Untuk kali ni, nak share sikit pasal Bukit Bujang..Xde kaitan dengan Gunung Bujang Melaka ataupun Bujang terlajak...Kalau diikutkan senarai Gunung dan Bukit yang wujud kat Malaysia, Bukit ni terletak pada no 54.. Kirenye kalau yg jenis kaki hiking memilih ketinggian, xdelah tinggi sangat..
Seminggu sebelum pendakian, last weekla time sesetengah sedang recover body balik dari Tahan Merapoh - Kuala yang 3 hari 2 malam tu (nak gak mention), sorang kawan gi riki dulu lokasi nak masuk. So mulelah si Cikgu Awi wat PR. Asalnya nak ikut Pos Lemoi, tapi disebabkan terjumpa Pos Mensun Cikgu Awi pon borak-boraklah dengan Orang Asli Pos Mensun. Dari info yang dikhabarkan, Pos Lemoi terletak nun jauh 3 jam naek powil ikut jalan balak lama yang bertahun x diguna. Dan Abg Saari inform yang kalau naek ikut Pos Mensun pon voleyh sebab adik die pernah sampai puncak.
Kalau ikut cerita, Abg Saari dgn adik die memang nak join. Namun hari Jumaat, diorang inform x dapat join sebab ade komitmen lain.Tapi Abg Saari akan inform dengan Tok Batin la pasal plan kami.
Jumaat Malam.
KL - Masjid Ringlet.
Gerak dari KL malam dalam pkl 11 lebih, sampai Masjid dalam pukul 2am. Anang n Medan dah berdengkur time kami sampai. Awi lak sampai lepas siap jemaah Subuh Sabtu pagi.
Sabtu
Lepas subuh borak dengan pak cik yang jaga masjid, mintak izin nak guna letrik sebab nak masak Nasi Lemak. Berejam tunggu sebab rice cooker canggih sangat. Zul yang jadik tuan die pun naek pening. Pas makan siap-siap ke Pos Mensun. Sampai Pos Mensun dalam jam 9, jumpa Abg Saari dgn Pak Cik Othman then terus g rumah Tok Batin. Mase sampai-sampai rumah Tok batin, si Amy dengan kompiden cakap x nak keluar kete. So, kami berenam la menghadap Tok batin ditemani Abg Saari dan Pak Cik Othman.
Sementara nak tunggu Tok Batin, tetibe tengok Amy ilang dari kete. Rupe-rupenya dah kat beranda rumah jiran Tok Batin berborak.Chet!
Masa dalam rumah Tok Batin, kami pun cakaplah tujuan dan hajat. Tok Batin pun cakap dah bertahun duduk situ tapi hanya ade 3 orang je orang tempatan yang sampai puncak tu pun mase nak menanda kawasan sempadan kampung orang Asli dengan Jupem. Diorang cakap kat puncak memang ade besi, dan salah seorang orang Tempatan yang dah sampai puncak rupe-rupenya Pak Cik Othman. Dan kami adalah group pertama orang luar yang naik Bukit Bujang ni. Wallahualam.
Tok Batin bagi greenlight. Sekali Pak Cik Othman bagi pendapat yang x galakkan untuk naek tanpa orang tempatan. Deal punya deal, inform punya inform, goreng punya goreng akhirnya Tok Batin guna kuasa veto bagi pelepasan. Dekat sejam gak nak yakinkan diorang. Antara sebabk Pak Cik Othman x galakkan sebab Orang tempatan sendiri dah lama x pegi. Dan kondisi trek pon x pasti mcmne. Cume die ade la share sket2 laluan yang bakal kami lalui. Plus mase proses tanda kawasan tu memang diorang ade wat marking kat pokok. Dan Tok Batin suruh Pak Cik Othman iring ke starting point.
Starting point die kat satu chalet tepi sungai. Kawasan die memang cantik. Chalet style rumah orang asli. terjaga. Air sungai die jernih. Caj semalam RM 150 sebuah chalet. Mase kami lalu kawasan tu ade pelancong oversea yang sempat bersapa. Kebetulan si Medan pakai baju spiderman. Mat saleh cakap, 'Oh, spiderman live here"
Trekking sket sampai tempat kayu api chalet tu, then trek start pangok. Jujur aku cakap, aku ingat pangok je sepanjang trek. Starting die tanah x padat, daun kering tebal sepanjang jalan, buluh-buluh pun banyak. Mase benti time layan buluh sebab ade yang nak membuang, ade yang dah start mengeluh tapak kaki sakit sebab pangok die lain macam. Dah la tanah peroi.
Certain area memang nampak trek lama orang asli dan terdapat GPS punya GR (Grid Reference) pada certain pokok dan batu. Banyak gak terpaksa menebas, duri, pokok kecik, pokok besar.. semua adelah.Jalan punya jalan sampailah kat satu pondok tinggalan orang asli. Kami panggil kem pondok cerek sebab ade cerek buruk kat situ. Sebelum pondok ni terjumpa jerat Orang Asli. Nasib terperasan, kalau tak mau berdengung kene libas. Trek still memangok. Diskaun pun sket-sket je.
Landai die memang sket.
Dari pondok tu jalan lagi sambil bubuh marking kat pokok kami sampai ke pondok tinggalan orang asli yang kedua. dekat sejam lebih gak la jalan kalau dari pondok pertama. Kami panggil Kem Pondok Roboh. Tinggi kat GPS dalam 1007m.
