Sabtu, 18 Januari 2014

Hiking Log: Bukit Kutu - Family Hike

"Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 ribu kaki daripada aras laut. kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia.Untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor .Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai.Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna,terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum.Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah merentasi bekas laluan balak.Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing.Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu", http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kutu

Tarikh : 18 Januari 2014
Lokasi : Bukit Kutu
Nama Program : Family Hike @ Bukit Kutu

Sejajar dengan nama program, seramai lebih kurang 46 peserta telah menyertai program ini termasuk kanak-kanak dan seorang bayi. Apapun Si Kerdil sangat kagum dan hormat dengan kegigihan ayah si bayi yang mendukungnya sehingga ke puncak.

Pendakian mengambil masa 3.5 jam untuk sampai ke puncak dan 3.5 jam turun untuk kumpulan ini. Terdapat beberapa individu yang berpatah balik atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Apapun, segalanya yang terbaik.

Seawal jam 7.00 pagi peserta telah mula berkumpul di Restoran Fazlina Maju, Kuala Kubu Bharu sebelum bergerak dalam kumpulan menuju ke tempat pendakian di Kampung Pertak. Setelah diberi taklimat ringkas mengenai trek pendakian, kesemua bergerak mula mendaki.

Secara ringkas, laluan trekking awal BK ni kita akan seberang 3 sungai dan 3 tanda sebalum CP(Checkpoint  4 dan 5)

1. Laluan Jambatan gantung
Kami memulakan perjalanan seawal jam 9 pagi.

2. Laluan Jambatan senget

3. Redah anak sungai dalam 20-30cm paras kaki. Kene bukak kasut atau kalau terer lompat je batu2 macam acara lompat jauh atas batu kemudian sarung balik kasut.

4. Check Point (CP4) -papan tanda dah pecah setelah 1.5 jam perjalanan menaik(Canak). Kawasan ni mcm bau kambing agaknye tu kot nama gua kambing. Bole top up air di sini.


5. 20 minit kemudian tiba tibe di Check Point (CP5)- Kawasan berbatu besar (Hanging Rock)


6. Titik Terakhir – the Chimney

Lebih kurang 2-5 minit ke atas adalah puncak sebenar Bukit Kutu. Atas tu boleh memuatkan 20-30 orang dalam satu masa  tapi puncak utama (2 biji batu) terpaksa bergilir-gilir 3-4 org sahaja.

Daripada puncak kalau ada semangat dan kekuatan boleh berlari dalam 7-10 minit tengok tinggalan bangunan kat kawasan situ. Ada yang cakap rumah ada yang cakap hospital kusta. aku pun confuse.Hahaha

#Kat sinilah akau dapat inai gunung pertama. Mane xnye, pakai kasut converse canvas. Mase turun kaki dah start x best. Sampai sungai kaki ayam berlari pegi parking kete.

#Ada beberapa kes pecah cermin kereta di kawasan parking area cni dan kebanyakkan mangsa adalah geng-geng yang bermalam kat cni (camping).

#Mase kat puncak aku banyak selfie dengan sorang member name Acap pasal die last day kat KL sebelum transfer kat tempat Jin Bertendang. Dhla datang bawak budak bawah umur..Hahaha

#Abes tu, memasing pakat lepak balik Fazlina Maju. Seriuos beb segan sebab semue otai. Aku super nubis. Bak kata art nubis kubis. Ntah pebende ntah tu.

#view kat atas memang cun kalau cuaca elok. Ada batu bertenggek kat atas tu macam Gunung Datuk tapi kecik sket r. Xbleh nak melompat2 sebabt satu masa 4-5 orang je kat atas batu tu.


























photos complied from a few of the hikers (friends and newly met hikers) ~ thank you guys... with MK RahmanTamil SelvamKalaivani Sathasivan, Vengkat, Soh Sea PherngJessy PhuahMary KohLeon TeeHaszuraina Hasan, and Din Razak

1 ulasan :

Andy berkata...

TEBING TINGGI BACKPACK
MOUNT GUIDE SERVICE
SERVICE INCLUDE:
-forestry permit
-police report
-nature guide
-first aid kit
KINDLY CONTACT
ANDY 017-9997790