Disclaimer: Artikel ini diolah
oleh penulis dengan kaedah merujuk kepada bahan rujukan seperti yang dinyatakan
di bahagian akhir artikel. Penulis bukanlah seorang ahli etnografi yang
mempunyai kepakaran khusus mengenai masyarakat Orang Asli.
Artikel ini mengandungi:
- Pengenalan
- Sejarah Penggunaan Istilah ‘Orang Asli"
- Pecahan Kaum Dan Maklumat Mengenai Setiap Suku.
- Kepercayaan, Amalan dan Pantang-larang Masyarakat Orang Asli
PENGENALAN
Sememangnya umum mengetahui bahawa penduduk Malaysia
merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, agama
dan budaya. Biarpun tidak menjadi kaum yang majoriti di semenanjung Malaysia,
namun tidaklah bermakna Orang Asli dinafikan kewujudannya. Kewujudan masyarakat
ini bukan sahaja diberi perhatian malahan kepentingan mereka jelas terbukti
dengan penggubalan ordinan dan akta yang dikenali dengan nama AKTA 134: Akta
Orang Asli 1954 ( disemak 1974).
Umum juga
mengetahui bahawa masyarakat Orang Asli cukup sinonim dengan kawasan hutan di
Malaysia terutamanya di semenanjung. Dan adalah bukan suatu perkara baharu
seandainya para penggiat aktiviti lasak terserempak dengan mereka ketika
melakukan aktiviti di dalam hutan. Penulis sendiri mempunyai pengalaman
terserempak dengan masyarakat Orang Asli ketika pendakian Gunung Tahan semasa
dalam perjalanan menuju ke Kuala Tahan. Selain itu, sesetengah kawasan pendakian
yang tidak popular yang pernah dijejaki oleh penulis adakalanya melalui kawasan
perumahan ataupun jajahan orang asli seperti Bukit Bujang, Gunung Panggang Paku
(perkampungan ini telah dipindahkan dari lokasi asal), Bukit Ulu Kalong, Bukit
Hulu Telang, Bukit Arang dan beberapa lokasi.
Adalah menjadi kewajipan buat para pendaki tegar untuk mengalami perkara
yang sama terutamanya dalam misi melengkapkan 7 puncak tertinggi di Semenanjung
Malaysia kerana sesetengah lokasi perlu melalui kawasan mereka seperti Gunung
Yong Yap dan Gunung Chamah.
SEJARAH PENGGUNAAN ISTILAH ORANG ASLI.
Penggunaan istilah Orang Asli mula digunapakai seawal tahun
1950an semasa penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini dikenali dengan nama
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Para etnografer yang awal menggunakan
istilah “Semang” untuk kaum Negrito, “Sakai” untuk kaum Senoi dan “Jakun” untuk
Proto-Malay atau Melayu Asli. Panggilan Orang
Asli itu sendiri menggambarkan mereka adalah penduduk asal yang tinggal di
kawasan Semenanjung Malaysia.
Istilah
Orang Asli sememangnya lebih baik dan lebih sopan dari “Semang”, “Sakai”
atau “Jakun” kerana istilah tersebut membawa konotasi yang kurang baik
yang boleh membawa maksud “Hamba” atau status yang rendah. Terdapat juga
penggunaan istilah lain suatu ketika dahulu bagi menggambarkan kaum ini seperti
“Orang Darat”, “Orang Dalam”, “Orang Bukit”,
“Orang Dusun” yang mungkin kepada lokasi penempatan mereka. Apapun
terdapat etnografer yang menyatakan ketidaktepatan istilah tersebut berikutan
terdapat segelintir daripada mereka yang mendiami kawasan persisiran pantai di
negeri Johor dan Selangor.
Takrif Orang Asli.
