Merealisasikan impian sahabat.
Aku rasa itu tajuk paling sesuai untuk post kali ini. Nak tau kenapa? Nanti aku cerita disebalik trip yang aku consider gile tak siuman ni.
Sebelum melangkah jauh, izinkan aku introduce sikit pasal Gunung Panggang Paku.
Secara amnya Gunung Panggang berketinggian 1267 meter ini terletak di kawasan negeri Pahang. Seandainya anda ke Cameron Highlands menggunakan jalan Sungai Koyan, anda dapat melihat kedudukan gunung ini menjauhi jalan raya dan puncaknya sentiasa berkabus. Daripada perkhabaran asal, sebelum ini terdapat kumpulan lain yang pernah menjejaki kawasan puncak gunung ini.
2 minggu sebelum perjalanan, beberapa rakan telah ke Kg Pinang yang terletak bersebelahan dengan Kg Tiat untuk berjumpa dengan Tok Batin bagi meminta keizinan melalui kawasan kampung mereka. Kedua-dua kampung ini dipisahkan oleh Sungai Telum. Untuk menyeberangi sungai, kaedah yang ada hanyalah dengan menggunakan rakit buluh ataupun meredah sungai. Setelah diberikan keizinan barulah dikumpulkan para peserta pendakian untuk trip ini.
Trip disertai 11 orang, 7 lelaki dan 4 perempuan. Trip kali ini koordinasinya sangat senang, pengeras sekampit beras 5kilo, ration, fly dan ground sendiri dan RM 40 untuk kos pengangkutan pacuan 4 roda. kami berkumpul di Masjid Ringlet pada pagi 8 Febuari 2016 setelah menumpang tidur semalam di situ. Usai subuh, segala peralatan dan keperluan dirapikan. Adapun malam sebelumnya hujan beserta angin kuat, itu tidak melemahkan semangat kami. Sementara menunggu powil sampai, singgah di pekan Ringlet bagi mengalas perut.
Perjalanan dari masjid Ringlet ke Kampung Tiat mengambil masa 45 minit ke satu jam menggunakan powil melalui jalan berturap. Setibanya di Kampung Tiat, kami terus ke tebing sungai untuk melihat keadaan sungai dan juga kelibat penduduk kampung Pinang. Arus sungai yang deras serta menyukarkan rakit untuk menyeberangi sungai. Masa kami terbuang di sini hampir sejam kerana arus sungai yang deras, ditambah dengan muatan rakit akibat bebanan beg yang berat menyukarkan lagi proses menyeberangi sungai. Oh, rakit yang digunakan bukan rakit moden ye, tu dia rakit buluh.. Rakit pakai 7 batang buluh.. Mujur sebab ramai yang buat muka cuak, penduduk kg Pinang gabungkan 2 rakit jadi satu..Still rasa seriau kot.
Kalau nak dibandingkan Kg Tiat dah menerima tempias pemodenan kerana segala kemudahan dah ada. Astro pun ada..Siap ada yang pakai Toyota Altis ye. Kat Kg ni ade sebuah surau yang agak usang. May be lepas ni boleh wat Jalinan Kasih untuk rebrand balik ke. Berbanding kg pinang, kemudahan yang ada cumalah centralized piping yang mana sumber air dari air bukit. Penduduk kampung seramai 100 lebih ni berkongsi satu kawasan yang berpaip. Kira kalau nak masak ke mandi ke memang pegi situlah. Rumah xde letrik apetah lagi nak pasang astro.
Setelah kami berbual dan serahkan pengeras yang kami bawa kepada tok batin, kami mula bergerak yang mana permulaan perjalanan ini ditemani oleh seorang penduduk kampung. Pergerakan kami bermula dalam jam 1.30 ptg sehinggalah tiba dikawasan punca tadahan air bersih penduduk kampung. Dari situ kami mula mengorak langkah sendiri dan perjalan tidak lagi ditemani penduduk kampung. Daripada kawasan ini, kami berjalan menuju ke trek balak yang berhampiran. Perjalanan asalnya mudah, tak banyak hal. Macam trekking sehinggalah tiba di trek balak. Hala tuju kami ialah menuju ke kuala sungai yang menyambungkan 2 sungai iaitu Sungai Telum dan Sungai Misung. Tengok GPS nak ke tempat tujuan dalam 5km je. Sekali trek balak memang hazab. Tanah merah melekat, licin melambatkan perjalanan kami. Selain naik turun yang tak terkira banyaknya, perjalanan juga ditemani bunyi babi, pokok tumbang secara tiba-tiba untuk ke kuala sungai. Group pertama tiba di kuala sungai dalam 530 petang. tu pun menyumpah seranah. mujur dikawasan ini terdapat kawasan lapang yang mungkin pernah menjadi kawasan perkhemahan penduduk asli ataupun pemburu. GPS mencatatkan perjalanan dari Kampung orang asli ke Campsite 12.1km. Setelah siap pasang khemah dan fly, masak dan solat, kami berehat awal kerana perjalan kami masih panjang. Anyway menariknya sungai ini kerana mempunyai 2 kaler yang berbeza..
Hari kedua..
