Status Facebook dikemaskini mencari rakan pendaki dan seorang teman lain ada meninggalkan komennya menyatakan berminat untuk sertai. Asal perancangan pendakian bermula jam 5.45 petang. Tapi kalau dah janji melayu nak maghrib baru naik. Semasa mendaki ramai yang menegur agar berhati-hati. Tidak kurang juga yang berbaur sinis. Pendakian kala waktu senja sama seperti waktu selepas subuh di mana trek masih kelihatan biarpun samar-samar. Kali ini kami mendaki berlima termasuk seorang teman baru yang tidak pernah mendaki.
Biarpun tidak pernah mendaki, kami berjaya naik dan turun dalam masa 1 jam 45 mnit. Kami berhenti lama di puncak untuk Solat Maghrib dan menikmati kopi panas beserta keropok lekor. Semasa turun, trek agak berpasir dan sememangnya mampu membuatka tergelincir jika hilang keseimbangan badan. Apapun lampu suluh atau headlamp memang sangat perlu untuk mendaki kala malam melainkan anda berilmu tahap kesempurnaan. Tapi, yang paling seronok trek tidak sesak dan kedamaian keadaan setempat memang terasa dengan kehadiran angin. Best!
0 ulasan :
Catat Ulasan