di bawah Akta ini.


Kuasa untuk membenarkan pendudukan, atau penjalanan aktiviti dalam, hutan simpanan kekal
33. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, mengikut peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah, membenarkan pendudukan, atau penjalanan apa-apa aktiviti di atas, mana-mana tanah dalam hutan simpanan kekal.
(2) Permit bagi menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti di dalam mana-mana hutan simpanan kekal yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1) adalah dikenali sebagai permit penggunaan.

Adapun permit-permit yang diwujudkan bukanlah suatu jenis insurans, takaful ataupun perlindungan sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti rekreasi di dalam mana-mana hutan simpanan kekal. Segala risiko atas sebarang kejadian tidak diingini sehingga menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa ataupun kerugian adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu itu sendiri.

Selain daripada mengelakkan didenda atau dipenjarakan seandainya tidak memiliki permit ketika melakukan aktiviti rekreasi di dalam hutan, seseorang yang memiliki sebarang bentuk polisi insurans atau takaful seharusnya memahami dengan jelas setiap klausa yang terdapat pada perjanjian polisi anda. Kebanyakkan polisi insurans atau takaful dengan jelas ada menyebut sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang boleh menyebabkan sebarang proses tuntutan tidak dilayan.

Dalam senario ini, seandainya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti rekreasi dalam hutan sehingga memerlukan pemegang polisi membuat sebarang tuntutan, permit memainkan peranan yang paling utama. Seandainya ketika kejadian pemegang polisi tidak mempunyai sebarang permit yang berkaitan, secara automatiknya dikira melanggar undang-undang. Justeru risiko untuk tuntutan anda tidak dilayan adalah sangat tinggi. Selain itu, sewaktu pendaftaran untuk mengambil sebarang polisi, terdapat bahagian soalan yang bertanyakan tentang kecenderungan ke arah aktiviti lasak. Jawapan yang diberikan juga boleh mempengaruhi proses tuntutan anda dikemudian hari.

Selain menjadi suatu kebenaran untuk melakukan menjalankan sebarang aktiviti di dalam hutan, secara tidak langsung permit juga membolehkan proses mencari dan menyelamat dijalankan dengan lebih pantas seandainya berlaku sebarang kes-kes kecemasan. Permit menjadi dokumen rasmi yang membenarkan seseorang pemegang menjalankan aktiviti di sesuatu kawasan hutan simpan seperti yang dinyatakan dalam permit. Perlu diingatkan bahawa persempadanan hutan simpanan kekal adalah berbeza dengan persempadanan daerah. Justeru menjadi suatu kewajipan bagi pemegang permit memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan yang terhampir sebelum sesuatu aktiviti di dalam hutan dijalankan.

Sekian sahaja artikel mengenai permit. Justeru permit adalah suatu kehendak atau keperluan? Tepuk dada tanya selera. Jawapan ditangan anda. Jangan cakap abam tak inform.

Ahad, 26 Februari 2017

Hiking Log : Bukit Kacu 1'287 Meter

Bukit Kacu.

Bukit Kacu berketinggian 1287M terletak  berhampiran Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet. Bukit ini sebenarnya sudah lama diperhatikan kewujudan dan keinginannya kerana terdapat tanda sistem trigonometri di puncaknya semenjak zaman Anang aktif merintis. Sekarang Anang dah takde. Takde masa nak merintis la gile.

Sejujurnya, takde nafsu sangat nak mendaki sebab semalam baru layan Trek Gile siap OT. Ida awal-awal dah surrender nak tidur je. So kali ni 5 orang je lah yang pergi. Waktu breakfast, masing-masing dah bagi hint nak melepak makan strawberry, tapi Medan insist nak naik gak. Die cakap dalam kepala die ade 2 option je, 1: Balik Sg Buluh siapkan assignment yang die asyik tangguh, 2: Naik Bukit Kacu. Chet!!!

Layankan je lah impian Medan yang dulunya pernah kata hanya akan naik Bukit berketinggian 1200 meter ke atas sahaja... Pastu tukar 1000 meter lak.. Last2 tak kisah lah bukit apa. Sebelum ini kami pernah mencuba untuk mendaki Bukit ini dengan melalui kawasan kebun dibelakang bukit. Namun Pak Guard Sinkh misai lentik tak bagi masuk. Tu sebab dulu tak naik.

Starting point area Habu. Dekat kawasan perumahan baru. trek super pendek. Lalu sikit kawasan kebun bunga kat lereng, sampai tangki air kebun, then naik terus ke puncak. Menebas tak banyak. Sampai2 takde beirut...Ade besi paip bulat macam Bukit Ulu Tengah kegemaran Apiz.

Perjalanan less than sejam. Oh, semasa trekking ade point sarang lebah baru nak buat, dan terjumpa kulit ular kering. Masa naik Awi depan, jumpa kulit ular terus pass kat Medan lead. Sebab die yang insist nak naik. Sebelum handover, pesan kat Medan, hati-hati mende menyusup. Tapi Medan processor die lagging sket. Ada la gak bertekak. Amy dengan Ayat membatu je time pertengkaran terjadi. Alah bertengkar manja je.

Kat starting point ade gondola kebun. Medan dengan Amy adelah bergambar kat situ. Aku jadi tukang ambik gambar je.










