Ahad, 3 April 2016

Hiking Log: Lata Uqasha Senrose dan Bukit Jerut

Alkisah Bukit Jerut..

Bukit Jerut teletak di kawasan Cameron Highlands dan berhampiran dengan Kawasan Rizab Melayu . Bukit berketinggian 1603 Meter dari aras laut ini belum pernah didaki oleh pendaki awam. Yang pernah tiba di sini hanyalah orang kampung, jupem dan juga pasukan askar. Itu yang diberitahulah. Asalnya, niat mendaki secara daypack masuk sendiri. Tapi mase mula-mula sampai kampung melayu ni, jumpa tok batin, jiran tok batin kerja jabatan hutan pulak. hehehe.

So deal dengan tok batin, set tarikh lain request orang kampung jadi guide. Senang sikit kerja.

Hari yang ditunggu pun tiba. Jumpa tok batin pagi. Den jumpa dengan orang kampung yang jadi guide kami. Ramai gaklah orang kampung dok datang kerumun borak bagitau macam-macam. Layan je..Diorang memang peramah. Asalnya, kebanyakkan mereka beranggapan kami hanya ingin ke air terjun, tetapi setelah diterangkan barulah mereka faham. Rata-rata mengatakan perjalanan agak jauh dan agak sukar bagi golongan orang luar macam kami. Perjalanan dimulakan dari kampung ke kemsait kami iaitu Lata Uqasha Senrose (Nama sebenar Lata Celai). Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih ke waterfall ni. Sepanjang jalan memang melalui tepi sungai, melereng bukit. Perjalanan kategori santai mak jemah la kiranya.

Yang menarik untuk ke Lata Celai ialah menyeberangi sungai menggunakan jembatan buluh buatan orang kampung yang jarang dijumpai selain mendengar bunyi deruan sungai dan melihat banyak jeram yang sesuai untuk tiruk dengan air super jernih. Sepanjang perjalanan, seorang guide dihadapan dan seorang di belakang yang memastikan kelancaran perjalanan kami. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3 kali kerana keletihan manja dan melayan pangok bukit kecil yang terdapat sepanjang perjalanan.

Setibanya di kawasan air terjun, kami hanya mampu mengucapkan syukur teramat sangat kerana masih berpeluang menikmati keindahan air terjun yang jarang menerima kunjungan orang ramai. Kami bertekad untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan kami bermalam biarpun permukaan ratanya agak terhad. Alasan kukuh sebenarnya senang nak main air. Hahaha.. 3 orang tidur guna hammock, 5 orang tidur bawah fly. Kami berhenti agak lama kerana main air sekejap, setting khemah sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.

Perjalanan dari lata ke puncak mengambil masa dalam 2 jam setengah melalui denai orang kampung. Sebelum memulakan perjalanan, kami diberi pilihan untuk melalui trek yang mana. Sudah pasti trek paling pendek ke puncak dan paling senang nak sampai yang diminta. Terdapat 3 trek untuk ke puncak. Untuk trek naik, kami dibawa melalui denai orang asal yang memang terjaga dan memang jarang dilalui. Satu perkara yang menarik tentang hutan di kawasan ini ialah kehijauan yang ditawarkan. Kawasan ini tidak ber'mossy' tetapi inilah fil sebenar hutan hujan khatulistiwa yang mana lantainya lapang, manakala tumbuhan besar membentuk kanopi.

Sepanjang perjalanan sempat berbual dengan guide yang berumur 50-an yang kami panggil 'tok'. Katanya, kelebihan kawasan ini selain tidak pernah disentuh pembalak rakus, hanya tok je lah yang pernah sampai ke puncak. Orang kampung tidak lagi ke hutan untuk memburu ataupun memungut hasil hutan. Agak sedih sebenarnya mendengar keluhan tok. Sepanjang perjalanan memang banyak hasil hutan yang boleh menjana ekonomi segar menunggu masa dijamah kelihatan. tok juga ada menunjukkan laluan ke pondok andai beliau pergi berburu.

