Sabtu, 10 Januari 2015

Hiking Log: Puncak X, Bukit Fraser (1340m a.s.l)

Untuk trip kali ini, asalnya kami mahu menuju ke Bukit Hulu Sempam, namun dek kekurangan maklumat kami tiba di Puncak X bernama. Sepakat bersetuju meletakkan spesimen ini dengan nama Puncak X, berketinggian 1340m dari aras laut kalau dirujuk kepada peta topografi edisi terhad cetakan tahun 2010.

Idea pendakian ini wujud ketika kami dalam perjalanan meninggalkan Sungai Merah menuju ke titik permulaan Pine Tree Hill. Status di Facebook turut meminta mana-mana pihak yang pernah ke bukit ini berkongsi maklumat. Terkilan dan tersentap lantaran terdapat komen-komen berbaur sinis. Apapun kami nekad ke sini dengan bantuan beberapa gajet.

Perjalanan dimulakan melalui air terjun Jeriau yang terletak di kawasan Bukit Fraser. Ketika di titik permulaan, barulah kami mendapati yang kami lupa merujuk kepada peta topografi. Justeru applikasi 'ViewRanger' dan GPS menjadi rujukan utama kami. Berhampiran air terjun ini terdapat beberapa titik berketinggian melebihi 1200m dan titik yang berketinggian 1340M ini menjadi hala tuju kami kerana menyangkakan itulah puncak Hulu Sempam.

Mengikut log perjalanan kumpulan terdahulu, mereka melalui sungai lebih kurang 15 minit sebelum tiba di trailhead. Kami pula terjumpa kesan takik lama pada pokok yang terdapat tidak jauh dari sungai. Takik yang mungkin sudah bertahun lama tersebut hanya tampak kelihatan tetapi tidak dirasai dengan tangan.

Melalui trek buluh yang terpaksa ditebas diselangi dengan pokok-pokok berduri, kami tiba di suatu kawasan lapang yang terdapat kesan kubang binatang (kubang babi). Disitu terdapat 2 jejak laluan. Satu menuju ke kiri dan satu menuju ke kanan. Mengikut GPS, ke kanan menuruni bukit yang kami lalui manakala ke kiri akan melaluikawasan permatang menuju ke permatang bercabang seandainya mengikut kedudukan garis kontur.

Perjalanan kami kali ini disertai 13 lelaki, 3 perempuan dan 1 boboy menyertai trip ini. Sepanjang perjalanan, tiada satu pun kesan takik baru yang kelihatan di pokok biarpun trek bukit Hulu Sempam baru dikunjungi dalam bulan 10 2014.

Sepanjang permatang yang dilalui, terdapat terlalu banyak pohon berduri dan terdapat kawasan yang berbau binatang selain kesan cakaran di pokok yang masih baru. Perjalanan 4 jam kami tanpa henti ke puncak ini penuh dengan aktiviti berpencak dengan parang dan menandai laluan dengan pita merah putih.

Sebelum tiba di puncak X, terdapat kawasan bersimpang. Satu menurun dan satu menaik. Seperti biasa, namapun pendaki hingusan sudah pasti kalau mahu ke puncak perlu mendaki.

Simpang ke kiri diambil sehinggalah kami tiba di kawsan yang berketinggian 1340m. Batu penanda puncak Hulu Sempam dicari. Namun tidak ditemui. Yang ada ditempat kami berdiri ialah bongkah batu besar. Seandainya kami meneruskan perjalanan, di hadapan kami ialah puncak Pine Tree.

Jam menunjukkan sudah jam 2 petang. Kami tiba di puncak lewat jam 1 tadi. Kami semua tidak kecewa apatah lagi menyesal. Ini pengajaran terbaik buat kami. Perjalanan kami kali ini sememangnya menempa terlalu banyak pengalaman yang berharga. Setibanya kami di Kuala Lumpur, kebanyakkan kami membuat rujukan terutama mengenai Bukit Hulu Sempam dan bersetuju untuk menjejak puncak ini. Apapun, dibawah ini adalah sedikit gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang ke Puncak X. Terima kasih Ecah, Medan and Zul untuk gegambo ye..

Nota picisan:
* Medan beriye pinjam parang orang tapi parang simpan
* Ayat jadi sweeper kali ni
* Menu Breakfast : Nasi Goreng
* Menu on trek : Kek Batik, Nugget
* Menu Lunch : Burasak dengan rendang ayam
* Anang, Awi, Myra, Igor dgn aku main pas-pas baton menebas
* Hazim kecewa parang barunya harap berat je tapi tumpul kedaung
* Zul kecewa kamera die x beraksi sebab memory card x bawak
* Ecah dengan Medan jadi navigator dgn bantuan Igor
* Mior menyanyi-nyanyi sepanjang trek...Lagu lanang kuning sambil layan lagu jukebox bergerak, ayat
* trek turun menggelungsor teruk
* Ana panaskan rendang sampai tinggalkan kesan kat mestin
* Jimmi jadi marker ikat kat pokok
* Amy jalan menonong sorang2 kat depan




















































0 ulasan :