Ahad, 31 Januari 2016

Hiking Log : Gunung Penelope & Gunung Cecil



Gunung Penelope dan Gunung Cecil 

Kedua-dua gunung ini terletak di kawasan Rizab Melayu kampung Raja. ketinggian Gunung Penelope ialah 1838Meter manakala Gunung Cecil yang terletak bersebelahannya ialah 1768Meter. kedua-dua puncak ini dapat dilihat dengan jelas dari Masjid Kampung Raja. 

Untuk pemilihan laluan, kami sepakat untuk melalui kawasan kebun yang paling tinggi jika dilihat dari jauh. Selalu orang up Penelope je..So kami try nak usha cecil.... Anyway..kalau blajar sejarah.. Nama gunung ni seakan-akan nama seorang Gabenor Negeri-negeri Selat di Tanah Melayu pada tahun 1930an. Anyway kalau dikaji balik Cecil Clementi dan Frank Swettenham merupakan antara pegawai British yang mendesak ke arah penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersatu. Dan mungkin atas dasar itu nama mereka disemadikan pada gunung atau memang mereka bersemadi kat gunung tu..aku pun x tau... 

Perjalanan kami dimulakan dengan meminta izin tuan kebun bagi melalui kawasan mereka. Dari situ, pekerja kebun menemani kami sehingga kawasan air bersih yang menjadi punca utama air yang disalurkan ke kawasan kebun mereka. Dari situ kami meneruskan perjalanan ke puncak Penelope dengan menebas sikit-sikit. Daripada info Wani, sebelum ini mereka melalui trek yang berbeza. Tak kisahlah, yang penting separuh perjalan kami sudah tersedia. Trek banglasia barangkali. Cuma pangok memang terbaik.. 

Perjalanan ke puncak mengambil masa 2 jam setengah untuk tiba di Puncak Penelope. Usai berehat, kami meneruskan perjalanan ke puncak Cecil. Trek asalnya menurun teruk termasuk melalui kawasan laluan air. Untuk ke puncak Cecil, perjalanan mengambil masa hampir sejam yang perlu menurun dan menaik kembali. Di Puncak Cecil, kami berehat agak lama dengan memasak megi, bancuh kopi.. 

Usai segala, kami terus ke menuruni puncak Cecil melalui laluan sama tanpa singgah di Puncak Penelope. Perjalan turun mengambil masa lebih singkat kerana tidak perlu menebas. Sampai di kawasan kebun, kami disambut oleh pekerja kebun dan 3 kotak salad yang baru dipetik. Itupun setelah menuntut kerana tokey kebun dah janji nak bagi salad masa naek. 

Dikawasan puncak bermossy2 ala2 manja...dan agak sejuk.. Puncak Cecil lagi besar dan luas dan lapang dari Penelope...
At first, Wani cakap yang lain sangat soft spoken.. Realitinya??..ke laut....
Perjalanan sepanjang lebih kurang 7.07km sehala bermula daripada parking kereta. Anyway most of us tahan powil nak ke kebun. Sape lagi kalau bukan si kak anna la yang menahan tengah jalan. Masa balik pun kami tumpang powil. Jimat tenaga..Hehehe.Trip ini disertai seramai 10 Orang Je....
Anang, Awi, Ayat, Art, Amy, Medan, Wani, Jimmi, Anna, Imey,Akuler
Log Ringkas Perjalanan (Drpd Jimmi)




trek gunung ini boleh dikategorikan santai dan melenggang kangkung. Trip ni gak Medan memperkenalkan maskot kesayangan die, Obi. Kene akui Obi jadi rebutan Medan dan Amy. Selain Wani meroyan cakap beg berat bawak perfume, Jimmy asyik mengelat memotong wani yang kuat membajak.....





Via trek banglasia
Log pendakian
+Mengisi Perot yang kosong -8:00-8:50
+bergerak ke lokasi pertempuran@startingpoint-8:50-9:25(Kebun salad)
+starting point -Kebun salad -pintu rimba banglasia-berehat di cp 1-9:52-10:24
+checkpoint 1-puncak gunung Penelope-10:24-11:45
Sesi bergambar bagai nak Tak
+start trekking -lembah12:21-12:42
+lembah-puncak gunung cecil-12:42-1:15
+puncak Cecil -starting point-2:45-5:00pm
Dimana Ada hutan

Disitu disitu Ada keindahan
























































































7 ulasan :

aefitbentuah berkata...

wow.....

kAy berkata...

Route clear ke ek nak ke sini? Kalau tak tahan 4wheel berapa jauh nak menapak dr parking ke starting point kebun tu? Thanksss :)

icChan berkata...

trek clear gak....x jauh pun kalau menapak..tp pnt r...sbb bukit...huhuhu

Unknown berkata...

Assalamualaikum salam pergunungan ,
boleh dapatkan no phone tak bang ? nak dapatkan info lagi details.


saya tinggalkan no telefon saya , 011-21155838 . minta jasa baik abang whatsapp saya ye

angah chior berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
angah chior berkata...

assalamualaikum.. salam sejahtera. tuan
. minta share gpx loc cecil dan panalope..
lasahironworkz@gmail.com

CAMPSITE PULAU KAPAS TERENGGANU berkata...

TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
Mount guide service
Will arrange:
-forestry permit
-police report
-nature guide service
-1st aid kit
-4x4 service from hotel to mossy forest(return)

Also provided night hiking to irau(daypack)
Sunrise trip

ANDY 017-9997790
Whataps/sms/call