Setelah berjalan dalam 2 jam kami berhenti seketika di kawasan puncak tipu yang agak lapang. Sementara melepaskan lelah, tok membersihkan trek yang bertentangan dari arah yang kami datang. Katanya kami akan di bawa turun melalui trek yang lebih senang. Dari simpang ini ke puncak, perjalanan mengambil masa dalam setengah jam. Trek masih kategori santai.

Puncak bukit berketinggian 1603 meter dari aras laut ini masih mempunyai berup yang utuh. Kawasan puncak agak lapang. Tiada sebarang view yang dijanjikan di sini tapi kepuasan melalui trek hutan dara sememangnya pengalaman yang menarik. Biarpun panas terik diluar, namun tumbuhan besar yang membentuk kanopi meneduhi perjalanan kami disamping tiupan angin sepanjang perjalanan sememangnya asyik. Setibanya dipuncak, dapur dibuka, air panas dibancuh diminum bersama bekalan yang dibawa. Roti, gula-gula, jajan, brownies, congo bar menjadi kudapan kami dibawah berup. Dalam sibuk menikmati juadah, Igor gasak mengorek tanah betul2 di bawah berup untuk mencari batu penanda yang digunakan dalam sistem trigo satu masa dahulu. Jujurnya, selama ini kami tidak pernah terfikir nak cari batu tu...

Selesai semua, selfie, makan, masa untuk turun pun bermula. Trek turun dari puncak mengambil masa 2 jam sahaja untuk ke lata. Dan sememangnya trek menurun dan menurun. Tak banyak kawasan lapang yang rata untuk berehat. Group depan memang laju. Den cuba kejar tapi asyik tersadung. Trek turun tidak sejelas trek naik. Mujur tok ada di belakang untuk mejaga kami sepanjang jalan.

Sepanjang jalan, terdapat kawasan lapang yang terdapat pokok tumbang. Dari situ memang nampak jelas Bukit Bujang yang pernah kami jejaki dulu tersergam indah. Perjalanan turun turut menyaksikan Ayat merosakkan jambatan balak untuk menyeberang laluan air. (Abes jambatan tok - tu tok yg cakap). Acapkali juga tok berpesan, agar mengingati laluan moga di masa depan andai ada yang nak berkunjung, kami boleh membawa yang nak jenguk puncak.

Setibanya di kawasan bermalam dalam lebih kurang jam 6 ptg, kami terus bermain air. Melayan air terjun yang sememangnya sejuk. Di kawasan ini juga terdapat kawasan yang membentuk seperti kolam mandian. Dah penat main air, buat persiapan diri, masak semua lah. Medan buat kelainan sebab kali ni die tawarkan diri untuk masak. Amy pun masak sendiri, igor pun masak sendiri..Tapi instant.. Medan mengeluh kaki krem sebab nak prepare barang sebelum masak, then nak tengok satu-satu masak ke tak.. Dalam hati den, padan muka ko..Baru ko tau ape aku rasa..Hahaha

Malam tu kami sempat bermain uno... Daus jadi pengalah terbanyak... Asal cakap uno je dapatlah draw card bebanyak. Nea je anti sosial tidur awal.

Pepagi bangun, buat persiapan diri, main air, kemas2 then kami keluar. Sampai kampung, jumpa tok batin, mintak izin guna masjid. Kat masjid kami disapa oleh kanak-kanak yang mengajak mandi sungai.. (aus kene ngurat)..

Anyway, sesape datang sini bawaklah makanan, mainan ataupun pape yang boleh dihadiahkan kepada anak-anak kat cni.. Mereka memang menghargai pemberian kita....

Thats it...Layankan lah gambar2 ni..sape2 nak pegi sini boleh mntk info dari kami..Kamera aus, medan, nea, amy,ayat..anang bile ntah nak upload gambo...

Peserta,
1. anang
2. Ayat
3. Aus
4. Amy
5. medan
6. Nea
7. Igor
8. Arep= Akulah tu
Awi, Mail tarik diri...ade emergency...
Alan lak demam..phuih





















































































































0 ulasan :