Mengikut Akta Orang Asli 1954: Seksyen 3, penakrifan
orang asli adalah seperti berikut:
a) mana-mana orang
yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik orang asli, yang bercakap bahasa
orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan
orang asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu;
b) mana-mana orang daripada
mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa bayi oleh orang asli
yang telah dibesarkan sebagai seorang orang asli, lazimnya bercakap bahasa
orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan
orang asli dan ialah anggota suatu masyarakat orang asli; atau
c) anak daripada
mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli dengan seorang lelaki
daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap
bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan
kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi anggota suatu masyarakat orang
asli.
Dalam seksyen
yang sama turut menyatakan bahawa perubahan agama tidak menyebabkan seseorang
itu tidak menjadi Orang Asli lagi dan sebarang persoalan mengenai seseorang itu
Orang asli atau tidak hanya boleh diputuskan oleh Menteri.
PECAHAN KAUM DAN MAKLUMAT MENGENAI SETIAP
SUKU.
Secara amnya, masyarakat orang asli di Malaysia terdiri
daripada 3 kaum/ bangsa utama. Dan setiap kaum/ bangsa mempunyai beberapa suku
tersendiri. Berikut ialah maklumat mengenai kaum/ bangsa, suku dan maklumat
mengenai cara hidup mereka.
Kaum/ Bangsa : Senoi
Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di
pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam
rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan
Temiar
Suku
|
Maklumat
|
Temiar
|
·
Pemilihan penempatan Suku Bangsa
Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu dengan cara Berhalaq
(jampi) atau mimpi.
·
Tempat yang hendak didiami jauh dari
tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan
sebagainya.
·
Tidak membuat penempatan di kawasan
berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu.
·
Kawasan air terjun dan sungai besar
juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan
mengganggu.
·
Membina rumah daripada kayu (selain
daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong.
·
Di peringkat awal petempatan, mereka
membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang
terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina
rumah sendiri.
·
Mereka menyara keluarga dengan
bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.
|
Semai
|
·
Suku kaum Semai tinggal bertaburan
di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan
Pahang Barat.
·
Bancian pada tahun 1993 menunjukkan
jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang
·
Merupakan suku kaum Orang Asli yang
terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat.
·
Sebuah kampung biasanya terdapat di
antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin
yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
|
Semoq
Beri
|
·
Orang Semoq Beri tinggal di kawasan
pinggir Pahang dan Terengganu.
·
Satu ketika dahulu Orang Semoq Beri
berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri sudah mula mengubah
cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
·
Di negeri Pahang terdapat terdapat 5
buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai 735 orang.
·
Daerah Maran berjumlah 5 buah
kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan daerah Kuantan terdapat 2
buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang.
·
Di negeri Terengganu terdapat
terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga seramai
185 orang.
·
Daerah Kemaman berjumlah 2 buah
kampung terdiri 69 keluarga seramai 284 orang.
|
Jahut
|
·
Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah
Temerloh dan Jerantut, Pahang.
·
Di Temerloh mereka tinggal di
kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau
– Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong.
·
Di Jerantut mereka tinggal di Sungai
Kiol dan Kekwel (Kol).
·
Mereka menyara hidup dengan mencari
rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan
berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.
|
Mah
Meri
|
·
Mah Meri bermakna ”Orang Hutan”
sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut ”bersisik”.
·
Mereka juga dikenali sebagai orang
laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai
nelayan.
·
Tidak ada bukti sejarah yang tepat
ditentang asal-usul mereka, walau bagaimanapun mereka ini dipercayai
berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana
lari dari musuh.
·
Masyarakat Mah Meri telah mengalami
perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan
masyarakat lain.
|
Che
Wong
|
·
Tinggal kawasan pinggir di daerah
Raub dan Temerloh, Pahang.
·
Satu ketika dahulu Orang Che Wong
suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Che Wong sudah ada
kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding
dengan masyarakat umum.
·
Di Raub terdapat 4 buah perkampungan
dan Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya
68 keluarga seramai 417 orang.
|
Kaum/ Bangsa: Melayu Proto/ Melayu Asli
Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka
boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang melayu
Suku
|
Maklumat
|
Kuala
|
·
Orang Kuala di percayai berasal dari
kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera,
Indonesia.
