Rabu, 4 Februari 2009

Politik...politik...politik...

Salam semua....


Sejak 2 menjak ni.....mcm2 berlaku jadi kat malaysia ni terutamanya dlm kes kemelut politik kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan PR ( setakat jam ini PR masih pegang...lepas ni wallahualam )

Pendapat aku la.....sekiranya Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN di negeri Perak...maka ia boleh diibaratkan satu kesilapan besaq yg pernah dibuat oleh seorang Sultan yg mempunyai latar belakang undang2 yg cukup luas dan sungguh bijak orangnya....

Implikasi sekiranya mandat baru tidak diberikan kepada rakyat..maka cerita nya hampir sama akan berlaku seperti PR skrg sekiranya BN memerintah negeri Perak..kerana kedudukan kerusi oleh 3 pihak iaitu :

BN - 28
Bebas - 3
PR - 28

Berdasarkan perkiraan asal 3 adun bebas itu merupakan 2 - PKR dan 1 - DAP....
tetapi setelah kedua2 ADUN PKR disabitkan kesalahan rasuah + seks dan akan dibicarakan pada 10.2.2009 nanti...satu dilema telah berlaku kepada kedua2 mereka...jadi mereka terhimpit atas kesilapan mereka berdua....
persoalannya di sini...adakah benar mereka berdua ini terlibat?

Apakah dgn jawatan EXCO dlm kerajaan negeri Perak tidak cukup? Apakah tawaran dari kem seberang sana lebih menawan hati iaitu dari BN terutamanya UMNO

DAP pasti musykil kenapa tindakan ADUN Jelapang yg diberi jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri terlalu kecil bg beliau yg merupaka wanita OKU pertama serta berketurunan cina yang pertama di malaysia memegang jawatan tersebut yg secara tradisinya dipegang oleh melayu sahaja?

Ini yang akan menjadi buah mulut org ramai...kenapa tindakan 3 adun in berpaling tadah setelah diberi jawatan dlm kerajaan PR..

Selain itu tindakan ADUN Bota melompat parti dari UMNO ke PKR dan kembali kepada UMNO dlm tempoh 11 hari...satu cerita yg amat menarik untuk kita lihat....kenapa?

Pada pandangan aku.....kemasukan ADUN Bota ke dlm PKR dlm tempoh 11 hari itu merupakan satu taktik yg amat berani oleh seorang "balaci" UMNO untuk mendapat segala maklumat yg ada dlm kem PR...dgn secara tidak langsung beliau telah dpt di mana kelemahan..dan kemelut yg berlaku dlm PR untuk dijadikan maklumat segera kepada BN khususnya UMNO....
ia umpama agen CIA memasuki soviet union untuk mengetahui kelemaha KGB dan komunis...

satu tindakan yg sungguh bijak dan berani oleh pakar strategis UMNO

Habis bab lompat melompat ini...
kita lihat komen2 dari dlm tv..media dan semuanya....
contoh yg paling dekat....oleh seorang profesor dari UUM....bg aku agak kurang cerdik dgn tahap beliau sebagai seorang profesor

Dlm undang2 tubuh kerajaan negeri di malaysia termasuk kerajaan persekutuan..kuasa eksekutif iaitu PM atau MB atau KM mempunyai hak untuk membubarkan parlimen atau DUN atas PERKENAN sultan...agong atau yang di pertua negeri....dlm kes negeri perak....
MB Perak dlm sidang akhbar telah mengumumkan UNTUK MEMOHON PERKENAN SULTAN UNTUK MEMBUBARKAN DUN NEGERI PERAK....bukannya beliau sendiri istiharkan dun perak bubar....tp si profesor ini dgn pantas berkata ia satu tidak sah...pelik sungguh....tgk ayat MB perak tu betul2....beliau baru nak memohon..tetapi profesor dan media telah memutar belitkan fakta yg ada..
Begitu juga dgn kegopohan TPM dgn membuat sidang media mengatakan bahawa BN perak telah mendapat mandat dan cukup kerusi serta kepercayaan dari majoriti adun2 di perak untuk menubuhkan kerajaan negeri....

persoalannya di sini...dari segi undang dan tatabahasa....tindakan TPM membuat sidang media itu telah menghina Sultan negeri Perak...kerana beliau telah mendahului sultan dan belum mendapat perkenan sultan itu sendiri....walaupun beliau mengatakan akan menghadap sultan perak pada esok hari....
ini satu tindakan yg cukup biadap

adakah UMNO masih tidak mempelajari dlm kes insiden perlantikan 2 MB di trg & perlis?

dlm kes ini...sultan perak mesti melihat senario ini dlm keadaan kestabilan negeri perak akan dtg sehingga pru 13 dan mendapat iktibar apa yg terjadi kepada sultan trg iaitu agong..telah dihina dan dipulau oleh semua adun2 UMNO + MCA kerana tidak mempersetujui calon pilihan sultan sendiri...dgn siap banner " binatang sultan trg "?

erm....
aku pun dah pening.....klu sultan perak masih ingat kes kerajaan PAS di kelantan & trg dikacau oleh BN - UMNO serta Perikatan sebelumnya....serta kes di sabah apabila adun2 PBS lompat parti......aku tak tau la...apa yg dok ada dlm kepala sultan perak skrg ini....

aku cuma berdoa...biaq la dun dibubarkan...walaupun duit rakyat terpaksa digunakan sekali lagi...tp lebih elok jika dibandingkan oleh adun2 keparat yg suka main tarik talik macam elyana....

bg aku ..tak mustahil...3 adun itu akan buat tindakan yg serupa sekiranya keinginan dan kehendak mereka ti dak dipenuhi kelak oleh BN....

sekian terima kasih

p/s : sapa nak komen sila....ni yg paling panjang pernah aku buat...dan semua guna otak..tak ada copy paste dari mana2 sumber....tgk...fikir....n taip....

1 ulasan :

Xonos berkata...

Boring sangat tengok politik ni Is! Tp sekarang Perak dah jatuh ke BN...Dengan persetujuan Sultan...

Tak tau la...Bagi saya Sultan Perak ni macam suka BN je...Sedangkan Sultan boleh bubarkan kerajaan negeri dan adakan pilihan raya negeri lagi...

Kalau cakap pasal lompat ni...Bukan ke Anwar yang terheboh2 masa tahun lepas? Yang kelakarnya dia tak berjaya malah bagi BN gigit sama dia lagi...

Bagi saya Anwar terlalu gopoh untuk jadi PM...Bukan ke lagi baik jika PKR buat yang terbaik untuk negerinya supaya mendapat lebih banyak sokongan rakyat? Bagi saya jika Anwar tidak mengheboh2 pasal lompat2 ni, maka sekarang mesti lagi banyak org yang akan sokong PKR kerana tindakan BN yang tidak mengikut hati rakyat ini...

Tp saya dah kecewa dengan perkembangan politik sini...Sepatutnya kerajaan kena fokus dalam crisis ekonomi...Tp tengok sekarang? Asyik2 busy je dengan politik...Seakan2 mereka dah lupa apakah tanggungjawab mereka sebagai pemimpin...Dan sebab2 rakyat pilih mereka sebagai pemimpin...