Isnin, 25 Mei 2009

Islam Agamaku - Bahagian 2

Setelah seminggu ana menunggu jawapan dari banyak pihak, akhirnya penantian yang diharapkan sia-sia belaka. Mengapa ana merasakan sia-sia belaka? Buat pengetahuan pembaca, setelah melihat konteks ini dari aspek menyeluruh, justeru amatlah tidak adil sekiranya ana tidak mendapatkan pandangan dari pihak yang lebih dikatakan bijak dan profesional. Namun demikian emel ana kepada beberapa ahli agama baik dari kategori pensyarah mahupun siapa jua memberikan seribu kehampaan sahaja.

Ana teringat sebuah lagu nasyid yang mana terdapat bait-bait daripada lirik lagu itu yang mungkin mencerminkan situasi sekarang.

"Ahli agama berjawatan tinggi, perosak agama diatas nama agama, mereka takkan sedar diri"...

Apabila menerangkan mengenai islam itu sendiri, kita mesti melihat dua tiang utama yang membentuk pertama asasnya dan yang kedua binaannya. Ana melihat dalam aspek islam, rukun islam ialah asas atau boleh dikatakan sebagai 'foundation'. Justeru itu 5 perkara dalam rukun islam itu menjadi asas seseorang islam. Dewasa ini ada sesetengah masyarakat muslim itu sendiri tidak mempunyai asas yang kukuh. Solat entah ke mana, zakat entah ke mana,puasa lagilah. Oleh yang demikian, 5 rukun yang menjadi asas kepada islamnya seseorang ialah:

1)MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.

2)SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.

3)MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya

4)BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt

5)MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Alah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Cukup 5 perkara yang menjadi asas islam. Ana akan jelaskan 1 per 1 lebih jelas di masa akan datang mengenai setiap satu rukun tersebut. Setelah ada tapak asas, sudah pasti perlu ada binaannya. Justeru 6 rukun iman ialah binaan bagi agama islam itu sendiri. Binaan-binaan ini sewajarnya diperhalusi dan memerlukan kekuatan dari asas yang kita ada. 6 rukun tersebut ialah:

1)BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah swt

2)BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.

3)BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang meminpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN

4)BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW

5)BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.

6)BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya

Keenam-enam rukun iman ini menjadi titik tolak kekuatan asas islam yang dimiliki oleh seseorang muslim. Justeru, ana akan menerangkan setiap aspek dalam rukun iman dan juga rukun islam dengan lebih jelas dalam masa terdekat.

“Janganlah kita melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya dan jangan lah kita meninggalkan sesuatu dengan alasan kita tidak mengetahuinya”

Moga2 Allah merahmati hidup kita……..”TIDAK ADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN ALLAH DAN TIADA YANG BOLH MEMUDARATKAN AKU MELAINKAN ALLAH”



1 ulasan :

EAJ berkata...

"Ahli agama berjawatan tinggi, perosak agama diatas nama agama, mereka takkan sedar diri"...

satu kenyataan yang tak dapat disangkal... hakikatnya, kita dapat melihat pengamal2 agama di malaysia...

apabila isu2 seperti ini berlaku, kita dapat melihat imam2 dan ustaz2 kebanyakan nya berdiam diri... dan apabila golongan doubters atau atheist cuba untuk mendekati mereka untuk mendapatkan penjelasan mahupun mendapat jawapan terhadap persoalan yg bermain di minda, rata2 mereka melenting dan terus menjatuhkan hukum tanpa usul periksa... mereka tidak merasakan perlu untuk mendalami situasi, kenyataan sebenar disebalik situasi tersebut...

lain pula cerita nya apabila golongan ini cubar mendapatkan jawapan dan pandangan dari pengamal ugama lain, terutama nya golongan paderi2 katholic... mereka rata2 tidak terus menyalahkan golongan ini... tetapi mereka berbual dan cuba mendalaminya... dan perbualan ini sedikit sebanyak menjawap persoalan yang di simpan di benak fikiran... persoalan lanjutan yang mereka timbulkan sedikit sebanyak dapat membantu golongan2 ini untuk terus berfikir dan terus mendalami apa sebenarnya kehendak hati