·
Mereka ini kebanyakannya tinggal
menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor.
·
Kini Orang Kuala tinggal menetap di
daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian.
·
Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di
daerah Batu Pahat dari 5 buah kampung yang berjumlah 1309 orang dan 4 buah
kampung yang berjumlah 214 keluarga yang berjumlah seramai 1018 orang di
daerah Pontian.
|
Kanaq
|
·
Orang Kanaq terdapat di kawasan
pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku
kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di
kampung Selangi.
|
Seletar
|
·
Orang Seletar atau “Sea Gypsies”
merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam
perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai.
·
Kawasan utama petempatan mereka
ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.
·
Bergantung kepada hasil laut dan menyebabkan
mereka hidup berpindah-randah.
·
Perubahan dalam sosio-ekonomi telah
merubah cara hidup mereka. Kini mereka tinggal menetap di kawasan petempatan
yang lebih teratur dan tersusun di Persisiran Pantai Selat Johor.
·
Mereka juga menangkap ikan
menggunakan peralatan moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang
perindustrian.
·
Mereka mengamalkan animisme dan ada
di antara mereka yang telah menganut Agama Islam.
|
Jakun
|
·
Orang Jakun (Orang Ulu} tinggal di
selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina).
·
Masih mengamalkan animisme.
Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah,
sungai, batu, gua dan sebagainya.
·
Mereka percaya kampung mereka akan
dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang.
|
Semelai
|
·
Taburan petempatan Orang Asli
Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai
Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke
Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar.
·
Dari segi rupa dan bentuk fizikal
Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.
|
Temuan
|
·
Tinggal di Selangor, Melaka, Pahang,
Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan.
·
Suku Bangsa Temuan di Negeri
Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku
Bangsa Temuan di negeri lain.
|
Kaum/ Bangsa : Negrito
Kaum Negrito terbahagi kepada 6 suku, iaitu Kensiu,
Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.
Suku/Kaum
|
Maklumat
|
Kensiu
|
·
Tinggal di kawasan pinggir di daerah
Baling, Kedah.
·
Satu ketika dahulu Orang Kensiu suka
berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung halaman mereka
untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
·
Hanya terdapat sebuah perkampungan
Orang Kensiu di daerah Baling, negeri Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong yang
dilengkapi dengan kemudahan bekalan api letrik, bekalan air dan lain-lain
prasarana seperti Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca pendapat
utama adalah hasil tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan
kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga
seramai 204 orang.
|
Kintak
|
·
Tinggal di kawasan pinggir di daerah
Gerik, Hulu Perak.
·
Satu ketika dahulu Orang Kintak suka
berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada kampung halaman mereka
untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
·
Terdapat sebuah perkampungan Orang
Kintak terdiri dari 25 keluarga yang berjumlah 112 orang
|
Lanoh
|
·
Tinggal di kawasan pedalaman daerah
Hulu Perak negeri Perak.
·
Satu ketika dahulu Orang Lanoh suka
berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Lanoh sudah ada kampung
halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan
masyarakat umum.
·
Kini terdapat 3 buah perkampungan
yang berjumlah 359 orang
|
Jahai
|
·
Tinggal di Perak, terutama di
kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor.
·
Di Kelantan pula, mereka bertumpu di
Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.
·
Pada amnya rupa paras orang Jahai
seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di
Filipina.
·
Kebanyakannya tinggal di kuala
sungai dan persisiran tasik.
·
Rumah mereka berbentuk pisang
sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus.
·
Suku bangsa Jahai suka membuat rumah
yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah.
·
Mereka berpindah dari satu tempat ke
satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil,
kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.
·
Kini, amalan berpindah-randah
semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada
agensi kerajaan.
|
Mendriq
|
·
Tinggal di kawasan pedalaman
Kelantan.
