Sabtu, 30 Jun 2012

Angkuhnya Kita


Yang Tua akan sentiasa merasakan dirinya lagi bagus dalam segenap aspek. Pendapat + pandangan yang muda disiat mentah-mentah. Langsung tidak diberi peluang untuk melontar cadangan atau idea.

Yang Kaya sentiasa akan menindas + memperlekehkan yang kurang berkemampuan. Ayat-ayat yang digunakan sering menampakkan ketinggian darjat mereka. Kasarnya, boleh dikatakan berlagak sampai lupa daratan.

Yang elok rupa pula sudah pasti tidak akan melayan yang tidak berapa elok rupa. Tercatat di profile hendak berkawan walhal terlalu taksub dengan keindahan diri laksana Aphrodite lagaknya.


Hidup ini suatu lukisan. Cara mencorakkan lukisan itu amat dipengaruhi oleh pemilihan warna, jalinan dan mesej yang ingin disampaikan.

Usah terpesona dengan kemewahan kerana kemewahan hanya mencipta kebahagian plastik
Usah terpana dengan keindahan fizikal kerana ianya hanya sementara

Biar kurang harta, Jangan Kurang ajar!!

Selasa, 26 Jun 2012

Kita dan tamadun


Kita satu bangsa kita satu negara,
Kita satu matlamat...Hooooo

Oh..Acapkali lagu tersebut diputarkan di corong radio mahupun disajikan di kaca televisyen. Tapi relevankah setiap bait yang dilagukan dengan realiti kehidupan masyarakat kita? Matlamat yang dikatakan satu sebenarnya apa?...

Tampak bersuluh matlamat utama ialah menjadi sebuah negara maju. Adakah kemajuan itu hanya dikira dari aspek pembangunan infrastruktur semata-mata?Bagaimana dengan pembangunan sahsiah? Adakah aspek ini boleh diabaikan dalam keghairahan mengejar arus pembangunan infrastruktur yang tidak akan pernah berhenti proses evolusinya?

Usah kita terlalu melihat terlalu jauh dalam konteks yang merangkumi pembangunan sahsiah, cukuplah kita lihat dalam kehidupan sehari-harian kita. Tipulah kalau dalam menjalani kehidupan seharian tidak pernah langsung kita terlihat atau ternampak golongan manusia yang hanya melihat individu kurang upaya mahu melintas jalan tapi langsung tidak diendahkan, golongan warga emas yang berdiri di dalam kenderaan awam hanya diberi bantuan dengan pandangan mata sinis dan berbagai lagi karenah manusia.

Sudah melebihi setengah abad kita merdeka. Sudah berkurun lamanya kita mencapai zaman manusia bertamadun. Namun adakah kita alpa dengan definisi tamadun itu sendiri?

Bukan mencemuh apatah lagi mengata, sekadar mahu bersuara. Realiti masyarakat hari ini seolah-olah sedang mengalami proses pembalikan ketamadunan. Konteks yang hendak dibicarakan hanyalah satu iaitu pembangunan sahsiah masyarakat sejagat dan lebih khusus untuk rakyat Malaysia.

Jangan mendabik dada dikala terdapat segelintir golongan yang ditindas, jangan meninggi hidung seandainya masalah sosial golongan muda kita terus meruncing tidak henti-henti, jangan mengecam tindakan pihak lain seandainya pihak kita masih di takuk lama.

Kedangkalan ini, lihat saja sajian media massa yang disediakan khas untuk kita semua. Dalam seminggu pasti ada kisah rompakan, rogol, buang anak dan paling hebat golongan yang menuding jari sesama mereka. Beginikah kriteria tamadun yang kita banggakan? Itu tidak termasuk dengan proses evolusi pemakaian seharian. Jika dalam subjek sejarah manusia zaman primitif dicirikan dengan kaedah pemakaian mereka yang hanya menutup bahagaian-bahagian tertentu. Adakah gelombang primitif itu datang kembali? Jika tidak masakan golongan zaman sekarang suka menutup sebahagian kecil tubuh mereka dan cenderung mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.

Itu tidak termasuk dengan kes-kes keganasan yang wujud secara halus dalam masyarakat kita. Dan jangan dilupa dengan kes-kes yang dipandang remeh oleh segelintir masyarakat. Semangat assabiyah semakin menular dalam kehidupan kita. nama saja berjiran namun langsung tidak ambil tahu pasal jiran tetangga waima nama jiran sendiri.

Hidup kita sekarang lebih dipelopori dengan sikap riak, takbur, menunjuk-nunjuk dan berbagai lagi sifat negatif. Pantang saja ditegur, lentingannya saja sudah mampu menggoyangkan bangunan. Pantang dicemuh, bertujah-tujah cemuhan balasan ditujukan semula. Bukan saja menafikan kesalahan diri sebaliknya menutup kesalahan yan tidak diakui dengan kesalahan ciptaan orang lain pula.

Hebat bukan?

Isnin, 25 Jun 2012

Pelaburan???....Yang mana harus dipilih?....

