Sabtu, 18 Oktober 2008

KAWAN HOK PALING TINGGI

Doa nabi Muhammad SAW sebelum dio wafat ialah: “Ya Tuhan, ampunilah aku, kasihanilah aku dan hubungkanlah aku kepada saeng aku hok paling tinggi.”(Hadith Shahih Bukhari 1573)


Lepas tu nabi Muhammad angkat tangannyo dan berkata: “kawan hok paling tinggi”. Lepas tu dia wafat dan tangannyo jatuh ke bawah. (Hadith Shahih Bukhari 1574)


Sapokah Dio kawan hok paling tinggi?


Menurut nota kaki daripado Hadith Shahih Bukhari; “..malaikat dan para nabi-nabi”. Malaikat tok termasuk sebagai kawan hok tertinggi, jadi “kawannya” dah tentulah buke malaikat tetapi nabi. Jadi sapa hok sepatutnyo di antara nabi tu hok dipanggil sebagai: Kawan hok Tertinggi?


Di antara nabi ialah:

1. “Adam Shafiullah” = Adam kesucian Allah

2. “Nuh Najiyullah” = Noh diselamatkan Allah

3. “Ibrahim Khalilullah” = Ibrahim dikasihi Allah

4. “Ismail Dzabiihullah” = Ismail dikorbankan Allah

5. “Musa kalimullah” = Musa difirmankan Allah

6. “Daud Khalifullah” = Daud dipimpin Allah

(Maj’mu Syarif)


Sebagaimana hok dio telah bersabda: Bismillahi Rahmanirahim


Aku sangat dekat dengan Isa AS anak Maryam di dunio dan juga di akhirat (Syurga). Semua nabi adalah bersaudara sebab seketurunan, walaupun ibunyo lain-lain tapi agamanyo satu saje. ( “Anaa aulan naasi bi ‘iisabni maryama fid dun-yaa wal aakhiraati wal ambiyaau ikhwaatul li ‘allatin ummahaatuhum syattaa wa diinuhum waahid.”) . (Hadith Shahih Bukhari 1501).


“….Isa Anak Maryam adalah hok teragung di dunio dan di akhirat.. (“…Iisabnu maryama wajihan fid dun-yaa wal aakhiraati”). Qs. 3 (Al-Imran 45)


.. “Sesungguhnyo Isa AS anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu.Dia akan menjadi hakim hok adil. (“wal ladzii nafsii biyadihi layusyikanna ayyanzila fiikumubnu maryama hakaman muqsithan”). (Hadith Shahih Muslim 127)


Tak dok Imam Mahdi kecuali Isa anak Maryam. ( “Laa mahdiyan illa ‘iisabnu maryama”). (Hadith Ibnu Majah)


“….Isa AS tu adalah RohNya, utusanNya dan firmanNya…(Hadith Anas bin Malik, m/s 72, dan An-Nisa’171)



Jadi, kawan hok tertinggi adalah Isa AS Anak Maryam.


Dio bersabda: Bismillahi Rahmanirahim

( )

“…Ikutlah aku, inilah jale hok benar!”

“…Wat tabi’unni haadzaa shiraathal mustaqiim” (Qs. 43 Az-Zuhkruf 63,641)


( )

"…Dan janganlah kamu menjadi sebagai orghe-orghe hok royak: ‘kami dengar padahal dio tok dengar. Sesungguhnyo binate hok paling buruk di sisi Allah adalah orghe-orghe hok pekak dan tuli hok tak tahu gapo pun…”


Wa-laa takono ka-‘Alladhena qaalo sami’Naa waa-hum laa yasma’on Inna sya-rad-dawaabi ‘indallahish-shum-mul bukmul-ladzina laa ya’qilun” (Qs. 8 Al-anfal 21,22)


  1. Renungkanlah Firman Allah ni sebagai pedoman.

  2. Bertaubatlah, jangan sampai Allah SWT masukkan kito ke dale golongan orghe-orghe hok jahat hok tak dok akal.

  3. Ikulah jale hok lurus hok sudah nyato tu.


Khamis, 25 September 2008

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah S.W.T....

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah S.W.T....

Itu jek yang aku dapat ucapkan hari ni sejurus aku terima surat pengesahan jawatan aku dari technical director aku.

