Cadangan asal memang naik malam 24 Dec then layan sunrise then shoot ke Lata Medang. Asalnya nak steamboat je kat puncak. Tapi memandangkan sesetengah nak training OT untuk GBB, kitorang buat menu lain. BBQ dah biasa sangat. So aku pon tetibe up menu yang berlegar kat kepala. Setelah dapat perkenan memasing maka menu yang tersembul adalah seperti di bawah:
Malam : Nasi goreng + Ayam percik + BBQ Kambeng
Siang : Bihun goreng + Ayam goreng + Cucur bilis
Isnin pagi tengah layan FB, ternampak gamba hikers lain yang baru naik Kutu. Diorang cakap kat puncak kotor. So setelah discuss dengan yang lain, semua setuju untuk try angkut sampah turun. Asalnya 14 orang yang nak join, tapi disebabkan sebab yang x boleh dielakkan 2 orang tak join.Berikut senarai yang join:
1. Ayat
2. Amad
3. Anang
4. Arep
5. bad
6. Zul
7. Igor
8. Hasbul - Budak ni dah lame x hiking. Bz jadi bos lately.
9. Myra
10. Akma
11. Siti
12. Zahra
Igor tetibe cakap nak buat ayam pangsun malam tu. So tambah lagi menu malam. Malam 24 Dec tu, dapat perkhabaran bebudak CUS buat u-turn sebab cuaca x mengizinkan. Sesetengah diorang decide nak hike area Fraser Hill. Nak dijadikan cerita, kitorang sempat berborak dengan Awi and Yam kat Fazlina Maju time kitorang tengah pecah ration.
Kami start hike dalam pukul 130am. Walaupun ramai daripada yang join penah naik sini, tapi setiap pendakian ada ceritanya. Perjalanan naek xde masalah. Group depan semua lelaju. Yang belakang ni slow. Nama pon belakang. Kali ni dapur bergerak semua kat belakang.
Igor lak asik tanya depan tu ade buluh lagi x. Risau ayam pangsun hanya omongan kosong. Walhal aku pun asyik tanya sebab ayam percik nak kepit guna bulu. Kambeng po same. Anyway, dengan kerjasama semua menu yang dicadangkan semua on. Walaupun lambat skit sebab memasing pewai. Jalan malam ni pewai die lain macam.
Masak - Subuh - Sunrise settle.
Masa naek kat lorong ke chimney tu dah nampak ade longgokan sampah super banyak. Memang memasing dah aim start dari situ bawak ke bawah. Memang hasil sampah banyak. Pelik gak sebab plastik kukubima, botol 100plus, snickers. Semua tu katenye bagi energy. Tapi sampah tinggal je. memang banyak sampah. Then on the way turun kami try kutip yang mane mampu. Nak bawak semue x larat.
Dalam perjalanan, tetibe name aku diseru. Tengok yang group turun awal tengah berkumpul. Sorg sahabat tergelincir. Lagi sedih ada part patah antara siku ke bahu. Aku memang x reti nak explain. Mujur ade Igor. steady je die balut, bungkus semua. Aku agak kalau die xde mau gelabah semua. Lagi-lagi aku yg jadi gogo.
Masa ni Hasbul offer angkat beg sahabat ni, siap suruh pakai kasut adidas dia sebab sahabat pakai sandal. Risau licin. Perjalanan turun jadi perlahan. 5 orang + sahabat yang injured kat belakang. Sepanjang jalan turun dengan hati-hati. Aku sendiri tergelincir mase turun. Yang lain pon same.
Sampai satu tahap aku mintak izin nak jalan dulu sebab kaki dah start sakit. Jalan sorang-sorang sampai kete dengan plastik sampah yang memang berat. Gi kereta then main air.
Bila semua sampai, Hasbul gerak dulu hantar sahabat ke Hospital KKB. Siti dengan Akma pun join sekali. Muka member-member yang kat belakang memang nampak letih
Then dah load bebarang dalam kete, sampah pun kitorang bawak keluar. 3 plastik hitam full. Kereta Zul - Ayat, Bad, Zahra terus ke masjid. Kete Igor - Aku, Myra, Anang ke hospital. Sampai hospital bende pertama aku buat, call mak sahabat. Pas inform yang sepatutnya, mak sahabat mintak tolong tengok2an anak dia. Kalu jadi gogo, perkara paling berat ialah nak bgtau family yang peserta injured. Susah weyh nak atur ayat.
Kat hospital, sahabat nyaris warded kat sini. Igor gune skill mintak nak sambung buat rawatan kat KL. Aku bukan reti nak explain. Tapi yang pasti tangan sahabat kena masuk besi. Tapi dia nak buat kat KL. So tangan sahabat kene bungkus baik punya dengan MA. Sementara settle, Hasbul bawak Akma, Siti g Fazlina Maju makan. Zul satu kete dah sampai sesiap.
Masa kat kedai makan, nset aku bertubi-tubi whatapps masuk. Mintak updates. Maaf aku xdan nak reply. Banyak priority family sahabat dulu papehal. Sahabat cakap die kene sekolah dengan mak die. Hehehe
Kat kedai makan memasing bagi semangat kat sahabat. Drama panjang bhai. hehehe. Tapi tulah gunenye kawan-kawan. Xdelah orang cakap time senang je. Sahabat terharu sampai meleleh2 air mata.Pas makan, Semua berpecah. Igor g hantar sahabat ke Hospital Tawakal. lama gak nak urus. Insyaallah esok sahabat akan menjalani operation bagi masukkan besi. Doakan sahabat sehat segera.
Ni antara gambo yang ade wat mase ni. Tq Zul.
* Ade yang ckp,"Musim hujan, kenapa g hiking gak?"
* Ramai gak yang salahkan aku sebab aku yang up event. Ye. Salah aku sebab up event. Itu je jawapan aku. Penat nak bertelagah. Benda dah jadi. Sepanjang atas trek masa naik je gerimis. Selebihnya redup.
* Jutaan terima kasih buat yang join trip ni, selain dah bersihkan sket bumi kita yang kian tenat, korang memang sabar dengan ujian yang jadi. Tq gak sebab sama-sama settlekan yang terjadi tanpa libatkan bantuan tambahan sepanjang nak keluar.
* Saya memohon kemaafan andai ada kekurangan dan kekhilafan yang terjadi.
1 ulasan :
tahniah......bestnya group ni.....
Catat Ulasan