Penat mendaki Bukit Tabur semalam tidak menghalang untuk mencuba mendaki gunung yang berketinggian 825m ini. Apatah lagi melihat komentar-komentar teman-teman menyemarakkan lagi semangat pendakian.
Kali ini, pendakian disertai oleh 54 orang ahli. Tetapi 3 daripadanya terpaksa mengalah setelah perjalanan bermula ekoran masalah kesihatan. Pendakian melalui Bukit Putus ini mengambil masa 4.5 jam naik dan turun. Dan paling utama, setiap pendaki perlu membayar RM 5.00 yuran pendakian.
Gunungyang terletak berhampiran Kuala Pilah ini boleh didaki melalui 2 laluan berbeza iaitu Bukit Putus dan Ulu Bendul. rata-rata pendaki bersetuju mengatakan laluan Bukit Putus lebih mudah dan lebih pendek masa perjalanan berbanding laluan Ulu Bendul.
Pendakian berjalan lancar biarpun trek perjalanan basah dan sesetengahnya berlumpur. Dan seperti biasa, si kerdil berada di belakang untuk membolehkan si kerdil bersuara dan bersahaja. Apapun trek gunung ini jauh berbeza dengan trek Bukit Tabur samada dari aspek pendakian ataupun struktur fizikalnya. Sepanjang perjalanan, terdapat beberapa kumpulan yang turut sama mendaki. Dan paling membanggakan, ada seorang pendaki yang kelihatan berusia 50-an sudah melengkapkan penurunan kali kedua pada hari tersebut ketika kami turun. Beliau juga memakai t-shirt "42km Finisher". Kagum!!
**Kredit kepada MK Rahman, Mr Sham, Miss Mary Koh dan Cik Rose atas sedutan gambar dan video dari facebook mereka
**Menghitung hari untuk Gunung Datuk dan Gunung Bukit Kutu
2 ulasan :
I loike this very much (y) (y)
"Mengkritik tidak bererti Menentang,Memuji tidak semestinya menyokong,Menegur tidak bermakna membenci.Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang terbaik."
You are a gudfren too Arif =)
Sahabat yg baik!
Tq Rose....U r a good friend too... Keep up the value ya...
Catat Ulasan