Sabtu, 1 Mei 2010

Teknik Pengucapan Awam


MAKNA “PENGUCAPAN AWAM”
      Suatu proses berkomunikasi antara seorang pengucap dengan sekumpulan khalayak pendengar
      Melibatkan penghantaran mesej lisan (percakapan) dan bukan lisan (pakaian, pergerakan badan, pergerakan mata, dan tingkah laku)
      Membolehkan berpindahnya idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada khalayak
      Kebolehan berkomunikasi (PA) merupakan suatu kekuatan kepada pengucap untuk mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku khalayak


TUJUAN PENGUCAPAN AWAM
      Memaklumkan sesuatu perkara yang baharu dan menarik atau cara melakukan sesuatu perkara
      Mempengaruhi khalayak supaya mengubah fikiran atau pendirian, dan menggerakkan khalayak supaya bertindak
      Memberi inspirasi tentang pencapaian, kebaikan, dan kejayaan seseorang, sekumpulan orang, atau sesuatu peristiwa
      Menghibur khalayak menerusi bentuk ucapan yang ringan dan santai


CIRI-CIRI PROSES KOMUNIKASI
      Pengucap
      Pendengar
      Situasi
      Mesej
      Saluran
      Maklum Balas
      Gangguan


JENIS UCAPAN
      Ucapan spontan /semerta /impromptu
      Ucapan yang dihafaz /diingat
      Ucapan manuskrip /skrip /teks
      Ucapan berpandukan nota kecil


PENGUCAPAN = PERBUALAN
      Idea perlu tersusun supaya khalayak mudah mengikuti dan memahami
      Idea atau mesej perlu disesuaikan dengan khalayak
      Maklum balas daripada khalayak untuk mengukur kekesanan mesej


PENGUCAPAN PERBUALAN
      Idea dalam pengucapan lebih tersusun dan logik berbanding perbualan
      Penggunaan bahasa dalam pengucapan lebih terkawal
      Corak penyampaian dalam pengucapan lebih terancang


KOMUNIKASI TANPA LISAN dalam “PENGUCAPAN AWAM
      Pakaian - sesuai, bersih, dan kemas
      Pertembungan mata kepada seluruh khalayak, bukan kepada seseorang dan dalam waktu yang terbatas
      Pergerakan badan yang terkawal
      Pergerakan muka yang sesuai dengan ucapan yang disampaikan
      Pergerakan tangan yang sesuai dengan suasana



PENGENALAN DALAM UCAPAN
      Menarik minat khalayak menerusi teknik cerita, petikan, visual, lakonan, kenyataan dramatik dll.
      Mengarahkan perhatian /minat khalayak kepada ucapan menerusi gambaran keseluruhan, latar belakang, dan meningkatkan wibawa diri secara yang sederhana

TUBUH (ISI) UCAPAN
      Tujuan umum – sama ada untuk memaklumkan, mempengaruhi, memberi inspirasi, atau menghibur
      Tujuan khusus – lanjutan atau perincian tujuan umum
      Mesej utama – inti sari sesuatu ucapan
      Isi penting – sokongan kepada mesej utama
      Bahan-bahan sokongan – berbentuk definisi, contoh, cerita, perbandingan, statistik, pendapat tokoh / pakar

PENUTUP UCAPAN
      Pernyataan niat / hasrat untuk mengakhiri ucapan
      Penutup boleh dilakukan dalam bentuk meringkaskan idea, menggunakan petikan, menyeru, atau menyampaikan cerita


SUSUNAN IDEA DALAM UCAPAN
      Mengikut tertib / kronologi
      Mengikut susunan ruang (dari atas ke bawah atau kiri ke kanan, utara ke selatan dll.)
      Mengikut tajuk-tajuk kecil
      Berdasarkan hubungan sebab-akibat
      Secara penyelesaian masalah


STRATEGI MENYAMPAIKAN UCAPAN
      Menganalisis khalayak / majlis
      Memilih tajuk
      Mengumpulkan maklumat yang berkaitan
      Menentukan tujuan
      Menulis
Ø  Tujuan umum
Ø  Tujuan khusus
Ø  Mesej utama
Ø  Idea penting
Ø  Bahan sokongan
Ø  Penutup
      Menyesuaikan dengan susunan ucapan
      Memindahkan catatan ke dalam kad-kad kecil
      Melakukan raptai / latihan
      Menyampaikan ucapan dalam majlis


PENYAMPAIAN UCAPAN
      Tampil di dalam majlis dengan yakin
      Kawal perasaan gementar (jika ada):
1.       Hakikat bahawa gementar dialami semua orang
2.       Sedar bahawa kita lebih yakin daripada yang kita rasakan
3.       Hakikat bahawa kita sememangnya gementar
4.       Pengalaman dapat mengurangkan gementar
5.       Sedar bahawa khalayak hadir untuk mendengar pengucap yang berjaya, bukan yang gagal
6.       Tumpukan perhatian pada mesej yang disampaikan
7.       Jangan biarkan kesilapan mengganggu
8.       Lengkapkan diri sebelum membuat persembahan
      Bersedia sebelum memulakan ucapan
      Wujudkan perhubungan mesra dengan khalayak sebelum berucap
      Mulakan persembahan tanpa merujuk catatan yang disediakan
      Pastikan wujudnya hubungan dengan khalayak
      Buat persembahan seolah-olah kita sedang bercakap atau berbincang, bukannya membaca atau menghafaz
      Gunakan kad bersaiz 3 x 5 inci
      Rujuk kad berkenaan sekali-sekala
      Hindari kata-kata yang disebut berulang kali (ah, oh, ok dll.)
      Berhenti di akhir sesuatu idea yang disampaikan, bukan di pertengahannya
      Berdiri dengan cara yang betul, jangan bersandar atau menyilang kaki
      Jangan memegang atau bermain-main dengan pensil, nota, penunjuk dll.
      Sentiasa berpakaian kemas dan selesa
      Pastikan suara didengari seluruh khalayak di dalam dewan
      Jangan bercakap terlalu laju

Selasa, 12 Januari 2010

Kita bertanya, Al-Quran menjawab



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Untuk panduan dan pengetahuan kita bersama......

JANGAN MENGELUH ............
Kita selalu Bertanya.....................dan Al-Quran sudah menjawabnya...................

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA
: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA
: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA
: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA
: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran
.