Ahad, 25 Januari 2015

Hiking Log : Bukit Kunong (931M asl)

Bukit Kunong

Ketinggian : 931M asl
Lokasi : Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu
Jarak Perjalanan : 2.5 jam

Trip santai kami kali ini menuju ke Bukit Kunong hari Ahad. Oh, penat semalam menebas tak hilang lagi. Kali ni x ramai yang sudi join trip aku.hahaha...

Untuk kali ni, kitorang ade 2 orang geng baru yang xpenah hike sama. Layankan je kepala. Sorang katenye nubis tapi dah naik nuang ikut pangsun, Sorang lagi dah sampai Rinjani..Ok segan...So trip kali ni abam rinjani lead sebab last time group diorang masuk kalau x silap group kedua jejak beirut bukit Kunong kalau x silap bulan 9 2014.

Trek bermula tempat yang sama macam laluan ke Bukit Kutu. Bezanya, sebelum jambatan kedua belok kiri ikut kebun orang kampung. Trek memula mendatar la gak sampai satu tahap pangok dan pangok dan pangok.

Mase ni memasing hangen kat anang. Die cakap lagi senang dari Kutu. Realitinya tuhan je tau. Sepanjang trek memang ade a few kesan takik pada pokok tapi x jelas. Memang dah lama orang x masuk. Kitorang bawak marking, tapi abes di tengah jalan. Tak tau ape Ida buat. So terpaksa menakik.

Mujur abam Rinjani ade, sekali sekala kene refer GPS sebab trek agak pangok x hengat. Ade a few kawasan berbuluh dan ade kawasan yang lapang sepanjang jalan. Lepas 2 jam lebih memangokkan diri trek mula agak mendatar, dan akhirnya jumpa gak beirut.

Kat atas, baik punya Myra masak air bancuh air panas. Anang dengan Abam Rinjani try usha trek ke bukit sebelah sebab bukit sebelah tinggi lebih 1000M tapi xde name. Kalau ikut GPS dalam 2kilo lebeih.

Semua dah rest, makan sesi group photo.Hehehe... Zul dah x sabar nak tepung si Ida. Jujur siap cakap," Lama sangat nak tunggu, aku tepung dulu la".. Ida cuba mengelak berlari lalu sebelah aku yang memang tunggu masa nak pecahkan telur atas kepala die. Ketuk 3x baru pecah telur tu. Keras betul kepala die.

Kali kedua aku pecahkan telur memang baik sebab Ida macam serah diri datang kat aku.hahaha.. Asri, Radhi dgn Abam Rinjani dok perati je kitorang.. Tapi nampak gak diorang gelak besar kalau tengok gambar..hahaha

Ok settle ...Mase turun aku dok belakang...Kitorng tersasar dari trek..Jumpa air terjun kecik dengan view cantik..Anang bebel suh aku duk depan. Walaupun kaki bengakak dek sengatan tebuan semalam, kugagahkan jua. Dahla masa naek krem kat balak. Zul siap snapp gambo.Hampeh.

Anyway perjalanan balik tersasar..then on trek..then tersasar..Tapi selamat tiba....

*Anang tercicir kunci masa naek, mujur ade yg jumpa tglkan kat kete Myvi, then ade yg bungkus simpan.
*Memasing mcm ingat Ida yang sorokkan.
* Trip kali ni 8 orang je..
*Kalau nak mintak pandangan leh drop msg kat mereka dibawah..
* Gegambo curik dr Anang and Zul





























Radhi
Anang
Ida
Myra
Zul
Syazni
Izwan
Aku

Sabtu, 17 Januari 2015

Hiking Log: Puncak Z (1240M), Bukit Hulu Sempam (1320M)

Oh, kali ini sambungan minggu lepas. Sampai je KL, memasing study info pasal bukit ni. Igor paling excited cari maklumat. Hahaha. Segala mak nenek kitorang rujuk.

Trip kali ni x ramai macam last week sebab memasing dah ade plan. Ade yg takut kene tepung, ade yg g trip lain, ade yang tercampak kat Hutan Belum tu, ade yang terterbang g obersi. Apepun trip kali ni 7 orang yang pergi. Most orang kuat x dapat join. Lagipun gogo suke up event last minit.

Untuk trip kali ni, aku jadi navigator dengan bantuan GPS and Medan jadi asistant aku. Medan insist nak tolong aku walhal die janji nak menebas. Awi, Anang, Myra, Hazim dgn aku kali ni main pas-pas baton menebas.