Melabur Ke Dalam ASB Dengan Menggunakan Pinjaman Peribadi atau Tanpa Pinjaman??

Bagi sesetengah orang, melabur dengan menggunakan wang pinjaman peribadi lebih berbaloi kerana anda akan memperolehi sijil ASB yang sah, dan bukannya sekadar 'xerox' copy jika menggunakan ASB Loan dari bank. Tambahan pula, anda akan merasa lebih gembira melihat simpanan sebanyak RM 10,000 di dalam buku ASB anda walaupun anda terpaksa membayar semula pinjaman sebanyak RM 226 sebulan selama 5 tahun.

Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%
Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%

Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%
Interest sebenar pada kadar APR = 13%

Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.

Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).

Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.

Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.

Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman
= RM 14,025 - RM 13,560 = RM 465 sahaja.

Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,
Total Contribution = RM 13,560
Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.

As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?

Unit Trust dan Akaun 1 KWSP??

Saja mahu berkongsi pendapat umum ini berkenaan apa boleh dilakukan dengan simpanan KWSP anda, yang sejak kebelakangan ini, semakin rendah pulangan dividennya. Dari 6.84% tahun 2000, 6% tahun 2001 kepada 4.25% tahun 2002 dan tahun lepas iaitu 2009 ialah 5.65%.

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Akaun 1 KWSP

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 KWSP ke dalam pasaran unit trust yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut unit trust, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, unit trust ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

Akan tetapi, seandainya anda mahu melaksanakan hal ini, sila fikir semasak-masaknya.Kenapa?Kerana akaun 1 adalah satu-satunya rancangan persaraan anda.Dengan kadar inflasi yang sudah menjejaki 6.7%, kos sara hidup juga meningkat. Dalam kata lain, apabila anda bersara secara automatik kos sara hidup turut akan melonjak lagi.

Hal ini kerana , prestasi setiap unit amanah ini kadangkala berubah-ubah. Andai ada kesempatan saya akan upload kadar prestasi unit amanah di lain masa.

Akaun 2 KWSP

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.25%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

Property Loan Insurance (MRTA vs MLTA)

Disini saya ingin berkongsi sesuatu kepada anda pemilik rumah / pembeli rumah yang mungkin ada di antara kita yang tak tahu, atau taknak ambil tahu tentang tentang perkara ini. Mungkin ada pernah/biasa dengar, tapi tahukah anda maksud sebenar? Ok saya mulakan secara asas apa itu Property Insurance.

Mortgage Life Insurance
Mortgage Life Insurance adalah satu jenis perlindungan dimana ianya akan membayar/melangsaikan hutang peminjam apabila berlaku kematian atau TPD (Total Permanent Disability) sebelum pinjaman dibayar sepenuhnya.

Pada asasnya terdapat 2 jenis mortgage life insurance di pasaran iaitu MRTA/MDTA (Mortgage Reducing/Decreasing Term Assurance) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortgage Decreasing Term Assurance (MDTA)

MRTA/MDTA adalah jenis perlindungan direka untuk melindung peminjam daripada kematian atau TPD (Total Permanent Disability).

MRTA/MDTA adalah jenis polisi perlindungan yang ringkas dan sudah menjadi kebiasaan dan polisinya diterima pakai apabila peminjam ingin membuat pinjaman perumahan. Cara bayarannya adalah di bayar secara ‘upfront’ sekaligus. Peminjam boleh memilih jumlah dan berapa lama dia ingin membayar perlindungan tersebut dan bergantung kepada jumlah pinjaman, umur dan jantina.

Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

MLTA berlainan sedikit dari MRTA/MDTA dan menawarkan peminjam yang inginkan perlindungan nyawa, simpanan & pulangan.

Ianya boleh dibayar secara tahunan, setengah tahun, bulanan dan pemegang polisi boleh memilih untuk mempunyai jenis-jenis perlindungan selain dari kematian dan TPD. Jumlah yang perlu di bayar bergantung kepada jenis perlindungan yang ingin di miliki.

Perbandingan antara MDTA & MLTA

MLTA
1) Polisi boleh dipindah antara bank apabila peminjam ingin membeli rumah baru atau refinance pinjaman kepada bank lain.

2) Anda hanya perlu membeli sekali sahaja, dengan jumlah yang sama, anda tidak perlu untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

3) Bayaran akan dikira dan dicampur sebagai simpanan atau simpanan dengan keuntungan. Nilai wang boleh digunakan untuk mengurangkan atau membayar habis pinjaman perumahan anda. Sekaligus boleh mengurangkan tempoh bayaran pinjaman,

MRTA/MDTA
1) Polisi akan kekal kepada satu bank sahaja, jika anda ingin refinance atau membeli rumah baru, polisi baru akan dikenakan mengikut harga rumah tersebut.

2) Selalunya setiap kali anda ingin refinance, anda perlu buktikan bahawa anda adalah sihat untuk polisi MDTA.

3) Tidak mempunyai nilai penamatan polisi