**********
"Woi korang.. Bangunlah..Subuh", terdengar suara Zul memecah hening pagi mengejutkan kami.
Usai subuh, kami ke balai polis untuk memaklumkan kehadiran kami ke situ. Sambil menunggu ketibaan lori, kami mengemas keperluan kami. Group kecil kami terasing daripada group utama. Kami memilih untuk menyediakan kemudahan dan keperluan sendiri termasuk keperluan makanan. GPS, Walkie-talkie, headlamp menjadi keutamaan yang dipastikan selain dapur, gas dan lain-lain. Menu makanan dipersetujui kek batik sebagai kudapan, nasi himpit sambal sotong, soto ayam untuk menu hari pertama dari pagi ke malam. Menu hari kedua pula lagi santai, ayam masak merah, kari telur, sayur goreng dan nasi putih.
Dalam kesibukan mengemas, aku disapa sang pengelola."Ade bawak topo basor x?". terdiam dan tergamam. Benar kata abang Naz dalam perbualan telefon tempohari mengenai kebarangkalian kami sekumpulan perlu bekerja keras.
**********
Lori bergerak menuju ke empangan. Laluan berbukit sepanjang jalan beserta batua gergasi yang dikatakan akibat runtuhan kesan banjir musim lalu jelas kelihatan. Sampai di lokasi permulaan semua peserta turun. Sedikit penerangan mengenai perjalanan kami diberikan. "Saya sebenarnya tak pernah sampai puncak lagi. Tapi insyaallah, kita sama-sama try ye. Saya pernah berada disini beberapa kali semasa buat kajian mengenai binatang liar disini", ucap pemandu arah kami kepada peserta tenang. Ucapannya sedikit sebanyak menggugat keyakinan kami. Dalam perjalanan, sempat bertanya kepada pengelola tentang kedudukan puncak yang ditujui. Namun jawapan mendukacita diterima.
Tiada topo, tiada kompas, tiada sebarang kelengkapan yang mengiringi pengelola. Mujur GPS Anang mempunyai kedudukan puncak. Kami memutuskan untuk menyerahkan satu walkie talkie kepada individu di hadapan dan satu lagi untuk individu dibelakang. Satu GPS diamanahkan kepada pemandu arah untuk memudahkan perjalanan.
**********
Usai melintasi empangan, kami difahamkan akan menuju ke Lata Renyuk. Disini kami mengisi air untuk keperluan perjalanan kerana tiada sebarang punca air lain yang akan ditemui. Perjalanan diteruskan lagi. Kami tiba disuatu kawasan lapang yang agak rata. Kami bertujuh duduk selonggok sambil berbincang, "Beb, puncak jauh lagi ni. Campsite pun x tau kat mane..Tengok yang lain macam lambat je", Anang memulakan perbincangan. "Arip, aku rase better kau cakap dengan guide, kita free body je dari sini", Amy menyambung setelah habis sebatang rokok dihisap Radhi.
Radhi kelihatan sedikit letih dan kecewa, mungkin dek kerana tali begnya terputus di awal perjalanan tadi. Mulutnya tidak henti-henti menyatakan kekesalan membeli beg tersebut."Nyesal pulak aku beli beg ciplak ni. Tak sampai sehari pakai dah putus", ucap Radhi ketika menyusuri denai hutan ke kawasan lapang yang menjadi tempat kami berehat.
"Bang, saya rasa better kite camping kat sini. Tengok ramai yang macam tak larat nak bawak load. Kita pun tak tau lokasi campsite. kalau tengok GPS, kawasan lapang yang may be kawasan campsite pun jauh lagi. Silap2 tak sampai puncak ni bang", aku mula bersuara sambil memandang pemandu arah. Pemandu arah mengerutkan dahi lantas bersuara, "Kita tunggu gogo decide".
Gogo bersetuju untuk berkhemah di lokasi ini setelah berlaku sedikit perbezaan pendapat antara kami. Usai menyiapkan tempat tidur dan makan tengahari, kami memulakan perjalanan untuk mencari puncak. Parang, GPS , makanan ringan, air serta headlamp dimasukkan ke dalam beg masing-masing. Nasi himpit sambal sotong dan kek batik turut di angkut bersama.
******
"Korang jalan dululah", ucap pemandu arah kepada kami sambil berpatah balik ke belakang membiarkan kami dihadapan. Katanya, dia ingin berada di belakang lataran kerisauan dengan kelewatan pergerakkan group di belakang.
"Anang, kita tembak tegak jela", ucap Radhi kepada Anang.
Entah di mana silapnya laluan kami, kami bertiga terpisah dengan group utama. Itu tidak termasuk walkie talkie yang terjatuh ketika melereng. Tapi tak ramai yang tahu kisah kami tersasar.