·
Satu ketika dahulu Orang Mendriq
suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq sudah ada kampung
halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan
masyarakat umum.
·
Sebuah perkampungan Orang Mendriq di
daerah Gua Musang terdiri 14 keluarga yang berjumlah 82 orang.
|
Bateq
|
·
Tinggal di kawasan pedalaman utara
Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan.
·
Satu ketika dahulu Orang Bateq suka
berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan.
·
Semenjak kerajaan memberi penumpuan
untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung
halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan
masyarakat umum.
·
Negeri Pahang terdapat 7 buah
kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut
yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang.
·
Negeri Kelantan terdapat 4 buah
kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang.
·
Di negeri Terengganu terdapat 12
keluarga seramai 41 orang.
|
KEPERCAYAAN, AMALAN DAN PANTANG-LARANG
MASYARAKAT ORANG ASLI.
Berikut antara kepercayaan, amalan dan pantang-larang
masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang mungkin masih diamalkan di
sesetengah kawasan. Sebagai pendaki atau individu yang melakukan aktiviti
rekreasi di kawasan hutan, adalah lebih afdal seandainya mengetahui
perkara-perkara ini lebih-lebih lagi apabila melalui kawasan mereka ataupun menggunakan
khidmat kemahiran mereka.
1.
Peranan dewa-dewa,
roh, keramat dan sebagainya
·
Pandangan hidup
mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran
yang didiami
·
Hutan rimba, gunung,
bukit, petir dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri
2.
Batin/ tok batin
·
Lambang sikap
kerjasama masyarakat Orang Asli
·
Ketua Puak/ Suku
·
Menjaga dan menjamin
ketenteraman anak buah
·
Penghubung kepada
masyarakat luar
·
Berkuasa menentukan
dan menetapkan peraturan berkaitan puak
·
Menjatuhkan hukuman
terhadap kesalahan yang dilakukan anak buah
3.
Bomoh/ Tok Halaq/
Poyang
·
Menjadi pengantara
agama dan kepercayaan
·
Berperanan dalam
menentukan aspek ritual dalam penyaluran kepercayaan mereka
4.
Lawatan dan Kunjungan
·
Lebih cenderung
ketika waktu petang kerana siang hari – pagi, selalunya sibuk dengan kerja
masing-masing
·
Dianggap kurang sopan
sekiranya tetamu menolak jamuan hidangan dari tuan rumah
5.
Kelahiran
·
Dilarang memuji
kecantikan tubuh badan anak yang baru lahir
·
Suami tidak boleh
menjala ikan
·
Suami dan isteri dilarang
memakan daging rusa dan kijang
6.
Perkahwinan
·
Kedua pengantin
terpaksa mendengar nasihat yang diberikan daripada sesiapa sahaja yang hadir
terutamanya yang disampaikan oleh golongan tua mengenai tanggungjawab suami
isteri
·
Tetamu lazimnya akan
hadir tanpa jemputan rasmi
·
Perkahwinan antara
saudara sepupu dilarang sama sekali
·
Pengantin lelaki dan
perempuan seharusnya berasal dari kawasan berlainan
·
Upacara perkahwinan
kaum Mah meri:
-
Bermula sebelum malam
-
Pengantin lelaki
diiringi ke atas pelamin sambal diapit oleh 2 kanak-kanak lelaki dan 3 wanita
-
Tok batin akan
memulakan upacara dengan mengasap muka pengantin lelaki sebagai tanda hormat
-
Tok batin kemudiannya
membawa 2 batang lilin dan digerakkan secara bulatan ke muka pengantin lelaki. Upacara
ini dilakukan supaya moyang juga menjadi saksi perkahwinan
7.
Kematian
·
Sesiapa yang
meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian akan ditimpa
malapetaka atau jatuh sakit
·
Semua kanak-kanak
dicontengkan telinga mereka dengan arang yang telah dijampi dan turut disapu di
bulu kening, dada dan tapak kaki sebagai ‘pengadang’. Bertujuan mengelakkan
segala hantu syaitan yang membunuh si mati mengacau mereka. Pengadang penting
terutamanya di waktu malam.