Perjalanan dimulakan seawal 930 pagi. Menyusuri trek balak yang masih baru kemudian masuk ke kawasan trek balak lama yang sudah ditumbuhi semak dan samun. Perjalanan pada awalnya agak mudah kerana tidak banyak menebas. Sepanjang perjalanan ke puncak pelbagai jenis trek yang kami jumpai, savana, padang pasir, gaung, trek balak, pangok... Semua adelah.. Paling win trek balak habis diteroka sehingga kawasan muka rimba. Memang sedih melihat kerakusan kawasan balak. Kami berhenti di satu kawasan lapang berumput untuk lunch dalam jam 1230tghari. Cuaca yang agak terik sememangnya membuatkan kami kehausan. Mujur dalam perjalanan terjumpa 2 kawasan anak sungai yang semestinya menjadi persinggahan binatang buas berikutan banyak jenis tapak binatang yang kami jumpai.
Kami selamat tiba di puncak panggang paku dalam jam 6.40ptg . Ketika itu kawasan puncak berkabus tebal, angin kuat dan hujan. Situasi sedemikian menyebabkan kami menggeletar kesejukan. Tanpa memikirkan kewujudan batu penanda ataupun beirut, lagipun tok batin dah cakap xde penanda, kami hanya berhenti solat sambil masak megi dan bancuh kopi, usai bergambar kami terus turun. Kami tiba di muka rimba dalam jam 8 malam. Lebih kurang sejam diperlukan untuk perjalanan dari puncak ke muka rimba. Sepanjang melalui hutan sejemput ini, kami diiringi dengan bauan binatang liar. Selain ditegur2 manja beberapa kali oleh si pak kumbang. Tak kurang pula terjumpa ular kapak berwarna hijau ketika menghampiri muka rimba.
Setibanya di muka rimba, kami berhenti seketika untuk berbincang sama ada mahu melalui laluan hutan ataupun laluan balak. Sepakat berpendapat untuk melalui laluan balak. Sememangnya trek balak ini terlalu panjang. Namun perjalanan kami ditemani dengan keindahan kilauan bintang berkilauan dek kerana langit tersangat terang. Sayang sebab tiada sorang pun membawa kamera mahal. Sepanjang perjalanan melalui trek balak yang terlalu banyak turun naik, sampai kaki dah start melepuh, ade yang dah melecet kelengkang siap bubuh pantiliner kat celah. Anyway biarpun perjalanan panjang, namun tiada rasa lesu ataupun penat tiba. Cuma ngantuk ajelah. Siap berhenti 2 jam tidur atas trek balak. Sepanjang perjalanan malam yang panjang, macam2 jenaka keluar. Masing2 dah start meroyan memikirkan kesudahan perjalanan kami. Ade yang dah berkaki ayam, bertongkat, mengengkang...
Hari Ketiga...
Sambungan je sebenarnya. Kami subuh di trek balak. Terdapat beberapa anak sungai sepanjang trek balak. Selain terserempak dengan kokang dan kucing hutan yang comel, kami jumpa terjumpa pelbagai jenis tapak binatang. Yup, sedih dan kasihan kerana kawasan hutan di sini telah dijajah dengan rakus seluas 101 hektar. Justeru kawasan perlindungan mereka semakin mengecil dan terhad. Semasa menghampiri kawasan trek balak lama yang kami lalui, sepanjang jalan kami ditemani bunyian unggas pagi yang sangat indah. Dengan berkabusnya, dan sejuk pagi. Hanya Allah yang maha mengetahui indahnya perjalanan kami dari semalam. Kami tiba di kawasan perkhemahan dalam jam 7.00 pagi. Ade yang berhenti sesiap kat sungai untuk melepaskan hajat. Sesampai di khemah kami berehat seketika dan mengemas apa yang patut. Dalam jam 1015 pagi sebahagian kami memulakan perjalanan keluar.
Menyusuri trek balak dengan kaki yang dah melecet.. Banyak turun naik. Acapkali kami berpusing ke belakang, jelas kelihatan puncak Panggang Paku nun jauh di tengah belantara. Kami tiba di Kg Pinang dalan jam 3 lebih.. Last person melepek layan trek balak pun sampai 530ptg. Usai bersalam dengan tok batin, kami terus keseberang. Di seberang, abam powil (Transport Cameron) dah menunggu dengan sabar bersama buah strawberry yang manis. Sepanjang perjalanan keluar ke jalan utama, jelas kelihatan puncak yang 25tahun diidami oleh awi dan 4 tahun diidami oleh jimmi. Anyway, aku semadikan kisah perjalanan kami 3 hari 2 malam, perjalanan sejauh 70.2km dr kg pinang kembali ke kg pinang semula dalam blog ini untuk bacaan kalian..Merealisasikan impian sahabat...
Awi, Jijul, Jimmi, Anna, Dibah, Ayat, Nazir, Art, Ida, Imey, Aku
7 ulasan :
Wow...superb...ni ker trip yang super rahsia tu..??? Hmmmmm....xhajak....
Titew ta kuad nak g noring...ni ta hadkur..huhuhu
thankzzzzz...!!! puit
Rinduuu bertandang lagi 😔
Assalamualaikum, blh dptkan no tel PIC untuk trip ni? mohon WhatsApp sy 0176818088
Assalamualaikum, blh dptkan no tel PIC untuk trip ni? mohon WhatsApp sy 0176818088
Assalamualaikum, blh dptkan no tel PIC untuk trip ni? mohon WhatsApp sy 0176818088
Catat Ulasan