"Amy, kau jangan nak follow diorang. At least kita tunggu group kita yang lain. Aku yakin Anang kat belakang kita. Aku lagi confident kalau ade diorang dengan GPS!", Hamdan bersuara agak menengking kepada Amy. ketika itu sekumpulan 8 orang peserta melepasi mereka.
***
Kami bertiga terpekik-pekik mencari ahli yang lain. Mujurlah terjumpa dengan beberapa ahli dari group utama. Masing-masing pelik melihat kami muncul dari belakang sedangkan kami yang berada di awal semasa permulaan perjalanan.
"Group korang yang lain baru je lalu 5 minit tadi", ujar salah seorang dari mereka yang tengah berehat.
Dalam usaha mengejar ahli group kami yang lain, kami melewati 3 orang gadis yang sedang bermuram muka. "Bang, tau tak macamne nak repair ni?", ucap salah seorang dari mereka sambil menunjukkan kamera yang lensenya tersangkut dan tidak bergerak.
"Maaflah dik, kitorang tak tau. Tapi ade sorang kawan kitorang tu may be tau la", ucap Anang berbohong dengan bermuka serius.
Dalam hati aku berbisik, kuat Anang ni membongak.
Kejar punya kejar, akhirnya kami berjumpa juga dengan Medan, Amy, Ayat dan Zul. Diorang tengah melepak melihat matahari yang dah nak mula menyembunyikan dirinya.
*****
Kami tiba di suatu kawasan lapang dalam jam 6 petang. Mungkin inilah kem Kubang kerana terdapat beberapa lubang seperti kubang binatang. "Huh, nasib baik tak camping kat sini, kalau tak, tak tau pukul berapa sampai. Freebody pun dah 3jam lebih", Ayat mengeluh.
Perjalanan kami diteruskan. Kederat empat tulang kami mula lesu. Group yang berlapan tu entah ke mana menghilang. Kami banyak berehat. Dalam berehat, beberapa ahli kumpulan utama mula menuruti perjalanan kami dan bersatu dalam kumpulan lebih besar. Dari 7 orang, kini 19 orang.
Ketika kami berhenti maghrib, hujan rintik-rintik mula turun bersama angin sejuk. Ketika berhenti itu, sempat lah kami berborak dengan ahli yang lain. Rasa syukur teramat kerana ada beberapa di antara mereka yang mahir selok belok hutan.
*****
Perjalanan kami teruskan.
Kali ini lebih mencabar kerana dalam gelap. Badan semakin penat. Ketika berhenti rehat yang ketika itu jarak ke puncak kurang dari 400 meter kalau dilihat pada GPS, ada yang mula bertanyakan perihal ahli kumpulan yang lain.
Walkie-talkie ditekan untuk bercakap dengan kumpulan belakang.
Lokasi kedudukan diminta. Ketika itu mereka meminta kami menunggu sehingga semua tiba di tempat kami berkumpul. Kata-kata itu menyebabkan aku sedikit menyirap. Mana tidaknya, agas dan nyamuk banyak.
Seraya aku bertanya kepada semua dengan nada marah." Sekarang, siapa nak tunggu sini dan siapa nak jalan? Kita dah tak jauh ni. Kita tunggu pun same gak. Diorang 300m lebih belakang kita. Tu tembak tegak. Kalau kira pangok semua, tak tau bape lame baru sampai."
"Sekarang dah pukul 8. Aku tak nak tidur on track", sambungku lagi dengan suara meroyan.
"Kalau aku aku jalan je", ucap Zul. Disokong Amy. Perlahan-lahan semue menyatakan sokongan. kali ini perlaku pertukaran posisi. Radhi di belakang jadi sweeper ditemani yang lain. Zul dan Ayat di'hint'kan agar waspada seandainya ada makhluk lain yang datang menghampiri. kali ini perjalanan di depan turut dibantu oleh Abang Zack pemandu arah Gunung Tahan dan Epul.
Sepanjang perjalanan, banyak kederat mereka berdua digunakan selain meminta bantuan kepakaran Abang Zack agar mencari laluan mudah. Balak tumbang, menyebabkan kami kebuntuan. Jarak ke puncak tinggal 100 meter, mujur Abang Zack mahir mencari laluan alternatif. maaflah, penglihatan kami agak terhad dikala malam.
Ketika jarak ke puncak dalam 20 meter, sekali lagi kami diuji kerana tanah runtuh di laluan asal. Kami cuba mencari laluan alternatif tetapi tidak berhasil. Mujur Abang Zack ada. Beliaulah yang meriki kawasan tanah runtuh dan memastikan kawasan tersebut selamat dilalui. Kami boleh melalui kawasan tersebut tetapi perlukan kewaspadaan yang tinggi.
