Ahad, 20 April 2014

Hiking Log : Gunung Nuang via Pangsun

Tarikh : 19 April 2014, Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Gunung Nuang melalui Lembah Pangsun

Untuk pendakian kali ini, Si Kerdil dengan rendah hati mengajak beberapa rakan taulan untuk bersama mendaki Gunung Nuang yang terkenal dengan kesabaran mental yang tinggi.


Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik sempadan tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.
Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9' Timur (GPS : N3.26659 E101.90023). Boleh didaki dari tiga arah :
1. Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
2. Dari Kampung Kemensah, Gombak.
3. Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang


Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia. Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon (jika perlu).

Dalam perjalanan sepanjang pendakian, terdapat beberapa pendaki yang sudah mulai menuruni menuju ke kawasan letak kereta. Kalau ikutkan, terdapat banyak kumpulan yang turut mendaki pada hari yang sama antaranya yang diketuai oleh Mr Tamil Selvam of The Hacam dan Abam Syahrul GoPro of The Geng Kokang (Matila kene banned). Terdapat juga kumpulan pendaki tegar yang berkhemah di Kem Lolo seperti Outdoor World Adventure dan Putrajaya Adventure Team.

Seramai 19 orang menyertai pendakian ini. Daripada 19 orang, 13 orang berjaya mengawal kekusutan mental untuk meneruskan sehingga ke Kem Pacat, manakala baki 6 orang mengambil keputusan berpatah balik atas faktor cuaca dan keselamatan biarpun sudah hampir tiba di Kem Pacat. Daripada 13 orang yang tiba di Kem Pacat, 2 orang meninggalkan kumpulan utama menuju ke puncak manakala 5 orang lagi hanya bergerak ke puncak setelah kata sepakat dicapai.  

Pendakian dari Kem Pacat ke puncak sememangnya menguji kesabaran dek faktor cuaca hujan dan trek licin selain faktor trek sesak dengan kumpulan-kumpulan yang mula menuruni puncak. buat pertama kali, kami menghabiskan lebih daripada 11 jam 30 minit di dalam hutan dan ada antara ahli pendakian yang mengambil masa sehingga 10 jam 15 minit kerana membantu kumpulan-kumpulan yang lain keluar meninggalkan hutan tersebut.

Terdapat 2 kumpulan besar yang mendaki melibatkan pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti. Maaf, saya masih baru dalam aktiviti seperti ini. Seandainya ada pihak penganjur yang terbaca komen ini, sila beri perhatian.

Kumpulan pelajar sekolah menengah berkhemah di Kem Lolo. Jam 3.30 pm baru mula menuruni puncak. Sesetengah pelajar terlepas ke hadapan berjalan berdua malah ada yang berseorangan tanpa sebarang pengawasan. Ada diantara mereka siap dipapah oleh rakan kerana terlalu keletihan. 

Kumpulan Universiti pula melakukan pendakian daypack. Mereka turun lebih awal namun sesetengah mereka keletihan. Dan kebanyakkan tidak mempunyai lampu suluh. Untuk kedua-dua kumpulan ini, Kebanyakkan ahli memang sudah kelesuan semasa proses menuruni selain terpisah jauh dari kumpulan utama. Saya dipastikan mereka tidak membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi kerana sesetengah daripada mereka kerap mengeluh kelaparan dan kehausan. Mereka juga tidak bersedia dengan keperluan pendakian asas. Tiada lampu suluh, tiada peti kecemasan. Ada yang melecet ada yang terpegang duri pokok.
Sehingga jam 8pm, masih ada kumpulan pelajar sekolah menengah yang belum tiba di tapak perkhemahan. Sehingga jam 11malam, bas yang menunggu pelajar universiti masih belum bergerak meninggalkan pintu utama hutan rekreasi.

Terdapat juga segelintir pendaki yang turun lewat dan tidak membawa lampu suluh.

#Gambar kredit kepada Abg Wan of The Backpackers.my n Zulkifli Yusuf of The Monel(Malaysian Outdoor and Nature Lover)..

#Jutaan terima kasih buat Cif Pendaki Putrajaya yang memberi bantuan hospitaliti kepada ahli kumpulan kami ekoran segelintir daripada kami keluar lewat. Teh O Limaumu xkan dapat kulupakan

#Tahniah kepada Jdee Zambri, Abg Wan dan Bro Zul yang turut membantu pendaki lain keluar biarpun keadaan sekeliling sudah mula gelap. Mereka keluar dari hutan officially jam 10.15pm

#Gambar2 kat sini xde kaitan dengan 2 kumpulan yang aku mention kat atas..Plus malas nak susun ikut turutan..adeyh..hahaha..