Isnin, 25 Jun 2012

Pelaburan???....Yang mana harus dipilih?....

Melabur Ke Dalam ASB Dengan Menggunakan Pinjaman Peribadi atau Tanpa Pinjaman??

Bagi sesetengah orang, melabur dengan menggunakan wang pinjaman peribadi lebih berbaloi kerana anda akan memperolehi sijil ASB yang sah, dan bukannya sekadar 'xerox' copy jika menggunakan ASB Loan dari bank. Tambahan pula, anda akan merasa lebih gembira melihat simpanan sebanyak RM 10,000 di dalam buku ASB anda walaupun anda terpaksa membayar semula pinjaman sebanyak RM 226 sebulan selama 5 tahun.

Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%
Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%

Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%
Interest sebenar pada kadar APR = 13%

Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.

Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).

Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.

Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.

Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman
= RM 14,025 - RM 13,560 = RM 465 sahaja.

Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,
Total Contribution = RM 13,560
Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.

As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?

Unit Trust dan Akaun 1 KWSP??

Saja mahu berkongsi pendapat umum ini berkenaan apa boleh dilakukan dengan simpanan KWSP anda, yang sejak kebelakangan ini, semakin rendah pulangan dividennya. Dari 6.84% tahun 2000, 6% tahun 2001 kepada 4.25% tahun 2002 dan tahun lepas iaitu 2009 ialah 5.65%.

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Akaun 1 KWSP

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 KWSP ke dalam pasaran unit trust yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut unit trust, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, unit trust ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

Akan tetapi, seandainya anda mahu melaksanakan hal ini, sila fikir semasak-masaknya.Kenapa?Kerana akaun 1 adalah satu-satunya rancangan persaraan anda.Dengan kadar inflasi yang sudah menjejaki 6.7%, kos sara hidup juga meningkat. Dalam kata lain, apabila anda bersara secara automatik kos sara hidup turut akan melonjak lagi.

Hal ini kerana , prestasi setiap unit amanah ini kadangkala berubah-ubah. Andai ada kesempatan saya akan upload kadar prestasi unit amanah di lain masa.

Akaun 2 KWSP

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.25%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

0 ulasan :