Hurm...hari ni dah genap 6 bulan 6 hari aku bekerja kat sini.Mase mule2 masuk, 3 bulan aku keje under main company, lepas tu aku diserapkan dalam anak syarikat yang memang betul2 memfokuskan terhadap proses development software.

Hari ni lak, jawatan aku dah disahkan.Aku bersyukur sangat2....
Bile ingat balik sejarah join cmpany ni, aku bersyukur sesangat sebab aku terpilih.

Mase interview day, aku masuk bilik interview dengan pakai seluar jeans levis kesayangan aku yang abang aku belikan, tshirt quicksilver hitam x berkolar yg ketat sket, kasut nike air force...mase tu rambut aku tengah panjang, x bersikat...memang mcm budak2 bermasalah.

Tapi, rezeki masing2 memang bukan urusan manusia sebab semuanya ditentukan Allah. Walaupun mase tu ade calon yg ade education background yg lagi gempak, pengalaman keje....kalau nak dibandingkan dengan aku yg mmg sgt2 mentah....

First task aku mase masuk keje kene main2 dengan detector mesin deposit cek.Kat mesin ni ade 32 detector dan aku kene kenal pasti kedudukan, dan boolean kod yg diorang pegang....hahaha....seronok....

settle yang tu, aku kene tacap sket sms servis sambungan dari keje bhgn detector tu.Aku kene make sure kod2 yg mesin tu kuarkan akan dihantar ke no2 yg berdaftar menggunakan sms...adoi..nak nangis gak r...tapi, berbaloi gak aku abeskan kredit2 top up aku sbb servis tu jadik....Syukur x terhingga....

sekarang, keje2 tu aku dah x buat sejak 3 bulan lepas.Skrg aku lebih kepada development team.Hurmmm...banyak pengalaman sejak 6 bulan aku kat cni.Ape2 pun, bagi sesape yg bace aku harap korg doakan aku k.....salam...

Ahad, 14 September 2008

A tRibUte tO mY mAmA.....

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Orang kata aku lahir dari perut Mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Mama
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mama
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. Mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Mama
Bila nak bermanja... aku dekati Mama
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah Mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Mama
Bila nakal, yang memarahi aku... Mama
Bila merajuk... yang memujukku cuma..Mama
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..Mama
Bila takut... yang tenangkan aku.. Mama
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..Mama

Aku selalu teringatkan ..Mama
Bila sedih, aku mesti talipon... Mama
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mama
Bila takut, aku selalu panggil.. "Mama! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mama

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mama
Yang selalu masak masakan kegemaranku. . Mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mama
Yang selalu berleter kat aku.. . Mama
Yang selalu puji aku.. Mama
Yang selalu nasihat aku.. .Mama

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mama

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mama
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mama
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mama
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mama
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mama ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Mama
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mama

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut.

Demi kelangsungan hidup si anak, ibu sanggup menggadai nyawa memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya. Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang tatkala menyambut Hari Ibu saja? tentu tidak kerana sikap seumpamanya akan hanya enjadi budaya sekali setahun dan bukannya menjadi budaya sepanjang hayat.

Kita mungkin boleh berbangga dengan adanya pelbagai anugerah dan hadiah kepada para ibu, tetapi kita perlu sedar dan menginsafi hakikat bahawa jasa dan pengorbanan para ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak tidak dapat disamakan dengan wang ringgit atau material. Walau bagaimanapun, Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna.

Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk engenang jasa dan tempat tidurnya sehingga peluh membasahi seluruh badannya. Keadaannya bertambah parah dari hari ke hari dengan mata bernanah, mulut ternganga lebar, bibir bengkak, tekak tersumbat, malah tangan dan kaki terbujur kaku.

Sahabat Rasulullah silih berganti mengajarnya kalimah syahadah, tetapi semuanya sia-sia belaka. Oleh kerana keadaannya bertambah eruk, Rasulullah memerintahkan Ali bin Abu Talib supaya membimbingnya dengan ucapan kalimah syahadah. Bagaimanapun, usaha itu tetap gagal.

