Ahad, 15 Februari 2015

Hiking Log: Bukit Chorocho 1106M


Asalnya kami semua tidak pernah langsung tau kewujudan bukit ni. Maklumlah

nubis. Kami hanya tau bile Hazim inform yg OGKL naik tarikh yang sama kami

ke Kunong. Dalam hati terdetik gak nak sampai. Akhirnya semua sepakat set

tarikh naik. Sabtu tu naek Kunong, Ahad naik Chorocho. Sebutan die Koroko

Study pon dijalankan. Tanya orang-orang lama. Diorang semua bagi cadangan.

Akhirnya hari yang tunggu pun tiba. 17 orang yang join kali ni termasuk

beberapa muka baru yang x pernah join kami hike. Acik, Adib dgn Kawan die

termasuklah Helmi anak Myra.

Kitorang start agak lewat sebab pewai naik Kunong. Berdasarkan info bukit ni

terletak x jauh dari Air Terjun Sungai Semangkok. Sampai situ, separuh

kereta tinggal manakala separuh kereta parking kat start point. Start point

die atas sikit dari air terjun, sebelah kiri kalau menuju ke Fraser ade satu

binaan TNB. Xtau nama die ape. Dari situ kami menyusuri trek balak lama,

jembatan buluh. Terserempak dengan orang asli. Sampailah ke kawasan sungai

yang agak lapang. Lepas dari tu jalan lagi samai jumpa sungai. Seberang je

sungai terus layan pangok.

Trip menaik ambil masa dalam 3 jam lebih. Start pukol 11. Inform sesiap, by

3pm x jumpa beirut pusing balik. Mujur sampai on time. Pangok bukit ni lain

macam. Trip kali ni Zul jadi navigator. Acik lak banyak menanda kat pokok.

Die risau tersasar macam Kunong semalam. Sampai puncak layan milo, megi

goreng, sosej dan nugget. Usai solat dan berehat turun semula. Ade area yang

terdapat tebuan halus. Hampir semua kena tembak.

Masa turun ramai yang menggelungsor nak test tebal buntot agaknya. Trek die

banyak kawasan tanah pasir. Anyway turun memang laju. Naek dekat 3 jam 30

minit turun lak 2 jam sahaja.

Kat bawah ni list peserta. Kalau perlu info, may be boleh roger2 kami:
1) Anang 
2) Awi 
3) Ayat
4) Myra 
5) Medan 
6) Echah
7) Amy 
8) Adib 
9) Kawan Adib
10) Acik 
11) Radhi 
12) Am 
13) Yam 
14) Helmi - Anak Myra
15) Zul 
16) Ros
17) Arep 




* Terima Kasih kat Abam Mizi,Akak Ana  dan En Razman sebab banyak share info-info berguna
* Salah satu kereta sahabat dipecah oleh penyangak. 2 beg hiking berisi equipment hiking lesap. Satu tu siap ade wallet. Satu beg lagi tu baru beli.
* Amy jadi penggunting.. Anang yg provide
* Anang x dan dah carik permatang..Tembak tegak jumpa gak
* Echah jd tukang announce..Lagi xxx meter nak sampai
* Awi gigih tanam serai kat puncak
* Adib dengan kawan die senyap je.. Diorang kecewa sebab naek bukit je..hahaha
* First time Monel tampal signage. Harap lame tahan
*Tq Anang, Medan, Ecah, Zul and Amy utk Gambo...Adib utk video






























Ahad, 25 Januari 2015

Hiking Log : Bukit Kunong (931M asl)

Bukit Kunong

Ketinggian : 931M asl
Lokasi : Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu
Jarak Perjalanan : 2.5 jam

Trip santai kami kali ini menuju ke Bukit Kunong hari Ahad. Oh, penat semalam menebas tak hilang lagi. Kali ni x ramai yang sudi join trip aku.hahaha...

Untuk kali ni, kitorang ade 2 orang geng baru yang xpenah hike sama. Layankan je kepala. Sorang katenye nubis tapi dah naik nuang ikut pangsun, Sorang lagi dah sampai Rinjani..Ok segan...So trip kali ni abam rinjani lead sebab last time group diorang masuk kalau x silap group kedua jejak beirut bukit Kunong kalau x silap bulan 9 2014.

Trek bermula tempat yang sama macam laluan ke Bukit Kutu. Bezanya, sebelum jambatan kedua belok kiri ikut kebun orang kampung. Trek memula mendatar la gak sampai satu tahap pangok dan pangok dan pangok.

Mase ni memasing hangen kat anang. Die cakap lagi senang dari Kutu. Realitinya tuhan je tau. Sepanjang trek memang ade a few kesan takik pada pokok tapi x jelas. Memang dah lama orang x masuk. Kitorang bawak marking, tapi abes di tengah jalan. Tak tau ape Ida buat. So terpaksa menakik.

Mujur abam Rinjani ade, sekali sekala kene refer GPS sebab trek agak pangok x hengat. Ade a few kawasan berbuluh dan ade kawasan yang lapang sepanjang jalan. Lepas 2 jam lebih memangokkan diri trek mula agak mendatar, dan akhirnya jumpa gak beirut.

Kat atas, baik punya Myra masak air bancuh air panas. Anang dengan Abam Rinjani try usha trek ke bukit sebelah sebab bukit sebelah tinggi lebih 1000M tapi xde name. Kalau ikut GPS dalam 2kilo lebeih.

Semua dah rest, makan sesi group photo.Hehehe... Zul dah x sabar nak tepung si Ida. Jujur siap cakap," Lama sangat nak tunggu, aku tepung dulu la".. Ida cuba mengelak berlari lalu sebelah aku yang memang tunggu masa nak pecahkan telur atas kepala die. Ketuk 3x baru pecah telur tu. Keras betul kepala die.

Kali kedua aku pecahkan telur memang baik sebab Ida macam serah diri datang kat aku.hahaha.. Asri, Radhi dgn Abam Rinjani dok perati je kitorang.. Tapi nampak gak diorang gelak besar kalau tengok gambar..hahaha

Ok settle ...Mase turun aku dok belakang...Kitorng tersasar dari trek..Jumpa air terjun kecik dengan view cantik..Anang bebel suh aku duk depan. Walaupun kaki bengakak dek sengatan tebuan semalam, kugagahkan jua. Dahla masa naek krem kat balak. Zul siap snapp gambo.Hampeh.

Anyway perjalanan balik tersasar..then on trek..then tersasar..Tapi selamat tiba....

*Anang tercicir kunci masa naek, mujur ade yg jumpa tglkan kat kete Myvi, then ade yg bungkus simpan.
*Memasing mcm ingat Ida yang sorokkan.
* Trip kali ni 8 orang je..
*Kalau nak mintak pandangan leh drop msg kat mereka dibawah..
* Gegambo curik dr Anang and Zul





























Radhi
Anang
Ida
Myra
Zul
Syazni
Izwan
Aku