Sabtu, 25 Februari 2017

Hiking Log : Gunung Bunting, Gunung Tanggung, Gunung Gandik, Laut Tinggal dan Cangkat Perah


Trans Gandik mungkin agak tidak asing bagi penggiat aktiviti mendaki lebih-lebih lagi ahli Kumpulan Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Laluan pendakian yang merentasi 4 titik puncak iaitu Genting Ringlet, Bunting, Tanggung dan Gandik mula diperkenalkan dan mampu dilakukan dalam tempoh setengah hari untuk melengkapkan laluan pendakian.

Berbeza dengan laluan Trans Gandik, laluan kami kali ini melalui 3 puncak pendakian asal iaitu Bunting, Tanggung dan Gandik da seterusnya menyambung laluan ke 2 puncak lain iaitu Laut Tinggal dan Changkat Perah. Usah ditanya mengapakah namanya sedemikian rupa dan ape relevannya nama tersebut kerana kami sendiri tidak pasti.

Daripada puncak Gandik, perjalanan diteruskan melalui trek batu sempadan menuju puncak 1327 kemudian menuruni ke kawasan Sg Sengam sebelum melintasinya. Dari kawasan lintasan sungai, kami menuju ke titik tengah yang membentuk simpang tiga. Kiri menuju ke Laut Tinggal manakala kanan menuju ke Changkat Perah. Itu adalah sedikit sebanyak gambaran ringkas mengenai laluan perjalanan.

Perjalanan dari starting point ke Puncak Gandik hanya mengambil masa kurang dari 2 jam sehala. Namun untuk ke Sg Sengam agak mencabar dan mengambil masa yang lebih panjang. Trek hutan primer disulami dengan laluan binatang biarpun lantai hutan agak bersih disesetengah kawasan. Disebabkan 2 puncak ini tidak mempunyai titik tepat pada topo, justeru kami menggunakan titik terhampir dengan namanya berdasarkan peta.
Berikut ialah titik rujukan untuk ke 5-5 puncak.
Bunting : 377911 488145
Tanggung : 378220 487679
Gandik : 378804 487405
Puncak 1379 : 379669 486147
Sungai (Port Lepak) : 379542 485478
Cangkat Perah : 379147 485541
Laut Tinggal : 379682 485113

Dari segi tahap kesengsaraan trek pula, kondisi trek boleh dikategorikan agak 'hardcore' bak kata Ida, dah lembik kaki sampai terpaksa mengesot turun semasa menghampiri kebun. Pendakian yang melibatkan 6 orang, 2 daripadanya separa lelaki menyaksikan ketidakwarasan yang melampau berikutan terpaksa keluar malam selain hobi Awi ajak lalu tebing tinggi sebelah gaung. Chet!

Berikut ialah log perjalanan kami yang direkodkan (Sumber: Ayat Kamaruddin)
8.30 am : Perjalanan Bermula
8.55 am : Simpang Bunting
9.00 am : Puncak Bunting
9.35 am : Puncak Tanggung
10.20 am : Puncak Gandik
1.20 pm : Puncak 1327
3.20 pm : Sg Sengam
3.50 pm : Simpang Tiga Cangkat Perah - Laut Tinggal
4.15 pm : Puncak Laut Tinggal
4.50 pm : Simpamg Tiga
5.35 pm : Puncak Cangkat Perah

6.15 pm : Mula bergerak turun
6.30 pm : Simpang Tiga
6.45 pm : Sg Sengam
8.10 pm : Puncak 1327
9.25 pm : Puncak Gandik
10.25 pm : Simpang Tanggung
10.57 pm : Simpang Bunting
11.30 pm : Tempat letak kereta

Kami berhenti di Sungai Sengam untuk makan tengahari walaupun dah petang. Dalam perjalanan pulang, tercetus idea untuk melalui trek lain kononnya dapat mengurangkan kesengsaraan, namun setelah dirujuk pada peta topo, ianya sangat mustahil dek kerana lokasi pendakian agak terpencil dari jalanraya utama.

Yang menarik di 2 puncak terakhir yang menjadi 'trademark' ialah terdapat satu sarang semut yang berbentuk unik di kawsan puncak Laut Tinggal yang sangat jarang dijumpai ditempat lain manakala terdapat spesis pokok lontar yang berdaun gergasi di puncak cangkat perah. Daun ini kami gunakan untuk mengalas lantai hutan sebelum membentang ground. Ida sempat melepek tidur sementara menunggu yang lain menangkap gambar dan bersolat. Ida sempat menanam pokok Serai Kayu di puncak Laut tinggal untuk masa depan katanya.

Dalam perjalanan keluar, kami terjumpa spesis katak bertanduk Megophrys Aceras katenya. Tak taulah macam ne Awi boleh nampak time jalan memalam. Dahla banyak bunyi-bunyi pelik time lepas berhenti maghrib.

Usai keluar kami terus mencari lokasi kedai makan di Ringlet kerana sepanjang trek pulang masing-masing sudah mula menggambarkan keenakan chicken chop di Ringlet, namun kedai tersebut sudah tutup sebaik kami tiba. Apapun tahniah kepada Ida kerana berjaya buat comeback dengan layan trek hatkur....5 puncak. Yang lain pula juga Tahniah diucapkan sebab repeat Trans Gandik. Sebelum ni Medan masuk Trans Gandik sengsorang sampai parang hilang, Awi lak dengan Anang. Aku lak skali dengan Ayat dan Amy.