Rasulullah bertanya kepada sahabat: Adakah Wail mempunyai orang tua?” Jawab sahabat: “Tinggal ibunya saja, wahai Rasulullah.” Kemudian, sabda Baginda: “Suruh dia datang ke mari.” Selepas ibu Wail menghadap, Rasulullah bertanya: “Bagaimanakah keadaan Wail sehari-hari sebelum dia sakit? Apakah dia pernah melakukan dosa besar yang ibu pernah lihat?” Ibu Wail menjawab: “Dia derhaka terhadap saya, wahai Rasulullah! Dia sering mencaci saya setiap kali dia mendengar aduan isterinya.

Dia sangat cintakan isterinya sehingga tergamak untuk tidak menghargai saya. Dia selalu percaya kata-kata isterinya daripada saya. Demikianlah, wahai Rasulullah!” Sabda Rasulullah lagi: “Bukankah Wail itu anakmu, buah hatimu! Maka ampunilah kesalahannya terhadapmu.” Jawab ibu Wail: “Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia.” Sabda Rasulullah lagi: “Tetapi Wail adalah anakmu, kasihanilah dia.” Jawab ibu Wail: “Tidak, Rasulullah! Dia sering menyakiti hati saya.” Lalu rasulullah termenung sejenak.

Kemudian, Baginda memerintahkan sahabat mengumpulkan kayu dan dinyalakan untuk embakar Wail hidup-hidup. Melihat tindakan itu, ibu Wail segera berkejar langsung menjerit dan mengampuni kesalahan anaknya. Sebaik ibu itu mengampuni kesalahan anaknya, wajah Wail berubah beransur baik. Akhirnya, dia dapat mengucapkan dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Jika ibu tidak wujud di dunia ini apakah kita semua boleh berada di tempat masing-masing sekarang ini. Bagi aku, tidak seorang ibu yang mahu dibalas dengan longgokan emas, berlian, intan, kebun, rumah besar dan duit yang menggunung.

Seorang ibu hanya mahu perhatian, kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Apa ertinya anak jika tidak pernah mengenang jasa? Apa ertinya kekayaan jika kekayaan itu tidak dapat memberikan sedikit kasih sayang kepada ibu tua yang tinggal sepi di pondok usang.

Kalian! Hidup kita ibarat roda. Adakala kita berada di atas dan tiba masanya kita berada di bawah. Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya.

Apakah erti pengorbanan seorang anak kepada keluarganya jika tidak mendapat reda daripada Allah SWT. Dan bukankah reda Allah itu datang daripada reda ayah dan ibu.

Fikirkanlah.

Khamis, 21 Ogos 2008

Kematian

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah kita tidak menyaedari bahawa hari-hari yang kita lewati hanya semakin mendekatkan kita kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?

Seperti yang tercantum dalam ayat


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Setiap daripada kita yang hidup di muka bumi ini pasti akan menemui kematian.Tanpa pengecualian, kematian itu akan tetap mendatangi kita.Kala ini, kita tidak pernah dan tidak mungkin tahu apakah yang terjadi bagi mereka yang telah mati.Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.

Cuba kita renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat tidak berkaitan dengan kematian.Kebanyakan mereka dan kebanyakan kita berpikir tentang: tugasan sebagai pelajar sekolah mahupun universiti, kerjaya yang akan atau sedang mereka komitedkan, baju apa yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti.

Hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dipandang enteng oleh mereka yang merasa tidak senang mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia. Seseorang itu tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya kerana akan wujud situasi gundah-gulana dalam kehidupannya. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya, setiap minit yang bakal dilalui mahupun setiap saat yang akan mendatang. Tiap hari, kita menyaksikan, mendengar dan mengetahui kematian orang lain di sekitar tetapi sedikit pun tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian kita.Kita lupa dan alpa bahawa kematian itu sedang menunggu kta!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang kita dapat lakukan saat ini: kita dapat mengedipkan mata kita, menggerakkan badan kita, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh kita. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati nanti.

