PENGKELASAN
HUTAN DI MALAYSIA BERDASARKAN CIRI EKOLOGI
Sememangnya
topik ini agak membosankan kerana melibatkan pembacaan yang banyak. Rajah yang
mampu membantu untuk tajuk ini pun sememangnya kurang di alam maya. Apa-apapun
secara peribadi, tiada gunanya anda bercerita kisah kehebatan anda dengan hutan
seandainya gagal kenal pasti jenis hutan itu sendiri.
Dalam
Pengurusan Hutan Simpanan Kekal di Malaysia, terdapat beberapa kaedah
pengkelasan hutan yang digunapakai selain. Memandangkan kaedah-kaedah lain agak
teknikal dan mampu menyebabkan air mata berjujuran jika hendak disusun, maka
salah kaedah yang praktikal untuk golongan awam ialah kaedah pengkelasan hutan
melalui ekologi.
Mengikut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ekologi merujuk kepada:
- Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya
- Hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran
(I) Pengelasan Mengikut Ciri Altitud Dan Iklim
(a) Hutan Dipterokarpa Pamah
Hutan ini terletak dikawasan yang mana ketinggiannya
adalah 300 meter dan ke bawah di atas paras laut (a.p.l.). Ianya mempunyai bilangan pokok yang padat dan
pelbagai jenis yang mana komponen utamanya adalah terdiri dari kaum
Dipterokarpa serta ianya mempunyai tiga(3) lapisan kanopi hutan yang jelas. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan
Kapur.
(b) Hutan Dipterokarpa Bukit
Hutan ini
terletak di ketinggian antara 300m - 750m a.p.l yang merupakan kelas hutan yang
terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies
utama ialah Meranti seraya, Keruing dan spesies Meranti yang lain. Selain
daripada itu, spesies yang terdapat di Hutan Dipterokarpa Pamah juga boleh
didapati di Hutan Dipterokarpa Bukit tetapi taburannya agak berkurangan.
(c) Hutan Dipterokarpa Atas
Hutan ini
terletak di ketinggian 750m - 1,200m a.p.l.
Jenis-jenis pokok yang didapati disini adalah berbeza daripada apa dilihat di Hutan Dipterokarpa Bukit. Terdapat
tiga(3) lapisan pokok dimana lapisan pokok besar adalah diantara 25 hingga 35
meter tinggi dan perbezaan lapisan kedua serta ketiga adalah tidak begitu
ketara.
Hutan ini
lazimnya dicirikan dengan kehadiran Meranti bukit tetapi Damar minyak,
Bintangor, Keruing, Balau gunong, Balau gajah dan Meranti sarang punai bukit
biasa juga terdapat di kawasan ini.
Hutan ini
terletak di ketinggian 1,200m - 1,500m a.p.l.
Spesies dipterokarpa jarang terdapat di kawasan ini walaupun Keruing
gunong dan beberapa spesies Resak boleh ditemui. Komposisi hutan
adalah terdiri dari spesies pokok yang bersaiz sederhana. Mempunyai dua(2)
strata yang terdiri dari pokok unggul dan pokok renek.
Spesies utama
yang mencirikan hutan ini ialah Mempening, Berangan dan Medang. Spesies lain yang terdapat di kawasan ini
ialah Damar minyak, Bintangor, Kedondong, Podo dan Kelat.
(e) Hutan Ericaceous-Gunung
Hutan ini
terletak di ketinggian melebihi 1,500m a.p.l.
Hutan ini mengandungi pokok bersaiz kecil, renek, bengkok dan rendah. Hutan ini terletak pada ketinggian yang melebihi 1,500
meter a.p.l. dan dibezakan dengan Hutan Montane-Oak berdasarkan strata hutan.
