Trek pendakian kali ini tidak banyak berbeza dengan Tabur West. Trek kali ini lebih pendek dan agak mudah didaki. Kesulitan mungkin terjadi di puncak terakhir yang agak menegak dan laluan sempit.
Dan, sememangnya pendakian kali ini lebih bertuah kerana berjumpa dengan beberapa pendaki Tabur East yang tegar. Sesetengah mereka memberi galakan supaya kami sampai ke puncak selain memberi cadangan untuk mencuba trek-trek Tabur yang lain. Dengan bantuan doa dan cuaca yang baik, pendakian kali ini sememangnya terbalas kerana kami dapat menyaksikan banyak pemandangan indah ciptaan Ilahi. Yang pasti di penghujung bukit batuan itu terdapat tebing tinggi yang tidak sepatutnya diabaikan untuk dijadikan kenangan dengan bergambar. Apapun amalkan sifat berhati-hati kerana terdapat batuan yang agak longgar.
Jutaan terima kasih buat teman-teman yang menemankan sampai ke puncak. Sedang berusaha mencari info tentang trek Tabur Extreme
*teringat member yang hampir pitam kerana tak breakfast..selain gayat..hehehe
0 ulasan :
Catat Ulasan