Dimulai saat kita menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, kita tidak ada apa-apanya lagi selain “sekujur bangkai tubuh manusia”. Tubuh kita yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke tempat pengurusan baik di rumah, masjid ataupun surau. Di sana, kita akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah kita akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah kita dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi kita. Ini adalah kesudahan cerita kita. Mulai saat ini, kita hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan kita sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.Sementara itu, keluarga dekat kita akan mengalami kehidupan yang berbeza yang disebabkan oleh kematian kita. Di rumah, ruang dan tempat tidur kita akan kosong. Setelah kita selamat dikebumikan, sebagian barang-barang milik kita akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik kita akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Peralatan kita di pejabat pula akan dikembalikan ke keluarga, diasingkan dan barangkali dibuang begitu saja. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian kita. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima tahun kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang kita. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi kita yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah kita diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi kita.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Setelah kita dikebumikan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat kita; hal ini terjadi kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh bangkai tubuh kita ini mengakibatkan ia menggelembung, mulai dari bahagian perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari
mulut dan hidung dkarena tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas gugur satu per satu. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh dalaman seperti peparu, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tidak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan tisu-tisu lembut yang lain akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan berubah seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosial atau memiliki kerjaya yang hebat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.Ringkasnya, “sekujur bangkai tubuh manusia” yang tadinya dapat dikenali; mengalami penghujung yang menjijikkan. Di lain pihak, kita – atau lebih tepatnya, jiwa kita – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas kita berakhir. Sedangkan sisa-sisa
peninggalan kita seperti tubuh akan menjadi sebahagian dari tanah.

Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?

Seandainya Allah ingin, tubuh yang kita tinggalkan ini boleh saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini sebenarnya menyimpan suatu pesanan tersembunyi yang sangat pentingAkhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyedarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain erkataan, kita harus menyedari bahwa tubuh ini memiliki suatu nilai di luar tubuh kita. Selain itu, kita harus paham akan kematian tubuh kita - yang kita coba untuk miliki seakan-akan kita akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -. Tubuh yang kita anggapkan sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental kita cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingini. Bahkan kita cenderung untuk menafikanya. Kecenderungan seperti ini nampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pengebumian atau kematian tiba-tiba yang berlaku kepada keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkan kita dengan kematian.

Kebanyakan orang melihat
kematian itu jauh dari diri mereka. Anggapan kosong yang menyatakan bahawa orang lain yang mati pada saat sedang tidur atau karena kecelakaan tidak mungkin akan menimpa diri kita! Semua orang berfikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyuarat di pejabat juga berfikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan oleh mereka bahawa berita esok hari akan memceritakan kematian mereka.

Mungkin kita merasa bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika
kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kubur. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.



Andaikata aku ditakdirkan mati pada hari ini, aku mohon matikanlah aku dalam keadaan iman dan taqwa.

Andaikata dikirimkan Izrail untuk mengajakku pulang, jangan biarkan aku pergi dalam keadaan yang memalukan dan memilukan.

Andaikata dicatatkan kematian dalam nota kehidupanku, aku pinta tiada seorang pun yang menangisi dan meratapi pemergian ku ini.

Andaikata gugurnya daun kehidupanku dari pokoknya, usahlah simpan segala salah laku yang aku lakukan.

Andaikata tercabutnya nyawa dari tubuhku, doakan aku bahagia disampingNya....

Selasa, 19 Ogos 2008

Liku2 Kehidupan Anak Kampung...

Hidup ni memang penuh dengan pancaroba.Kadang-kadang aku sendiri alpa dan lalai dengan dunia yang penuh lakonan hidup manusia apatah lagi di bandaraya Metropolitan ni. Dalam kesibukan manusia mengejar keduniaan ni, aku sendiri kadang2 hanyut dalam buaian sendiri.

Antara sedar atau tak dah 3 tahun lebih aku menjadi warga KL yang sememangnya terkenal dengan sikap keduniaan, pentingkan diri dan macam-macam lagi. Aku sendiri kadang2 hilang arah dengan pakah masih ade mase untuk aku berubah atau sebaliknye.

Di bandaraye KL aku kenal macam2 ragam manusia.Ade yang jujur, sengal, hipokrit dan macam2 lagi.Istilah kawan sepatutnye di kaji semule. Kat kL ni jangan terlalu mudah melabelkan seseorang itu baik kite seandainye kite sendiri x tau makne perkataan tersebut.

Selame aku duduk kL ni, macam2 yang aku dah hadapi.Ade yang manis dan pasti ade yang buruk.Kematian bukan lagi perkare yang aku takutkan duduk kL ni tapi aku lagi takut dengan manusia.Ade beberape org member aku meninggal setelah menjadi warga KL.