·
Setelah pengebumian
mayat, keluarga si mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi
kubur pada tiap-tiap hari selama 6 hari
·
Unggun api turut
dipasang di bawah rumah si mati dalam tempoh yang sama
·
Pasir halus yang
telah dijampi ditabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan terkena mata
segala hantu syaitan yang masih ada berkeliaran di kawasan rumah.
·
Amalan ini dijalankan
selama tempoh 6 hari kerana roh si mati dipercayai berada di kawasan rumah dan
kubur dalam jangka masa tersebut.
8.
Kulit Kura-kura
·
Membakar kulit
kura-kura untuk menghalang rebut
·
Semasa mantera
dibava, kulit kura-kura dicampur dengan serbuk lada, daun lada dan kulit
pinang.
·
Menurut mereka bunyi
asal halilintar adalah perlahan manakala suara kura-kura dipanggil ‘kura-kura
badi’ adalah nyaring.
·
Kulit kura-kura yang
dibakar boleh menghalau gajah
·
Masyarakat Orang Asli
percaya bahawa jika menghina sifat kura-kura yang berjalan perlahan dan
bersuara perlahan akan ditimpa musibah
9.
Minyak cenuai (Minyak
Pengasih)
·
Diperbuat dari bunga
cengloi dan hanya Tok Halaq/ bomoh atau Poyang yang dapat memperolehi bunga ini
·
Percaya dengan memetik
dan menyebut nama orang yang disukai beberapa kali dan kemudiannya diproses
menjadi minyak, maka orang tersebut dengan serta-merta akan menyukai kita
10.
Buluh Perindu
·
Berfungsi sebagai
pemikat
·
Hanya terdapat di
pergunungan tertentu
·
Sesiapa yang ingin
mendapatkan buluh ini perlu memohon kebenaran penunggu gunung
11.
Buah Apa-apa (Durian
Hutan)
·
Diguna oleh suku kaum
temuan dan Mah Meri sebagai tangkal untuk menghalang gangguan toyol dan syaitan
·
Bagi masyarakat
Semai, dilarang menjadikan buah ini sebagai bahan gurauan terutamanya pada
waktu petang kerana dikhuatiri ribut taufan akan melanda
12.
Cendawan gajah
·
Digunakan sebagai
bahan dalam upacara jampi untuk menghalang angina kencang atau guruh melanda
sesuatu kawasan
13.
Kepala Ikan Haruan
·
Digantung di dalam
rumah untuk menghalang anasir jahat
·
Bentuk ikan lebih
kecil daripada ikan haruan yang biasa dan mudah didapati di sungai-sungai kecil
14.
Kayu Pulai
·
Digunakan untuk
membuat ‘patung ganti nyawa’ dan ‘balai lancang’ di dalam rumah sewang
·
Dipercayai mempunyai
semangat yang tersendiri.
·
Dalam upacara sewang,
kayu pulai akan digantungkan di tengah-tengah balai lancang dan dibiarkan
bergoyang untuk menarik minat Puteri Semangat
·
Tok halaq akan
menjalankan upacara tukar ganti dengan memindahkan penyakit daripada badan
pesakit ke dalam patung
·
Patung itu
kemudiannya di buang ke dalam tempat yang ditetapkan
Rujukan:
5.
www.data.gov.my
6.
Data Terbuka Kerajaan
: Kementerian Pembangunan Luar Bandar
7.
Mengenali Sejarah,
Budaya Orang Asli: Berita Harian, 21 jun 2015
8.
Akta Orang Asli 1954
9.
Kirk Endicott,
"The Impact of Economic Modernization on the Orang Asli of Northen
Peninsular, Malaysia
10.
Iskandar Carey,
" Orang Asli: The Aboriginal"
11.
Tka Daud, "Adat
dan kepercayaan Orang Asli"