Mase study trek,Igor pesan, better ikut permatang yang kami lalu ke Puncak X, tpi mase sampai kat simpang Y ke kiri turun sikit. Sebab kalau ikut kontur laluan lain trek die super pangok. Rapat-rapat garisan. So pesanan ni kami pahat dalam kepala. Dahla GPS pon baru dapat Jumaat petang. Sabtu pagi dah beraksi. Kalau ikutkan nak je tembak tegak mcm anep. eh...hahahah

Kalau ikut topo, lepas dari simpang Y ade satu puncak kecil tinggi lebih 1200M. Asalnya Anang & Awi nak lalu tepi je xnak singgah puncak. Tapi Medan suggest lalu je. Lagipun kalau x, kami kene melereng. Kiri kanan gaung kot. Yang menariknya, di puncak kecil ni terdapat sebuah lubang bersaiz 1m x 1m x 2.5M(dalam die berdasarkan tali yang aku mark semalam). Spesimen ini kita panggil puncak Z sebab X ade Y ade so Z la patutnye kan.

Dari simpang Y kami menebas menuruni permatang menuju ke lembah. Terdapat kesan-kesan laluan binatang yang masih baru jelas kelihatan. Dalam masa yang sama, setiap pokok kami selidik, manelah tau jumpe marking lame dan mcm biase memang xde.

Perjalanan ke lembah agak senang la..turun kan. Tapi trek penuh dengan duri. Balak melintang, lubang-lubang misteri,. Sarang babi yg dah lame pon ade jumpe. Trek menurun ke lembah ni turun x banyak kalau ikut GPS. Realitinya hazab. Xde tempat berpegang. Sebelum tiba lembah, di sebelah kiri kami ade water point yang jernih airnya. Tu kalau tengok dari trek la. Kami x singgah. malas nak turun. Kalau turun may be x sampai 5 minit sebab betul-betul kat tepi. Kalau SJY ade aku dah suruh amek air tu buat spesimen tengok bebas lepto ke tak. Kat sini ade kawasan lapang tapi kecil kalau nak camping Dekat dengan air. Ketinggian 1160M.

Semasa menuruni lembah, memang jelas nampak puncak yang nak dituju. Lepas lembah naik balik. Turun dekat 300M jugak la.Mula-mula akan jumpa pokok besar lepas lembah. Then trek menaik sikit-sikit. Ade kawasan landai sket. Tapi makin naek. Duri x payah cakap. Tengok GPS lagi 180 meter tapi sebab dah x larat stop kejap minum air dan berasap. Kali ni dah x jalan kalau cakap depan tu ade kawasan lapang.

Trek terus menaik.

Naik.
Naik.
Naik.
Naik.
Naik.
Naik.
Naik.
Naik.
Naik. Naik.
Naik. Naik.Naik. Naik.
Naik. Naik.

Lagi 100M tengok balik GPS. Dah nak tiba kawasan berkontur rapat. Oh, Komfem pangok. Yezza. Memang pangok. Hazab bhai. Nak menebas, nak memegang. Kiri kanan gaung.Duri memang x abes-abes. Trek hujung-hujung ni memang pacak. Sangat. Kalah trek lubuk hantu ke 7e. Jangan nak compare dengan G7. Ni bukit wor. G7 pangok pon ade akar nak pegang. Dahla trek kering. Mossy dah start nampak time ni tapi kering.

Pangok.
Pangok.
Pangok.
Pangok.

Sampai kat kawasan rata sket... Pangok balik. Selit-selit belah pokok akhirnya sampai gak kat puncak. Komfem puncak sebab jumpa batu yang dicari. Alhamdulillah. Cuaca panas mase ni. Lepas bergambar rest jap. Tidur, berdengkur sampai nak menitis air liur (aku le tu). Pukul 230 siap turun. Naik dalam 5 jam sebab menebas. Turun 2 jam je.

Masa kat puncak Medan suggest tembak tegak time balik sebab kalau ikut trail memang berpusing sikit. Tapi bile tengok kat GPS kene turun gaung wor. How???.. Ingat nak singgah Puncak X mase balik tapi x sempat sebab takut keluar lewat. trek baru. X reti nak expect masa sangat.

Masa balik hazab yang patut dan mesti dilalui ialah dari Puncak Hulu Sempam - Lembah - Puncak Z - Simpang Y sebab 300 meter wor nak terjah. Dari Simpang Y tu turun je.

Apapun, kami memang x jumpa kesan laluan group sebelum ni. kami memang mengalu-alukan andai ade yang nak masuk trek ni kasik padat tanah and clearkan sket. Hutan milik bersama..

Kalau nak details tentang trek leh tanya diorang. Ni FB mereka. Insyaallah memasing ni kaki fb. kalau pm diorang layan.

1. Awi
2. Anang
3. Zul
4. Myra
5. Hazim
6. Mdan
7. Arep - Akuler

Ni antara log & gambar semasa trip. Tq Zul, Mdan and Anang and semua la..Korang best!!