Khamis, 5 Disember 2013

Hiking Log: Bukit Broga

*rasanya dah dekat 10 kali naek...ni baru ade peluang post kat cni...mmbr suruh..hehehe

Bukit Broga terletak tidak jauh dari pekan Broga. Jika anda ke Kuala Kelawang melalui jalan dalam, anda akan terjumpa papan tanda kewujudan kawasan bernama Broga. Bukit ini terletak berhampiran Universiti Nottingham Kampus Malaysia.

Trek perjalanan ke atas mengambil masa lebih kurang sejam pendakian bergantung kepada stamina individu. yang pasti, bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memanjat dan mendaki, sila jadikan bukit ini salah satu dalam senarai anda.

Perjalanan dimulakan dengan melalui kebun kelapa sawit sebelum melalui kawasan hutan sekunder. Elakkan menaiki kawasan ini di musim hujan kerana trek perjalanan akan terganggu dengan tanah basah dan lopak air serta lecak. Lagi-lagi untuk mereka-mereka yang malas menyental kotoran tanah.

Kebiasaannya trek perjalanan agak sesak di hujung minggu. Terdapat beberapa puncak untuk bukit ini. Bagi yang berjaya menawan puncak pertama, perjalanan seterusnya lebih mudah kerana perjalanan berikutnya hanya memerlukan anda berjalan seolah-olah berjalan menaiki bukit.

Sesetengah yang baru mencuba biasanya akan berhenti di puncak pertama kerana puncak pertama lebih besar dari segi datarannya. Seandainya anda menaiki bukit ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pengalaman melihat matahari terbit. Sesetengah pendaki memulakan perjalanan seawal 4 pagi. Ada yang tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat subuh di atas bukit ini.















0 ulasan :