Tujuan:
Kertas
kerja ini disediakan untuk memohon pertimbangan, perhatian serta kelulusan dari
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk mengimplimentasi beberapa proses dan kaedah
untuk membendung lambakan sampah di kawasan Hutan Rekreasi Gunung Nuang bagi
jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Misi:
Proses dan kaedah yang disarankan bertujuan usaha mengekalkan struktur flora dan
fauna serta kelangsungan ekosistem yang sedia ada selain mewujudkan
persekitaran yang sihat dan selamat untuk para pengunjung dan para penggiat
aktiviti luar.
Objektif:
1.
Mewujudkan satu garis
panduan yang menjadi sumber rujukan para penggiat aktiviti luar yang berkunjung
ke Hutan Rekreasi Gunung Nuang.
2.
Memelihara kesemulajadian
Hutan Rekreasi Gunung Nuang dari segenap aspek.
3.
Memupuk semangat
bertanggungjawab dan cinta akan alam sekitar di kalangan para penggiat aktiviti
luar.
Pengenalan:
Kebelakangan ini, kegiatan
aktiviti luar terutamanya aktiviti mendaki gunung semakin menjadi ikutan ramai
ataupun ‘trending’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Kecenderungan para penggiat
aktiviti luar beraktiviti tidak dinafikan mampu melahirkan warga negara
Malaysia yang lebih sihat dan cerdas. Kemunculan kumpulan-kumpulan penggiat
aktiviti luar yang bergiat aktif dan bantuan teknologi sememangnya
menjadi salah satu penyumbang terhadap pergerakan aktiviti-aktiviti luar
di Malaysia.
Salah satu lokasi yang menjadi tarikan para penggiat
aktiviti luar ialah Gunung Nuang yang puncaknya terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Selain
itu, titik sempadan tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
terletak tidak jauh dari puncak gunung ini.
Dengan
berketinggian 1493 meter dari aras laut dan terletak pada kedudukan 3.3 ' Utara
, 101.9' Timur (GPS : N3.26659 E101.90023), gunung ini boleh didaki dari tiga
arah iaitu:
1.
Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
2.
Dari Janda Baik, Pahang
Selain
menjadi sasaran pendaki kerana merupakan salah satu gunung tertinggi di
Selangor, gunung ini juga menjadi tempat latihan persediaan untuk para pendaki
yang akan ke Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Rinjani, Everest Base Camp
(EBC) dan pelbagai lagi. Namun demikian terdapat sebilangan para penggiat
aktiviti luar yang menggabaikan tanggungjawab dan peranan mereka dalam
memelihara struktur kesemulajadian flora dan fauna di kawasan rekreasi ini.
Sejak
kebelakangan ini berlaku perlambakan sampah tinggalan para penggiat aktiviti
luar yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya
di kawasan tapak perkhemahan yang disediakan seperti Kem Lolo dan Kem Pacat; selain
di beberapa lokasi lain termasuk puncak gunung dan juga sepanjang trek
pendakian. Selain itu, terdapat segelintir penggiat aktiviti luar yang
menggunakan kaedah pembakaran dalam menguruskan tinggalan sampah yang mereka
sumbangkan.
Latar
Belakang Masalah :
Pengurusan
sampah yang tidak diuruskan dengan berhemah dan sempura sememangnya mampu
mendatangkan kesan negatif secara langsung mahupun tidak langsung.
Kegagalan
dalam proses pengurusan sampah akan menjerumus ke arah penyumbangan pencemaran
tanah. Secara istilah pencemaran tanah merujuk kepada sebarang pertukaran atau
perubahan warna, kesuburan dan hakisan tanah di kawasan tertentu disebabkan
oleh tindakan manusia. Longgokan sampah yang tidak diurus dengan sempurna
sesetengahnya mampu mengurangkan kualiti air tanah. Buat masa ini, penurunan
kualiti air tanah masih belum ketara. Namun, seandainya tidak dibendung hal ini
akan menjejaskan kualiti air tanah yang sedia ada dan akan menjadi lebih serius
pada masa akan datang.
Sikap
segelintir penggiat aktiviti luar yang meninggalkan bahan-bahan berasaskan plastik
atau lebih dikenali sebagai ‘polyvinyl chloride’ (PVC) di kawasan tapak
perkhemahan, trek perjalanan ke puncak dan bahagian puncak juga mempengaruhi
kemampuan fizikal penyerapan air ke dalam tanah. Biarpun bahan berasaskan plastik
menjadi salah satu pilihan utama lantaran fizikalnya yang ringan dan mudah
dibawa serta lebih lasak, namun ciptaan manusia ini merupakan suatu tentangan
hebat kepada hukum alam kerana plastik tidak terbiodegradasi ataupun mampu
diuraikan secara semulajadi biarpun sudah terbiar berjuta-juta tahun.
Terdapat
sesetengah penggiat aktiviti luar yang mengambil langkah mudah dengan membakar
longgokan sampah yang mereka hasilkan. Hal ini bukan saja mampu menyumbang ke
arah pencemaran udara, malahan mampu menyebabkan kebakaran hutan seandainya
pembakaran tersebut tidak dikawal secara bijak. Sepanjang kes kemarau yang baru
sahaja melanda Negara baru-baru ini, terdapat banyak kawasan hutan simpan dan
hutan rekreasi terbakar. Sesetengahnya berpunca daripada pembakaran terbuka
yang dicetuskan oleh manusia sendiri. Selain mengakibatkan penurunan indeks
kualiti udara hal ini secara tidak langsung memusnahkan nilai khazanah hutan
itu sendiri.
Selain
itu lambakan sampah yang berbentuk sisa makanan mampu mengundang kehadiran
haiwan-haiwan zoonis ataupun haiwan-haiwan yang mampu membawa jangkitan
penyakit. Zoonosis mendapat perhatian secara global dalam beberapa tahun terkini terutama di Malaysia setelah Kementerian Kesihatan
melaporkan beberapa kes leptoshtosis TBC….
0 ulasan :
Catat Ulasan