Akhirnya kami 19 orang pertama selamat sampai di puncak dalam jam 9 lebih. Walkie talkie ditekan dan kumpulan belakang diberitahu tentang ketibaan kami di puncak setelah terjumpa batu penanda. Kami turut bertanyakan kepada kumpulan di belakang mengenai group 8 sekawan, manalah tahu mereka bersama mereka. Namun jawapan negatif yang kami terima.
******
Setengah jam selepas berehat di puncak barulah ahli kumpulan yang lain tiba. Ketila itu Zul dah mula kesejukan. Begitu juga Medan. Windbreaker Amy bewarna merah disarung Zul. Medan pula bergantung harap pada plastik sampah.Kami turut diberitahu oleh gogo agar tidak panik tentang kehilangan 8 orang peserta yang lain dan jangan dihebohkan dahulu.
Ramai kelihatan lesu. Rata-rata kekurangan air dek kerana istilah freebody dan depek yang diberitahu ketika meninggalkan kawasan khemah. Kek Batik dikongsi bersama. Gogo dan pembantu kelihatan penat tak bertenaga. Nasi himpit dan Sambal Sotong dihulur. Sebuku nasi himpit yang bersaiz lebih besar dari penumbuk dewasa digigit tanpa memotong terlebih dahulu.
"Akak risau tak de air. Energy dah tak de. Makan kek batik takut haus pulak", ucap salah seorang peserta wanita.
*******
Dalam jam 10 lebih kami mula menuruni puncak. Asalnya, pemandu arah meminta kami yang terlebih dahulu tiba di puncak mendahului perjalanan, namun ada yang membantah. Separuh dari group kecil kami di hadapan. Separuh lagi ditengah. Sepanjang perjalanan ke kem kubang, pergerakan yang perlahan cuba diriuhkan dengan gelak ketawa sesetengah peserta. Secara tiba-tiba Medan menjerkah mereka dengan nada tinggi,"Woi, korang tak tau respect dalam hutan ke?Ingat ni shopping mall?".
Kelancaran perjalanan kami ke kem kubang terganggu dek kerana terdapat peserta yang mengaduh sakit perut. Setiap kali berjalan 10 minit pasti akan berhenti. Sehingga satu tahap Radhi bersuara,"Kenapa asyik berhenti je ni?Kita nak jalan jauh lagi ni".
"Regrouplah. kan orang belakang jauh", jawab salah seorang peserta dibelakang
"Kan aku dah pass GPS kat guide, yang mane boleh jalan-jalanlah,"Jeritku menambah.
"Maaf bang, saya kat sini", jawab pemandu arah. Sentap pulak aku. ingat dia kat belakang.
"Akak dah penat"
"Aku dah ngantuk"
"Nanti nak jalan kejut aku ye"
"Asyik regroup je. Bila nak sampai?"
Itu antara dialog yang aku dengar.
Dalam perjalanan turun ini jugalah Zul melihat seorang peserta menjilat dedaunan yang kebasahan bagi menghilangkan haus dan perit tekak. Biarpun kuantiti airnya tak banyak, beliau masih menghulurkan sedikit untuk dijamah oleh peserta tersebut.
"Ni makan kek batik korang la ni, aku sakit perut", jerit salah seorang peserta permpuan yang sedang mengorek tanah di tepi trek untuk membuang air. Kenyetaan beliau membuatkan aku tersentak. Sentap pun ye. Dahla memasing takde makanan ke puncak, diberi makan tapi jadi punca sakit perut pula.Kami mengambil keputusan untuk memotong ahli yang lain dan mahu berehat di Kem Kubang. Ketika melepasi kawasan peserta wanita tersebut membuang air, sempat lagi beliau berkata."Jangan suluh aku!"
"Tak ingin lah. Kalau tunjuk pun memang tak hadap nak tengok!", suara Ayat menjerit membalas jeritan peserta perempuan tersebut. Ayat dah berubah. Jarang mendengar ayat bersuara. Mungkin sebab penat asyik berhenti sepanjang jalan.
Setibanya di kem kubang, kami berehat menunggu yang belakang. Ketika ini, aku tak tahu siapa yang mendahului perjalanan. Sesampainya semua ahli di kem kubang, kami diberitahu yang group 8 orang tu sudah di kawasan perkhemahan. Ekoran daripada itu, kami nekad untuk meneruskan perjalanan dengan menggunakan alasan nak masak sebab kami tidak mengambil pakej dengan makan.
******
Permohonan kami dipersetujui, cuma kali ini gogo dan pembantunya dihadapan. Ketika memotong ahli kumpulan yang lain, lupa pula Zul, Medan dan Radhi. Aku sempat meminta slah satu walkie talkie kerana yang dalam pegangan aku diserahkan kepada individu hadapan ketika turun dari puncak tadi."Kenapa nak ambil walkie talkie lak? Ni kan company punya", jawab salah seorang peserta.
