Berikut adalah sinopsis ringkas mengenai kisah-kisah yang ada.
Kisah Mereka: Aku dan HIV
Karya ini
adalah himpunan mengenai kisah-kisah penghidap HIV di Malaysia. Setiap kisah
(bab) menceritakan kisah beberapa individu yang berbeza tetapi berkaitan antara
satu sama lain. Kesemuanya bertugas di sebuah organisasi bukan perniagaan di
Lembah Klang.
Kisah Azri:
Azri
merupakan anak bongsu daripada 2 org beradik. Bertugas di organisasi hampir
setahun. Keterjebakan dalam dunia songsang dan kekerapan bertukar pasangan
menyebabkan dia dijangkiti virus HIV. Kehidupannya penuh dengan ranjau onak dan
duri sehinggalah dia berjumpa dengan Puan Haslinda, seorang pengurus organisasi
bukan kerajaan yang mengkaji isu-isu berkaitan HIV. Setelah didiagnosis positif
terhadap HIV, hidupnya berubah. Semua rakan-rakan seangkatan dengannya mula
menjauhkan diri daripadanya. Setelah beberapa bulan mengasingkan diri di dunia
sendiri, panggilan daripada kakak yang pernah dibencinya Berjaya membuka sinar
harapan haluan hidupnya. Kakak dan abang iparnya membantunya dalam berhadapan
dengan stigma dan persepsi masyarakat tentang sakitnya itu. Dari situ dia
berjumpa dengan Puan Haslinda yang banyak membantunya mencari haluan hidup.
Kisah Pak
Hamdan:
Pak Hamdan
merupakan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat kajian tersebut.
Mempunyai 3 orang anak dan seorang anak angkat. Anak angkatnya merupakan anak
saudaranya sendiri yang kehilangan ibu dan bapa ketika kecil. Syahril merupakan
seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dan sebaya dengan anak bogsunya. Dia
menjadi mangsa keadaan kerana dijangkiti penyakit HIV ketika dalam kandungan
lagi. Ayahnya bekas seorang pramugara kapal terbang telah menyebarkan virus
tersebut ketika ibunya mengandungkannya. Semenjak kecil lagi Pak Hamdan di
bandingkan dengan adik bongsunya, Salim yang lebih hebat dari dirinya.
Perjalanan hidup Salim yang sentiasa di awangan biru memudahkan untuk
mendapatkan pasangan seks tanpa disedari isterinya. Kehadiran virus HIV di
dalam badannya hanya disedari setelah menjalani ujian kesihatan berkala yang
diwajibkan ke atas setiap petugas. Ketika itu juga isterinya yang sedang
mengandung disahkan positif HIV dan turut menjakiti kandungan isterinya. Salim
hanya sempat menjaga anak kecilnya selama setahun, manakala isterinya meninggal
dunia ketika melahirkan anak mereka. Selama hampir 2 tahun tidak bekerja,
Hamdanlah yang menyara keluarganya. Setelah Salim meninggal dunia, Hamdan
menjaga Syahril. Dalam usaha membesarkan anak kecil itu Pak Hamdan berdepan
dengan pelbagai ujian dan cabaran lebih-lebih lagi dengan sikap adik-beradiknya
yang lain.
Kisah Zali:
Zali
merupakan seorang lelaki berusia awal lewat 20-an. Mendapatkan pendidikan
sekolah menengah di sekolah mengengah aliran agama. Namun, kesilapannya dalam
memilih kawan menyebabkan dirinya hanyut dibuai gelombang ketagihan dan
seterusnya dijangkiti HIV. Seorang yang dulunya alim berubah menjadi peragut
dan pencuri. Ibunya sangat sayangkannya. Dia seringkali dibantu ibunya
menyorokkan diri. Sudah 3 kali keluar
masuk pusat pemulihan sehinggalah dia terjumpa Pak Hamdan di tepi Masjid Jamek
ketika menunggu orang memberikan makanan percuma. Anak Felda ini suatu masa
dahulu pernah mencuri setiap benda yang mampu memberikan pulangan. Tabung
masjid, papan tanda jalan waima pakaian di ampaian pun turut menjadi
sasarannya. Perjumpaan 15 minit dengan Pak Hamdan telah memperkenalkan dirinya
dengan Puan Haslinda.
Kisah
Farah:
Farah
merupakan seorang anak kaki nombor. Dia telah dijualkan oleh ayah tirinya
ketika usianya melewati 18 tahun. Kehidupannya bergelumang dengan lorong gelap
setelah dipaksa menjual diri bagi menampung hutang ayah tirinya. Kehidupannya
banyak dihabiskan di lorong-lorong gelap. Dia hanya sedar dirinya dijangkiti
HIV setelah diberkas pihak berkuasa
dalam satu operasi pemutihan lorong gelap. Dia dihantar ke penjara wanita dan
di situ dia berjumpa Puan Haslinda yang banyak memberikan bicara motivasi di
dalam penjara tersebut.
Kisah Puan
Haslinda:
Wanita
berusia lewat 40-an yang banyak menghabiskan masa bersama-sama pesakit HIV.
Jawatannya dan tanggungjawab kerjanya membolehkan dia menyingkap perjalanan
hidup para pesakit HIV dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup. Usaha
murninya itu turut disokong oleh kebanyakkan rakan-rakannya. Ramai pesakit yang
dikenalinya adalah dari bantuan rakan-rakannya yang tidak putus-putus memberi
sokongan. Suatu masa dahulu, arwah ayahnya pernah dijangkiti penyakit yang
sama. Namun tiada seorang pun yang pernah menduga hal ini terjadi. Ayahnya
dijangkiti HIV akibat pendermaan darah yang diberikan oleh insan yang tidak
dikenali ketika institusi perubatan kita masih belum maju seperti sekarang.
**Oh cerita ini tiada kaitan dengan Si Kerdil ye.. sekadar belajar bertatih mengarang..Nanti kalau dah sedia untuk dibaca di alam maya, Si Kerdil akan inform...
1 ulasan :
si kerdil yg bernama Mohd Arif..mmg kerdil pon..hehhe..gurau je rif..but your writing ni mengingatkan aku pd sepupu aku yg baru2 ni kena sawan..mmg tk sama dgn HIV malah tk seteruk pengidap HIV..cumanya aku rasa hairan dgn sikap segelintir manusia yg mengenepi & memulaukan golongan ni tanpa menyeledik dahulu knp mereka terjebak dlm situasi ni..menjadikan mereka rasa lebih tertekan..mcm tu la nasib yg sepupu aku alami apabila dia dipulaukan kwn baik sendiri hy krn dia kerap terkena sawan..bukan ke sbg sahabat kita perlu lebih mendekati & mengawasi mereka yg sedang mengalami 'kesusahan'...betol lah orang kata..kwn senang mudah di cari...tapi bila masa susah semua kwn lari...bila terkenang nasib saudara sendiri,mengalir air mata tanpa ku sedari...
Catat Ulasan