Hutan Ericaceous-Gunung ini hanya mempunyai satu(1)
strata dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter sahaja. Tumbuhan di hutan jenis ini banyak
dipengaruhi oleh ketinggiannya, kesuburan tanah yang kurang dan iklim yang
sejuk dan kebanyakkan pokoknya bersaiz kecil, bengkok dan rendah. Spesies dalam famili Ericaceae seperti
Pieris ovalifolia, Rhododendron spp. dan Vaccinium spp. banyak terdapat di
samping Periuk kera, buluh, resam, paku pakis dan lumut.
(ii) Pengelasan mengikut Ciri Tanah dan Habitat:
(a) Hutan Paya Laut
Hutan ini terdapat diantara kuala sungai dan tepi pantai
yang berselut, berair masin serta mengalami pasang surut dan kebanyakannya
terdapat di negeri Perak, Selangor dan Johor.
Jenis-jenis yang terdapat dikawasan ini adalah terhad kepada habitat ini
dan lazimnya bercirikan pembentukan akar unik seperti akar jangkang dan akar pneumatophor.
Spesies yang lazim terdapat di Hutan Paya Laut ini adalah
seperti Bakau minyak (Rhizophora apiculata), Bakau kurap (Rhizophora
mucronata), Lenggadai (Bruguiera spp.),
Tengar (Ceriops spp.), Perepat (Sonneratia griffithii),
Berus (Kandelia spp.), Nyireh (Carrapa spp.),
Api-api (Avicenia spp.), Nipah (Nypa frutican)
dan lain-lain.
(b) Hutan Pantai
Hutan ini
merupakan jaluran tumbuhan pokok dengan kelebaran 20m - 40m di sepanjang
kawasan pantai berpasir dan berbatu kerikil di atas paras air pasang kecuali
air pasang besar. Spesies yang terdapat
di hutan ini ialah seperti Rhu, Bintangor laut, Kelat jambu laut, Podo laut,
Jemerlang laut, dan Ketapang.
(c) Hutan Rawa (Heath Forest)/ Hutan kerangas
Hutan ini
terdapat di kawasan berpasir bekas pantai (old raised sandy beach). Tanah hutan ini akan menakung air selepas
hujan lebat, lebih-lebih lagi sewaktu musim monsun. Lazimnya terdapat lapisan tebal sarap
(litter) dan terdapat banyak akar rerambut (feeding roots) pada permukaan
tanah. Contoh hutan ini terdapat di
Hutan Simpan Jambu Bongkok, di Terengganu, Hutan Simpan Mencali di Rompin,
Pahang, sebahagian Hutan Simpan Balok, Kuantan, Pahang dan sebahagian Hutan
Simpan Tanjung Hantu di Dinding, Perak. Antara spesis yang senang ditemui ialah
geronggang serta beberapa tumbuhan herba yang lain.
(d) Hutan Paya Gambut
Hutan ini terdapat di kawasan pantai berpaya dibelakang
hutan paya laut dan menghala ke darat dengan penggantian spesies tumbuhan yang
boleh mencapai 30 meter tinggi serta mempunyai silara yang terbuka dan
seragam. Kedalaman gambutnya adalah
diantara 0.5 meter hingga 20 meter dan airnya kurang masin.
Antara
spesies yang terdapat dalam Hutan Paya Gambut ini adalah seperti Kempas,
Bintangor, Meranti paya, Ramin, Nyatoh, Geronggang dan Resak. Hutan paya gambut ini banyak terdapat di negeri Selangor,
Perak, Pahang dan Johor.
(e) Hutan Paya Darat (Air Tawar)
Permukaan
tanah hutan ini ditenggelami secara sementara atau separa kekal oleh air tawar
yang kaya dengan mineral dan tidak berasid.
Antara spesies yang biasa terdapat ialah seperti Pulai, Bintangor, Merbau,
Keladan, Kempas dan Kelat.
Hutan jenis ini biasanya terdapat di utara Semenanjung
Malaysia dan lain-lain kawasan yang terletak
di bukit batu kapur.
