Ahad, 26 Februari 2017

Hiking Log : Bukit Kacu 1'287 Meter

Bukit Kacu.

Bukit Kacu berketinggian 1287M terletak  berhampiran Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet. Bukit ini sebenarnya sudah lama diperhatikan kewujudan dan keinginannya kerana terdapat tanda sistem trigonometri di puncaknya semenjak zaman Anang aktif merintis. Sekarang Anang dah takde. Takde masa nak merintis la gile.

Sejujurnya, takde nafsu sangat nak mendaki sebab semalam baru layan Trek Gile siap OT. Ida awal-awal dah surrender nak tidur je. So kali ni 5 orang je lah yang pergi. Waktu breakfast, masing-masing dah bagi hint nak melepak makan strawberry, tapi Medan insist nak naik gak. Die cakap dalam kepala die ade 2 option je, 1: Balik Sg Buluh siapkan assignment yang die asyik tangguh, 2: Naik Bukit Kacu. Chet!!!

Layankan je lah impian Medan yang dulunya pernah kata hanya akan naik Bukit berketinggian 1200 meter ke atas sahaja... Pastu tukar 1000 meter lak.. Last2 tak kisah lah bukit apa. Sebelum ini kami pernah mencuba untuk mendaki Bukit ini dengan melalui kawasan kebun dibelakang bukit. Namun Pak Guard Sinkh misai lentik tak bagi masuk. Tu sebab dulu tak naik.

Starting point area Habu. Dekat kawasan perumahan baru. trek super pendek. Lalu sikit kawasan kebun bunga kat lereng, sampai tangki air kebun, then naik terus ke puncak. Menebas tak banyak. Sampai2 takde beirut...Ade besi paip bulat macam Bukit Ulu Tengah kegemaran Apiz.

Perjalanan less than sejam. Oh, semasa trekking ade point sarang lebah baru nak buat, dan terjumpa kulit ular kering. Masa naik Awi depan, jumpa kulit ular terus pass kat Medan lead. Sebab die yang insist nak naik. Sebelum handover, pesan kat Medan, hati-hati mende menyusup. Tapi Medan processor die lagging sket. Ada la gak bertekak. Amy dengan Ayat membatu je time pertengkaran terjadi. Alah bertengkar manja je.

Kat starting point ade gondola kebun. Medan dengan Amy adelah bergambar kat situ. Aku jadi tukang ambik gambar je.










Sabtu, 25 Februari 2017

Hiking Log : Gunung Bunting, Gunung Tanggung, Gunung Gandik, Laut Tinggal dan Cangkat Perah


Trans Gandik mungkin agak tidak asing bagi penggiat aktiviti mendaki lebih-lebih lagi ahli Kumpulan Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Laluan pendakian yang merentasi 4 titik puncak iaitu Genting Ringlet, Bunting, Tanggung dan Gandik mula diperkenalkan dan mampu dilakukan dalam tempoh setengah hari untuk melengkapkan laluan pendakian.

Berbeza dengan laluan Trans Gandik, laluan kami kali ini melalui 3 puncak pendakian asal iaitu Bunting, Tanggung dan Gandik da seterusnya menyambung laluan ke 2 puncak lain iaitu Laut Tinggal dan Changkat Perah. Usah ditanya mengapakah namanya sedemikian rupa dan ape relevannya nama tersebut kerana kami sendiri tidak pasti.

Daripada puncak Gandik, perjalanan diteruskan melalui trek batu sempadan menuju puncak 1327 kemudian menuruni ke kawasan Sg Sengam sebelum melintasinya. Dari kawasan lintasan sungai, kami menuju ke titik tengah yang membentuk simpang tiga. Kiri menuju ke Laut Tinggal manakala kanan menuju ke Changkat Perah. Itu adalah sedikit sebanyak gambaran ringkas mengenai laluan perjalanan.