"Maaf bang, ni saya punya. Saya bawak untuk group kecil saya je asalnya", jawabku padat dengan nada berombak mengawal marah.
Ketika turun, aku yang terlupa membawa bateri headlamp extra terpaksa memakai lampu suluh sebesar carabiner milik Amy. Oklah daripada menonong dalam gelap kan. masa turun, aku banyak berdrama. mana tidaknya, kaki tersadung, terjatuh, penat menebas masa naik lagi. Drama sedih memang banyaklah. Sampai Anang dengan Amy meluat. Hahahaha.
Di satu kawasan, kami lihat gogo dan pembantunya berhenti. Beliau menyatakan melihat kesan tapak binatang. Aku mengesyorkan Anang membakar mercun tapi dihalang oleh gogo. Sebaliknya gogo meminta kami berjalan dahulu dihadapan.
"Lantaklah, dah jom kita jalan", ucap Anang kepada aku, Ayat dan Amy.
Perjalan kami diteruskan. Jam di tangan malas dilihat. kami tiba di tapak perkhemahan dalam jam 3 pagi. Dituruti oleh Gogo dan pembantunya. Di kawasan perkhemahan, group 8 orang sedang menunggu kami. Ada yang dah tidur.
Setibanya kami di khemah kami, kami terus menyediakan soto untuk menu makan malam sementara menunggu Zul, Medan dan Radhi. Khemah gogo yang disebelah kami pula sedang memasak air sambil memotong sayuur. Gogo tutur membebel kerana tidak semua peserta mengeluarkan makanan kumpulan. Itu menyebabkan beliau tidak dapat memasak.
*****
Usai makan soto, muncul kelibat Zul dan Medan.
"Abang Zul, lari laju. Bukan nak tunggu", Medan berkata.
"Aku dah penat dah. Asyik berhenti je", Zul menjawab.
"Radhi mana?", soal Amy kepada Hamdan.
"Radhi jadi sweeper. Jalan dengan budak perempuan", jawab Medan ringkas.
"Tadi masa kat puncak tempat kita lepak tu ade yang datng main-main. Tu aku nak gerak cepat tu", Zul menambah
Ayat dan Amy hanya mengiyakan dengan mengangguk.
Dalam keletihan dan kekenyangan, perbualan kami beransur kelam. Sehinggalah Anang bersuara dalam tidur.Mengigau. Ketika itu Radhi tiba dengan muka penat.
"Napa lambat Radhi?.."
"Aku teman budak perempuan 3 orang tu jalan. Kesian pulak tengok diorang. Xde yang nak sweep diorang", jawap Radhi sambil menghembus asap rokok ketika sedang membuka kasut.
jam menunjukkan 5 pagi. Aku menyuruh Radhi makan sebelum tidur.
*****
Aku terjaga jam 8.00 pagi. Ketika itu ada yang duduk bertentang khemah kami sambil menyaksikan aku mencedok sup ayam untuk ahli kumpulan kecil kami. Mukanya penuh sayu.
"Nah, ambillah. Hirup sup ni", kataku kepada gadis cilik tersebut.
"Kalau tak cukup bagitau. Ade lagi ni", tambahku lagi.
Ketika jam menunjukkan 8.30 pagi, peserta kumpulan utama sedang menikmati juadah mereka. Tak tahulah makan malam ke sarapan.
Gogo pula asyik menyalahkan tentatif yang diberikan pemandu arah yang pernah tiba dipuncak gunung ini.
******
Ketika tiba di Lata Renyuk, kami mahu terus bergerak keluar tanpa menunggu ahli kumpulan utama. Ketika itu ada beberapa ahli yang lain turut mengekori kami, tetapi kami buat endah tak endah. Lagi-lagi bila peserta perempuan yang mengaduh sakit perut malam tadi bertanya laluan sebenar. Anang berdesup laju.. Yang lain pun sama. Buat-buat tak dengar soalan.
Ketika melalui kawasan jalan berturap, ada juga yang menegur kami dengan nada jenaka,"Group korang memang selalu sama je eh. laju-laju."
Zul dengan Medan tak habis-habis main sepak-sepak tahi gajah kering.
Lori tiba. Kami menuju ke masjid berdekatan untuk persiapan diri dan masak untuk makan tengahari. Group kami memang menjauhi group utama. Kami masak di satu wakaf kecil di luar pagar masjid. Banyak cerita suka dan duka kami kongsikan.
*****
Setibanya di Kuala Lumpur, aku menerima whatapps dari gogo,"Kenapa potong guide?"
*cerita di atas diolah daripada pengalaman kami suatu masa dahulu. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.
*Kredit gambar kepada Zul, Amy, Anang dan Medan
0 ulasan :
Catat Ulasan