Tumbuhan (vegetation) di kawasan ini adalah berbeza strukturnya, iaitu tumbuh-tumbuhan
rendah (short plants) di permukaan curam dan berbatu kepada pokok renek
dan pokok-pokok kecil yang tingginya dari beberapa meter hingga lebih kurang 20
meter. Selain daripada itu pokok
yang lebih besar sehingga 30 meter boleh juga ditemui di kawasan-kawasan yang
mempunyai tompokan tanah yang dalam dan subur yang biasanya disekitar kaki
bukit.
Hanya beberapa spesies pokok dipterokarpa boleh ditemui
di kawasan hutan bukit batu kapur ini termasuk Giam malut (Hopea ferrea),
Temak batu (Shorea siamensis) dan Meranti temak (Shorea
hypochra) yang boleh ditemui di utara Semenanjung Malaysia.
(g) Hutan
Pinggir Riparian
- Bermula dari permukaan muara sungai, jenis hutan yang mula ditemui ialah hutan di bawah pengaruh air masin iaitu hutan paya laut.
- Menyusur ke hulu di mana air sungai adalah payau, pohon nipah tumbuh sepanjang tebing terutamanya bagi sungai yang lebar.
- Lebih ke hulu di mana airnya tidak lagi payau tetapi masih lagi dipengaruhi oleh air pasang-surut, spesies seperti putat (Barringtonia conoiedia), Rengas (Glutta spp.), Bintangor jangkang, Kenanga, Keruing bulu dan Merbau ditemui sepanjang tebing.Di bahagian sungai yang tidak lagi dipengaruhi air pasang-surut, antara spesies yang boleh ditemui ialah seperti Keruing neram, Merawan siput jantan, Rengas, Meranti tengkawang air dan Meranti pipit.
- Di kaki bukit di mana sungainya menjadi lebih sempit, berbatu dan berarus deras, spesies yang menjadi ciri utama hutan ini ialah Gapis. Spesies lain yang biasa ditemui ialah seperti Terentang daun besar, Otak udang, Kekatong, Kasai daun besar dan Tualang. Spesies dipterokarpa yang lazim terdapat di kawasan ini ialah Keruing ropol, Meranti mengkal, Damar hitam siput jantan, Meranti langgong dan Meranti kepong.
- Di kawasan yang lebih tinggi, terdapat spesies Berembang bukit (Duabanga grandifolia) dan Surian (Toona sp.).
(iii) Pengelasan Mengikut Ciri Biotik
(a) Hutan Schima-Bamboo
Hutan
‘Schima-Bamboo’ ini pada asalnya adalah hutan dipterokarpa pamah. Ianya
terhasil akibat penerokaan tanah yang meluas.
Ciri-ciri hutan ialah terdapatnya spesies Gegatal (Schima wallichii var
noronhea) dan Meranti temak nipis (Shorea talura) serta buluh dari jenis Buluh
pahit (Gigantochloa latifolia) dan Buluh tumpat atau Buluh tikus (G.
ligulata). Satu lagi ciri istimewa bagi
kawasan hutan ini ialah kewujudan sarang anai-anai di lantai hutan, yang tidak
terdapat di kawasan hutan lain. Selain
daripada Gegatal, spesies lain yang terdapat di kawasan hutan ini ialah seperti
Mersawa, Bebusok, Geronggang derum seluncor, Medang lebar daun, Simpoh padang,
Bruas, Bungor, Resak laut dan Merbatu.
(b) Hutan Paya Gelam
Hutan ini
terdapat di kawasan berpasir atau permatang selari dengan pantai akibat
perubahan tanah yang berbeza. Spesies
dominan adalah terdiri daripada Gelam (Melaleuca cajuputi).
Rujukan:
Manual
Perhutanan Jilid III: Bab 17 – Pengurusan Hutan Asli
Nota
Pengurusan Hutan I, Bahagian Latihan Perhutanan JPSM
Google.com
(Banyak sangat la…Lupa sebab sedut gambar)
1 ulasan :
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
π Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Catat Ulasan