Dari Kem ke 2 nak ke puncak tipu yang tinggi 1708m, ade satu kawasan memang banyak batu-batu besar. Tersusun dilitupi lumut hijau. Memang cantik. Sambung la jalan lagi.Tengok GPS tinggi dah 1602m, tapi nak ke puncak tipu macam jauh lagi. Otak dah mula goyang bali. Hehehe
Sampai puncak tipu, tengok distance ke puncak dalam 800m lebih. Pale otak dah set may be trek melandai sampai puncak..May be lah.. Ku sangkakan panas sampai ke petang, tapi gerimis di tengah hari. Dari puncak tipu ke puncak rupe-rupenye macam roller coaster. Gile la turun naik memang banyak kali. Batu-batu besar pun banyak. Ade yg memang kene panjat. Ade yang leh lalu tepi. Stress gak la.
Sampai kat kawasan puncak satu hal lain nak cari beirut. Pusing dekat setengah jam sebab beirut x jumpa. Teringat balik Pak Cik Othman ade inform, sampai kawasan lapang banyakkan ke kanan sebab puncak belah kanan. Cari punya carik akhirnya nampak gak beirut nun kat bukit seberang. Area puncak banyak turun naik, so jangan korang fikir bukit yang aku cakap ni bukit beso. Ni bukit comel je. Tapi kene menurun dulu. Time tu Cikgu Awi yang nampak dulu, mase tu aku berdua je. Sepanjang trekking aku kat belakang. Tetibe tang carik beirut terkedepan lak. Dengar la Anang jerit tanya mane weyh. Si Awi leh lak terpekik menjerit jawab turun lah dulu, Dah macam kene sawan. Awi ni jarang tinggikan suare mase trekking. Tu terperanjat aku. dahla mase tu tengah ngangkang nak lepaskan balak.
So kami tiba puncak dalam pkl 3.45ptg. Dari puncak dengar lagi weyh bunyi kereta motor tepi jalan. Orang asli dah clearkan kawasan puncak. Kalau xde jerebu mungkin nampak view la kot.Lepak-lepak makan solat selfie bergambo. Inform Abang Saari yang kami mungkin tiba kat bawah lewat. Puncak ade 3g weyh.Kami start turun dalam 5.15pm.
Sebelum turun prepare sesiap lampu. Sampai Pondok Runtuh dekat pukul 7. Memandangkan nak Pondok Cerek dalam sekilo lebih, so decide nak proceed ke Pondok Cerek n stop kat situ untuk maghrib. Half way, Anang baru pasan kamera die tertinggal kat Pondok Runtuh. So discuss punya discuss, Anang dgn Medan backtrack freebody yang lain proceed ke Pondok Cerek. beg diorang pass kat yang lain. X sempat sampai pondok cerek beore maghrib, stop tengah trekking sebab dengar azan. Mase baru sambung jalan, Cikgu Awi dapat call dari Abg Saari tanya status. Paling best die dh readykan durian untuk kami. Terus macam WOW!
Sampai Pondok cerek, tunggu Medan dengan Anang. Sambil main-main api. Si Ayat lak kena main dengan lipas. Dahla anti lipas. Semue pakat gelak. Anang n Medan sampai bagi diorang rest jap then sambung jalan. Masa nak sampai ke chalet, trek memang licin. Banyak kali kot main sliding. Anyway sampai kat pagar chalet pukul 9.27 malam. Call Abg Saari tanya no Pak Cik Othman sebab die yang jaga chalet, tapi pak cik xde handphone. So die suggest g rumah pak cik kat dalam kawasan chalet. Sebelum sampai pagar, jumpa dengan group tourist mase pagi tuh tengah melepak kat satu pondok. Sempat lagi sorang cakap kat Medan,"So, spiderman how many lives you save today?". Hahaha
Yang lain dah letih, Aku dengan Awi la carik kejap rumah pak cik. Jalan-jalan termasuk kawasan chalet tourist, jumpa mat saleh. Tapi Awi senyap je aku lak yang bertanya macam-macam. Mase dah nak sampai rumah pak cik, saje tanye apsal senyap td. Die cakap malu nak speaking. Hampeh.
Sempat borak dengan pak cik yang jaga chalet. Pak cik Othman dah balik. Yang ade pak cik balik. Diorang memang kuat borak. Rupa-rupanya pak cik ni pun salah sorang dari 3 orang tempatan yang dah sampai puncak. Sampai ke pagar tengok Abang Saari dah kat pagar tunggu. Dapat pelawaan makan durian kat rumah die.
Amy paling kuat melahap sebab x sempat durian yang terbukak tu letak atas lantai die dah amek. Eh..Terstory lak.. Borak-borak agak lama. Abg Saari ade cakap mungin nanti orang Tempatan akan naek ke puncak sebab diorang segan yang orang luar dah sampai dulu..Hehehe..Kipidap!
Anyway, trek die best sebab pangok. Mungkin kalau start awal boleh kuar siang. Dan kalau x banyak menebas mungkin lagi pendek mase yang di ambil. Total distance dalam 16.61km pergi balik. Satu yang kami belajar, masyarakat kat sini memang melayan tetamu dengan baik. Best!!
Sampai Masjid Ringlet dalam 11.55pm. pas bersihkan diri semue terus terbongkang. Ok kalau nak dapatkan details pasal trek ni leh terus ke Pos Mensun. kalau perlukan log leh roger kami. Insyaallah kami akan bagi. Bak kata abg Mizi, Xgune bukak trek kalau x nak share...Hehehe...
Tq semua.
Senarai pendaki:
1. Are We
2. Anang
3. Amy
4. Ayat
5. Zul
6. Medan
7. Arep
Kredit gambo untuk Amy, Zul, Anang and Medan
0 ulasan :
Catat Ulasan