Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, diktator bermaksud pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim. Dalam aspek artikel kali ini, istilah diktatorisma digunapakai dalam konteks persahabatan. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seandainya kita ditinggalkan kawan atau sahabat seandainya mereka telah berjumpa sahabat baru. Dan lebih menyedihkan lagi apabila kita pula hanyut ditinggalkan mereka padahal asalnya andalah yang menemukan mereka.
Bukan sedih, bukan dendam ataupun marah. Cuma sekelumit rasa terkilan diperlakukan begitu. Secara lumrahnya, manusia itu dipenuhi dengan pelbagai emosi. Dan gunakanlah fikiran yang waras dalam pengawalan emosi kita. Tidak pernah sekalipun mengharap balasan kerana mempertemukan keduanya, namun apalah salahnya seandainya tidak dilupakan terus. Betullah pepatah berkata, habis madu sepah dibuang. Sampaikan cara terima kasih anda melalui perbuatan yang menyenangkan. Bukannya dengan mengasingkan. Biar kurang manapun sifat lahiriah seseorang itu, mereka layak untuk difahami.
Janganlah biarkan ada kekeruhan dari hubungan sedia ada. Kukuhkan ia dengan semaian kasih sayang, toleransi dan semangat setiakawan. Mewujudkan jurang hanya meruntuhkan kekuatan persahabatan. Persekitaran dan keadaan ditentukan oleh kita selaku pelakon. Jangan jadikan hal tersebut suatu alasan. Transparensi dalam perhubungan persahabatan lebih membenihkan bibit-bibit kesetiakawanan. Terlalu banyak berselindung dan berahsia hanya merapuhkan kekuatan yang dibina.
Tepuk dada tanya selera. Kukuhkan nilai persahabatan dan perbaiki kelemahan yang ada. Moga menjadi salah satu resolusi 2014 yang perlu dititik beratkan.
2 ulasan :
yeahh i like it...persahabatan yg indah adalah persahabatan yg saling ada toleransi..bersifat terbuka & tidak terlalu memilih bulu..persahabatan yg sempoi adalah sebuah persahabatn yg kekal abadai & membahagiakan..
Si Kerdil bersetuju dengan respon Ida Kushairi tu..Kadang-kadang kita terlupa dan alpa dengan respon luar kawalan sehingga berlaku sifat peminggiran dan perbezaan layanan terhadap kawan-kawan..
Catat Ulasan