Jumaat, 16 Ogos 2013

Aku, Kau dan Kita Manusia

Manusia kian tenat dengan keduniaan...
Kemanusiaan semakin luput ditimbus oleh kedudukan...
 Kealpaan sudah menjadi satu kewajiban..
Ramai yang berkata kenal tuhan..
Rupa-rupanya untuk tontonan..

 Kawan jadi lawan..
Semua nak ditawan..
Yang terpinggir mungkin jadi sawan..
Yang dipuja semakin tersenyum menawan..
Tahniah untuk para penawan..
Wujudkan masyarakat bersifat haiwan..

Kita terus sakit..
Dosa terus membukit...
Tuhan uji kita ungkit..
Pahala dilabur makin sikit..
Sejadah dihampar kian melekit..
Rehal Quran terus terjungkit..

 Manusia semakin alpa..
Sampai kepala jadi kelapa..
Mungkin tunggu Tuhan menyapa..
Atau hidayah dicari dan jumpa..
Masa sudah tidak kenal sesiapa..
Harap kita tidak terus terlupa..

2 ulasan :

Tetamu Istimewa berkata...

Singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya.

icChan berkata...

Insyaallah...