Perjalanan dari starting point ke Puncak Gandik hanya mengambil masa kurang dari 2 jam sehala. Namun untuk ke Sg Sengam agak mencabar dan mengambil masa yang lebih panjang. Trek hutan primer disulami dengan laluan binatang biarpun lantai hutan agak bersih disesetengah kawasan. Disebabkan 2 puncak ini tidak mempunyai titik tepat pada topo, justeru kami menggunakan titik terhampir dengan namanya berdasarkan peta.
Berikut ialah titik rujukan untuk ke 5-5 puncak.
Bunting : 377911 488145
Tanggung : 378220 487679
Gandik : 378804 487405
Puncak 1379 : 379669 486147
Sungai (Port Lepak) : 379542 485478
Cangkat Perah : 379147 485541
Laut Tinggal : 379682 485113

Dari segi tahap kesengsaraan trek pula, kondisi trek boleh dikategorikan agak 'hardcore' bak kata Ida, dah lembik kaki sampai terpaksa mengesot turun semasa menghampiri kebun. Pendakian yang melibatkan 6 orang, 2 daripadanya separa lelaki menyaksikan ketidakwarasan yang melampau berikutan terpaksa keluar malam selain hobi Awi ajak lalu tebing tinggi sebelah gaung. Chet!

Berikut ialah log perjalanan kami yang direkodkan (Sumber: Ayat Kamaruddin)
8.30 am : Perjalanan Bermula
8.55 am : Simpang Bunting
9.00 am : Puncak Bunting
9.35 am : Puncak Tanggung
10.20 am : Puncak Gandik
1.20 pm : Puncak 1327
3.20 pm : Sg Sengam
3.50 pm : Simpang Tiga Cangkat Perah - Laut Tinggal
4.15 pm : Puncak Laut Tinggal
4.50 pm : Simpamg Tiga
5.35 pm : Puncak Cangkat Perah

6.15 pm : Mula bergerak turun
6.30 pm : Simpang Tiga
6.45 pm : Sg Sengam
8.10 pm : Puncak 1327
9.25 pm : Puncak Gandik
10.25 pm : Simpang Tanggung
10.57 pm : Simpang Bunting
11.30 pm : Tempat letak kereta

Kami berhenti di Sungai Sengam untuk makan tengahari walaupun dah petang. Dalam perjalanan pulang, tercetus idea untuk melalui trek lain kononnya dapat mengurangkan kesengsaraan, namun setelah dirujuk pada peta topo, ianya sangat mustahil dek kerana lokasi pendakian agak terpencil dari jalanraya utama.

Yang menarik di 2 puncak terakhir yang menjadi 'trademark' ialah terdapat satu sarang semut yang berbentuk unik di kawsan puncak Laut Tinggal yang sangat jarang dijumpai ditempat lain manakala terdapat spesis pokok lontar yang berdaun gergasi di puncak cangkat perah. Daun ini kami gunakan untuk mengalas lantai hutan sebelum membentang ground. Ida sempat melepek tidur sementara menunggu yang lain menangkap gambar dan bersolat. Ida sempat menanam pokok Serai Kayu di puncak Laut tinggal untuk masa depan katanya.

Dalam perjalanan keluar, kami terjumpa spesis katak bertanduk Megophrys Aceras katenya. Tak taulah macam ne Awi boleh nampak time jalan memalam. Dahla banyak bunyi-bunyi pelik time lepas berhenti maghrib.

Usai keluar kami terus mencari lokasi kedai makan di Ringlet kerana sepanjang trek pulang masing-masing sudah mula menggambarkan keenakan chicken chop di Ringlet, namun kedai tersebut sudah tutup sebaik kami tiba. Apapun tahniah kepada Ida kerana berjaya buat comeback dengan layan trek hatkur....5 puncak. Yang lain pula juga Tahniah diucapkan sebab repeat Trans Gandik. Sebelum ni Medan masuk Trans Gandik sengsorang sampai parang hilang, Awi lak dengan Anang. Aku lak skali dengan Ayat dan Amy.