Ahad, 14 September 2008

A tRibUte tO mY mAmA.....

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Orang kata aku lahir dari perut Mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Mama
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mama
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. Mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Mama
Bila nak bermanja... aku dekati Mama
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah Mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Mama
Bila nakal, yang memarahi aku... Mama
Bila merajuk... yang memujukku cuma..Mama
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..Mama
Bila takut... yang tenangkan aku.. Mama
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..Mama

Aku selalu teringatkan ..Mama
Bila sedih, aku mesti talipon... Mama
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mama
Bila takut, aku selalu panggil.. "Mama! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mama

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mama
Yang selalu masak masakan kegemaranku. . Mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mama
Yang selalu berleter kat aku.. . Mama
Yang selalu puji aku.. Mama
Yang selalu nasihat aku.. .Mama

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mama

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mama
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mama
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mama
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mama
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mama ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Mama
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mama

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut.

Demi kelangsungan hidup si anak, ibu sanggup menggadai nyawa memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya. Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang tatkala menyambut Hari Ibu saja? tentu tidak kerana sikap seumpamanya akan hanya enjadi budaya sekali setahun dan bukannya menjadi budaya sepanjang hayat.

Kita mungkin boleh berbangga dengan adanya pelbagai anugerah dan hadiah kepada para ibu, tetapi kita perlu sedar dan menginsafi hakikat bahawa jasa dan pengorbanan para ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak tidak dapat disamakan dengan wang ringgit atau material. Walau bagaimanapun, Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna.

Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk engenang jasa dan tempat tidurnya sehingga peluh membasahi seluruh badannya. Keadaannya bertambah parah dari hari ke hari dengan mata bernanah, mulut ternganga lebar, bibir bengkak, tekak tersumbat, malah tangan dan kaki terbujur kaku.

Sahabat Rasulullah silih berganti mengajarnya kalimah syahadah, tetapi semuanya sia-sia belaka. Oleh kerana keadaannya bertambah eruk, Rasulullah memerintahkan Ali bin Abu Talib supaya membimbingnya dengan ucapan kalimah syahadah. Bagaimanapun, usaha itu tetap gagal.

Rasulullah bertanya kepada sahabat: Adakah Wail mempunyai orang tua?” Jawab sahabat: “Tinggal ibunya saja, wahai Rasulullah.” Kemudian, sabda Baginda: “Suruh dia datang ke mari.” Selepas ibu Wail menghadap, Rasulullah bertanya: “Bagaimanakah keadaan Wail sehari-hari sebelum dia sakit? Apakah dia pernah melakukan dosa besar yang ibu pernah lihat?” Ibu Wail menjawab: “Dia derhaka terhadap saya, wahai Rasulullah! Dia sering mencaci saya setiap kali dia mendengar aduan isterinya.

Dia sangat cintakan isterinya sehingga tergamak untuk tidak menghargai saya. Dia selalu percaya kata-kata isterinya daripada saya. Demikianlah, wahai Rasulullah!” Sabda Rasulullah lagi: “Bukankah Wail itu anakmu, buah hatimu! Maka ampunilah kesalahannya terhadapmu.” Jawab ibu Wail: “Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia.” Sabda Rasulullah lagi: “Tetapi Wail adalah anakmu, kasihanilah dia.” Jawab ibu Wail: “Tidak, Rasulullah! Dia sering menyakiti hati saya.” Lalu rasulullah termenung sejenak.

Kemudian, Baginda memerintahkan sahabat mengumpulkan kayu dan dinyalakan untuk embakar Wail hidup-hidup. Melihat tindakan itu, ibu Wail segera berkejar langsung menjerit dan mengampuni kesalahan anaknya. Sebaik ibu itu mengampuni kesalahan anaknya, wajah Wail berubah beransur baik. Akhirnya, dia dapat mengucapkan dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Jika ibu tidak wujud di dunia ini apakah kita semua boleh berada di tempat masing-masing sekarang ini. Bagi aku, tidak seorang ibu yang mahu dibalas dengan longgokan emas, berlian, intan, kebun, rumah besar dan duit yang menggunung.

Seorang ibu hanya mahu perhatian, kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Apa ertinya anak jika tidak pernah mengenang jasa? Apa ertinya kekayaan jika kekayaan itu tidak dapat memberikan sedikit kasih sayang kepada ibu tua yang tinggal sepi di pondok usang.

Kalian! Hidup kita ibarat roda. Adakala kita berada di atas dan tiba masanya kita berada di bawah. Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya.

Apakah erti pengorbanan seorang anak kepada keluarganya jika tidak mendapat reda daripada Allah SWT. Dan bukankah reda Allah itu datang daripada reda ayah dan ibu.

Fikirkanlah.

0 ulasan :